Sudah Makan Sayur Tak Perlu Ambil Suplemen?

Setiap hari untuk hidangan cik sue sekeluarga mesti kena ada sayur. Kalo takde sayur rasa macam tak lengkap je. Cik sue makan hampir kesemua jenis sayuran dan ulam.

Cuma anak-anak ni agak memilih. Diorang lebih suka sayur-sayuran yang manis seperti carrot, baby corn, kacang peas, cendawan, brokoli dan celery.

Salah satu sayur feveret cik sue ialah bayam. Cara penyediaan sayur ni pun mudah je. Buat masak tumis air je pun dah sedap sangat.


Bayam mengandungi berbagai kandungan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.

Bayam merupakan sumber vitamin A dan K, mangan, magnesium, folat, serat, protein, kalsium dan sebagainya. Bayam juga rendah kalori.

Antara manfaat bayam ialah:
1. Melawan kanser
2. Penglihatan mata yang lebih baik
3. Sumber anti inflamasi
4. Jantung lebih sihat
5. Menurunkan tekanan darah tinggi
6. Mencegah diabetes
7. Menjaga kesihatan otak dan meningkatkan memori
8. Mencegah anemia
9. Menyihatkan kulit
10. Baik untuk pertumbuhan kanak2/ remaja

Penanaman sayur sekarang ni sangat berbeza dengan zaman atok, nenek, moyang kita dulu.

Zaman sekarang ni banyak guna baja kimia. Ye lah kan petani nak pastikan sayuran mereka cepat tumbuh dan menghasilkan sayuran yang banyak bagi memenuhi permintaan pasaran.

Mereka juga menggunakan racun pestisid bagi menghalau serangga merosakkan hasil tanaman mereka.

Itu belum lagi dengan isu GMO dan suntikan hormon pada tanaman supaya sayur tu tak cepat busuk, color nampak cantik, mampu mengeluarkan banyak hasil dalam tempoh yang cepat dan lain-lain.

Sebaiknya pilihlah sayur yang organik atau sayuran yang ditanam mengikut cara nenek, moyang kita dulu-dulu.

Sebelum masak sayur rendam dahulu dengan air garam atau cuka makan bagi menghilangkan racun yang telah disembur.

Masak sayur pula tak perlu lama kerana boleh menghilangkan khasiatnya. Lagi baik sayur tu distim atau dicelur sekejap sahaja.

Disebabkan khasiat sayur cepat hilang, cik sue topup kekurangan nutrisi tersebut dengan mengambil suplemen.

Salah satu vitamin shaklee yang kaya dengan zat besi seperti bayam ialah vitalea iron formula. Lengkap dengan vitamin dan garam mineral yang diperlukan oleh tubuh setiap hari.

Janganlah cakap orang yang makan suplemen ni tak makan sayur. Sayur wajib makan setiap hari. Bukan sayur yang sama tetapi pelbagaikan variasi sayur setiap hari bagi mendapatkan khasiatnya.

Suplemen pun perlu ambil kerana kadang-kadang sayur yang kita ambil tak cukup dengan keperluan yang disarankan perlu ambil dalam sehari serta zat yang mungkin termusnah ketika ditanam dan dimasak.

Perlukan suplemen shaklee? Jom hubungi cik sue. Cik sue akan sarankan yang terbaik untuk anda.

 013 4774 285
 www.sihatitunikmat
 ig: suhatitunikmat

3 ulasan:

  1. bagus khasiat bayam ni tapi sy x suka makan huhu

    BalasPadam
  2. sape kata mkn sayur xyah mkn supplemen hihi
    kenalah mkn supaya badan lagi sihat hihi

    BalasPadam
  3. Nani pulak tak berapa minat sangat bayam. Hahah. Dah makan sayur, ambik lagi supplemen tambahan insha Allah boleh kekal sihat :)

    BalasPadam