Assalamualaikum
Permintaan dari anak bujang yang teringin nak makan oats. Sebab belum pernah makan overnight oats, jadinya terfikir nak cuba buat resepi ni.
Jom cekidaut bahan-bahannya. Oh ya, resepi ni main campak-campak je sebenarnya, bahan-bahan pun main agak-agak jer.
Bahan-bahan:
10 senduk kecil rolled oats
Susu fresh milk
5 senduk kecil natural yogurt
4 sudu besar madu
Kekacang dan kismis kuning
1 sudu besar Al-manna (prebiotic)
2 sudu besar chia seeds
Cara-caranya:
1) Masukkan 10 senduk kecil oats ke dalam bekas. Sue gunakan bekas tupperware kerana buat untuk satu family makan
2) Masukkan susu fresh milk menutupi oats
3) Masukkan 5 senduk kecil natural yogurt
4) Masukkan 1 sudu besar al-manna
5) Masukkan 4 sudu besar madu
6) Masukkan kekacang dan kismis kuning (ikut suka nak banyak mana)
7) Akhir sekali masukkan 2 sudu besar chia seeds
8) Kacau perlahan-lahan sampai sebati
9) Sejukkan di dalam peti ais selama 12 jam
10) Keesokannya boleh dinikmati dengan meletakkan topping buah-buahan kegemaran anda atau boleh dimakan begitu sahaja
Sangat sedap, tak sampai sehari habis licin kami satu keluarga (5 orang) makan :)
Selamat mencuba.
Info: Prebiotik adalah makanan yang dapat meningkatkan kesihatan dengan merangsang pertumbuhan atau aktiviti dari bakteria-bakteria baik yang ada di dalam usus. Makanan prebiotik pulak boleh ditemui dalam biji-bijian, sayuran dan buah-buahan. Selain itu, tempe, tauhu dan taucu juga kaya dengan prebiotik.
menu sihat ni sue..
BalasPadamtgk pun dah tau sedap lagi2 masuk mcm2 buah hehe
dah simpan resepi. cuma tak terbuat lagi. hihihi
BalasPadamWow..must try ni..macam best!!
BalasPadamMacam best je resepi nih.. Boleh cuba ni... Bookmark dulu...
BalasPadamtak penah try lagi ^^
BalasPadammemang elok sungguh nak cuci perut tu.. ehehe.. terbaik..
BalasPadamtak pernah buat yang overnight ... selalu bancuh terus makan. bila sue cakap sedap, nanti nak buat overnight oat juga lah :)
BalasPadam