Apa Yang Bakal Berlaku Sepanjang Detox?

Dalam entry sebelum ini Sue telah menceritakan pasal toksin, jenis-jenis detox, suplemen set detox, kenapa perlu detox. Ok, harini Sue nak cerita pula apa yang akan berlaku sepanjang proses detox nanti.


1. Pening! Ini normal sebab badan tak cukup makan dan efek dari angin. Banyakkan minum air dan urut untuk kurangkan angin dan berikan keselesaan bagi perjalanan darah lancar.

2. Kerap membuang air kecil dan besar Inilah tanda detox. Ia keluar dari badan kita, tapi kalau sampai teruk sangat tahap diarhea (cirit- birit), amik air Performance Drink to control ok. 💪

3. Badan berangin terkentut Itu juga proses kesan detox. Jadi, peppermint gingger plus bantu legakan masalah ini.

4. Letih! Ya sebab kita dah biasa makan sedap solid food tetiba kena buat detox, bersih semua toksin, dah la takde protein, muscle semua jadi lembik. Jadi elakkan exercise berat ok! Nanti uoll lagi pening dan penat. Buat yang biasa-biasa je indoor dalam 10minit.

5. Mulut busuk, lidah pun macam ada lapisan! Semasa detox, antara deria yang terkesan adalah lidah! Kalau sistem penghadaman kita sebelum ni berasid banyak, ia mmg akan keluar dari perut..tu jadi busuk sampai ke lidah dia akan membentuk macam lapisan. Jadi, kerap bersihkan lidah dan kumur-kumur ok.

6. Lapar! Makan buah dan banyakkan minum air. Ini biasa berlaku sebab kita dah biasa makan banyak..tetiba makan sikit..jadi selagi kita komited, dalam masa beberapa hari, kita boleh kawal lapar kita tu..maksudnya detox berjaya dan kita sepatutnya dah berjaya juga kawal nafsu makan terlebih sebelum ni.

Setiap detoks ada kebaikannya dan ada juga kesan pada kita. Jadi, selagi kita boleh kawal, inshaaAllah detox kita berjaya dan selepas itu kita akan lebih bertenaga. 💪💪💪

Berat badan tak berganjak??

Relaks

Formula dia

Untuk kurang 1kg, kena bakar solid fat 7700kcal

So kalau pemakanan masa detox anda culas tambah mayonis, gula, garam, terlebih.. maybe amik masa 8-10 hari untuk hilang 1kg!

Sebenarnya kurus dengan sihat adalah berkadar dalam 500gm-1kg per week.

Klu uoll jenis gemuk air, berat boleh pergi kurang dalam 2kg per week.

Jadi nak efisyen, detox dan exercise skali ok!

Light pun ok, janji badan bergerak. 😊

Sue akui masa buat detox Shaklee ni, 3 hari pertama badan rasa letih. Tapi selepas tu ok je, badan rasa sedap sangat, ringan.

Kalau uoll berminat nak join program detox Shaklee, boleh hubungi Sue untuk Sue bantu. Nak nampak cantik gojes raya nanti jom detox sekarang ;)

1 ulasan: