Petua Menjadi Pasangan Suami Isteri Yang Hebat

Salam Jumaat kawan-kawan.

Bagaimana menjadi pasangan suami isteri yang hebat? Berikut 7 tips Sue kongsikan dengan kawan-kawan. Selamat beramal.

tips rumahtangga bahagia


1) SYUKUR ADA PASANGAN
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". [Surah Ibrahim: 7]

2) JAGA SOLAT
95-99% pasangan bercerai-berai & berkonflik di kalangan suami @ isteri @ ke2-2nya tidak menjaga solat
~ Barangsiapa rapatkan diri dengan Allah, Allah akan jaga hubungan sesama manusia

3) TERIMA PASANGAN SEADANYA, TANPA SYARAT
Sayangilah pasangan sebelum & selepas 'alignment'nya lari :)

4) PASANGAN SEBAGAI KAWAN KARIB
Lebih 90% isteri menjadikan suami kawan paling akrab tapi cuma 6% suami jadikan isteri kawan akrab. Pasanganlah tempat kita bersembang & berbincang. Kurangkan gajet. Fokus hanya pada pasangan.

5) 'MAGIK' PADA SENTUHAN
Sampai sahaja di rumah, banyakkan sentuhan melalui pelukan, usapan dll. Ia akan merawat semua tekanan. Bentuk sebanyak mungkin amalan romantik.

6) HORMAT PASANGAN
Muliakan & hormat suami @ isteri walau sudah 100 tahun berumahtangga :)
Bil lisan atau Bil hal. Whatsapp, telegram & apa sahaja, banyakkan komunikasi. Walaupun pendiam, cuba berubah.

7) DOA, MAAF & REDHA
Maafkan pasangan sebelum tidur. Doakan diri & dia. Moga kita sentiasa hidup dalam redha Allah & pasangan kita..& dimatikan dalam redha juga.

-Mumtazah Sanusi-

1 ulasan: