Cara Hilangkan Kelopak Garam (Gegata) Tanpa Ubat Atau Suntikan

Kelopak garam atau gegata atau istilah saintifiknya urticaria adalah bengkak merah jambu yang gatal dan berlaku secara setempat pada mana-mana bahagian kulit dan akan merebak kecuali bahagian kuku dan rambut sahaja. 

Kesan merah-merah ini akan kelihatan beberapa minit atau berjam-jam lamanya sebelum pulih sepenuhnya dalam tempoh masa 48 jam tanpa meninggalkan sebarang kesan. Pada kebanyakan orang, urticaria ini akan pulih dalam tempoh beberapa hari atau minggu.

gegata atau urticaria

Menurut pembacaan Sue, kelopak garam terjadi akibat dari alahan kepada beberapa perkara seperti haiwan (akibat gigitan serangga, termasuklah hama), makanan, cuaca dan ubat-ubatan.
Alkisahnya, kelmarin sewaktu anak Sue pulang dari lawatan sekolah ke Farm In The City, Sue perasan muka anak Sue merah-merah dan ada kesan tompok-tompok peta macam digigit nyamuk atau semut.

**Minta maaf gambar Amjad yang ada kelopak garam (gegata) tak sempat nak ambil memandangkan anak-anak tak sihat.

Lawatan sekolah ke Farm in the city
Masa balik rumah tu, Sue terlupa nak check sepenuhnya badan Amjad memandangkan sibuk menguruskan 2 lagi anak yang tak sihat akibat cirit birit dan muntah-muntah.

Petang tu masa mandikan Amjad baru Sue perasan satu badan dia penuh dengan kelopak garam (gegata). Sue mandikan macam biasa je. Amjad ada bagitau Sue, semasa di sana dia ada pegang arnab dan anak ayam selain menangkap ikan. Sue rasa, dia alah pada bulu haiwan-haiwan tersebut.

Lepas mandi menjelang waktu Maghrib tu, Amjad cakap badan dia gatal sangat-sangat. Dia rasa tak selesa dan hampir menangis.

Ya Allah, berdebar- berdebar dada Sue sebab ni first time anak terkena kelopak garam (gegata). Husband pula masih lagi di pejabat. Sue berkira-kira nak pergi klinik ambik injection untuk Amjad. Tapi tak mampu nak drive sambil bawa 2 orang anak yang tak sihat.

Tarik nafas dalam-dalam, kemudian Sue ajak Amjad mandi air garam. Di rumah pula takde garam kasar jadi Sue guna je garam halus Himalayan salt tu. Setengah cawan garam halus, Sue bancuh dalam 1 baldi air suam sederhana besar.

Selepas mandi garam tak payah bilas dengan air paip pun. Terus lap badan Amjad bagi kering. Kemudian Sue sapu minyak zaitun satu badan dia sambil berselawat.

pevoo ramallah
Sue guna Palestin extra virgin olive oil ni
Oleh kerana vitamin C chewable dan nutriferon kehabisan stok di rumah memandangkan sebelum tu lagi anak-anak dah tak sihat, hanya ada Sustained release vitamin C sahaja, Sue tawakkal bagi Amjad makan. Sue bagi sebiji pada Amjad ditelan dengan segelas air masak.

Lepas tu, Sue buka aircond dalam bilik bagi kurang rasa gatal dan bagi mengelakkan Amjad menggaru sampai luka. Baru Amjad rasa selesa dan kurang sedikit menggaru.

Selepas Isyak, Amjad tertidur keletihan. Alhamdulillah lega tengok dia boleh tidur.

Esok  pagi Amjad bangun tidur, Alhamdulillah semua kelopak garam (gegata) pada tubuh beliau dah hilang sepenuhnya. Syukur sangat-sangat.

Pengajarannya, Vitamin C memang wajib standby dalam setiap rumah. Untuk saat-saat kecemasan banyak sangat manfaat vitamin C ni. Memang tak rugi simpan stok.

Manfaat vitamin C antaranya ialah: Meningkatkan Sistem Imun – Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mengurangka alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.

Vitamin C
Manfaat nutriferon antaranya ialah: Meningkatkan sistem imun. Melindungi dari influenza – Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan kepada virus, mikrob, termasuk selsema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.

Nutriferon
 Ini pula pendapat Dr Zubaidi:


Kebiasaannya perubahan akibat alahan ini berlangsung selama 24 jam. Oleh itu ia tidak memerlukan sebarang rawatan KECUALI terlalu gatal atau mengalami masalah alahan yang teruk seperti sukar bernafas.

Dalam kes yang lebih teruk alahan sebegini mengambil masa beberapa hari. Dalam kes-kes yang tertentu alahan atau urticaria ini boleh berlangsung melebihi enam minggu. Ia dikenali sebagai chronic urticaria.

Dalam kes ini urticaria atau alahan perlulah mendapat pemeriksaan doktor.

Korang yang ingin menyimpan stok vitamin di saat kecemasan, Sue sangat mengesyorkan pengambilan vitamin C dan nutriferon ini. Jika anda mengalami kelopak garam (gegata) dan berminat mencuba suplemen Shaklee, boleh hubungi Sue ok :)

set immune booster shaklee
Set immune booster Shaklee
Saya percaya produk Shaklee ini dapat membantu menambah baik kesihatan anda. Segera hubungi Sue 013 4774 285 untuk saya bantu anda.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan