Adakah anda menghadapi masalah liang roma atau pori-pori besar dan terbuka? Penampilan sebegini menyebabkan wanita berasa rendah diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Malah perlu mengenakan solekan yang lebih tebal bagi menutup masalah pori-pori terbuka agar ia kelihatan samar.
Usah risau kerana ada cara yang lebih mudah dan murah untuk anda amalkan hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dari alam semulajadi.
1) Lemon
Buah yang kaya dengan vitamin C berupaya menyegarkan kembali wajah sekaligus mengecilkan masalah pori-pori. Caranya, potong lemon kepada dua bahagian. Perah dan ambil jusnya. Sapukan jus lemon di seluruh bahagian muka setiap malam sebelum tidur.
Anda juga boleh saja tampalkan hirisan nipis lemon di bahagian pori-pori yang terbuka luas.
2) Tomato
Buah tomato kaya dengan vitamin C. Amalkan menyapu wajah dengan masker daripada buah tomato. Caranya mudah sahaja. Lumatkan buah tomato sehingga halus sebelum disapu pada wajah. Biarkan kering seketika dan bilas.
3) Madu
Sapukan sahaja madu di sekitar wajah dan urut lembut. Biarkan kering seketika dan bilas. Selain itu, anda boleh sahaja campurkan madu dengan sedikit jus lemon. Jus lemon ini membantu memaksimumkan fungsi madu bagi mengecilkan pori-pori wajah anda. Amalkan dengan kerap sebagai masker sebelum tidur untuk hasil yang lebih baik.
4) Timun
Fungsinya pelbagai, dari melembapkan kulit, menghaluskan wajah sehinggalah mengecilkan jerawat. Tak ketinggalan, ia juga membantu mengecilkan pori-pori wajah. Cara mudah membuat sendiri masker daripada timun adalah dengan menghaluskan timun menggunakan mesin pengisar. Kemudian, tambahkan sedikit tepung jagung dan kacau sebati. Gunakan ia sebagai masker dan biarkan sehingga kering. Bilas dengan air.
5) Ais '
Hanya gosokkan ais pada wajah selama 15 sehingga 30 minit sebelum tidur. Pastikan, anda telah membersihkan wajah terlebih dahulu sebelum menggosokkan ais. Hal ini bagi memastikan wajah bebas dari sebarang kotoran yang boleh menyumbatkan pori-pori wajah ketika proses menggosok ais. Ais ini akan membantu mengurangkan penghasilan minyak pada wajah.
6) Putih telur
Sapu putih telur ke seluruh wajah dan tutup dengan tisu ala-ala masker. Lepas putih telur benar-benar kering, tanggalkan tisu pada kulit wajah dan bersihkan kotoran yang melekat. Wow, kulit terasa tegang dan pori-pori juga lebih mengecil.
Kredit info: Keluarga, Ogos 2016
singgah pagi...🌹
BalasPadamnice sharing :)
Thanks for this tips.
BalasPadamwww.qiyasaad.com
Thanks for this tips.
BalasPadamwww.qiyasaad.com
Terima kasih singgah nieyl dan qiya 😊
BalasPadameh senang bebeno ye..ada je bahan2 ni kat umah..tap saje je malas nak buat..dah lah pori2 kita skrg makin besar..nyampah
BalasPadam