Tak Solat Pun Allah Bagi Juga!

Salam Jumaat kawan-kawan :)

Renungan bersama di hari Jumaat yang penuh barakah. Semoga dapat ambil iktibar dan pengajaran. Sama-sama kita berusaha menjadi hamba Allah yang soleh/ solehah inshaaAllah.


● Tak Solat Subuh, bangun pukul 9.30 pagi, Allah masih izinkan kita untuk bernafas diatas muka bumi Allah.

● Tak Solat Zohor, balik rumah makan nasi lauk ikan keli, rasa ikan keli. Makan mee goreng, rasa mee goreng, itulah nikmat yang Allah bagi walaupun tak solat.

● Tak Solat Asar, masih boleh pergi gim angkat berat, boleh main bola walaupun sengaja tinggal solat. Angkat besi 50kg boleh, angkat takbir tak boleh, itulah manusia yang kurang ajar dengan Allah.

● Tak Solat Maghrib, nak bini Allah bagi, nak anak Allah bagi, nak rumah Allah bagi, nak kenderaan Allah bagi, walaupun meninggalkan solat. Ini menunjukkan Allah Maha Pemurah.

● Tak Solat Isyak, Allah tetap bagi rezeki, Allah bagi sihat walafiat, tak sakit.

● Beruntung kita ni walaupun tak solat, Allah tak azabkan kita sekarang. Kalau zaman Nabi Musa a.s kalau tak solat, Allah Taala bagi CASH jadi muka BABI.

● Tapi kita ni menumpang Rahmat Nabi Muhammad SAW la Allah tangguhkan dulu azabNya. Allah beritahu dalam Al-Quran, balasan di Akhirat sangatlah dasyat bagi orang yang meninggalkan solat.

-Ustaz Hasnan Fan Club-

3 ulasan:

  1. Terima kasih atas peringatan dan perkongsian ni..sama2 perbaiki kelemahan.

    BalasPadam
  2. Allahu. Jom sama sama kita jaga solat. Tq kak su atas ilmu yang bermanfaat ni

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah tumpang rahmat jd umat nabi muhammad

    BalasPadam