B.I.N.G.O, B.I.N.G.O, B.I.N.G.O nama saya BINGO..
Salah satu lagu Didi & Friends yang anak-anak suka.
Antara karakter kartun yang diminati oleh kanak-kanak zaman sekarang selain upin dan ipin, boboboy ialah Didi & Friends.
First day cuti sekolah baru ni cik sue bawa anak-anak ke Alamanda Putrajaya ke Mini Karnival Didi & Friends.
Kami sampai dalam pukul 11.30am, orang ramai telah memenuhi ruang legar centre court tersebut.
Antara aktiviti yang diadakan seperti mewarna, beramah mesra dengan maskot, mini musikal dan persembahan tarian.
Anak-anak tak masuk apa-apa acara pun. Tapi diaorang belajar untuk bersabar dan take turn sewaktu hendak bergambar dengan maskot.
Selain tu dari cd lagu Didi & Friends ni diaorang banyak belajar seperti mengenal huruf, mengenal objek, mengenal bunyi dan lain-lain.
Second week cuti sekolah kami plan balik kampung. Lagi best sebab macam-macam boleh explore sewaktu di kampung nanti kan.
Apa aktiviti cuti sekolah anak-anak anda? Jom kongsi.
mesti meriah ni
BalasPadamWahhh seronok lah dapat jumpa mascott Didi ;)
BalasPadamanak el yg kecik tu suka sgt DD harap2 depa mai penang
BalasPadam