Antara Sewa Dan Beli Rumah, Mana Lagi Menguntungkan?

Antara menyewa dengan membeli rumah mana lebih menguntungkan?

Ianya terpulang pada pilihan masing-masing.

Pada pendapat cik sue, beli rumah lebih menguntungkan.

Harga rumah setiap tahun makin naik. Dapat beli sebiji rumah pun dah bersyukur sangat.


Rumah yang dibeli ini boleh disewakan suatu hari nanti. Pendapatan sewaan boleh digunakan untuk bayar duit rumah baru di kemudian hari pulak.

Bila dah ada rumah kita dah ada aset. Cuma kena pastikan habiskan bayar pinjaman rumah mengikut perjanjian, kang jadi liabiliti pulak.

Rumah tu nanti bole diwariskan kepada anak-anak.

Ada rumah sendiri bebas nak hiaskan rumah mengikut citarasa sendiri. Anak-anak yang conteng dinding pun kita tak rasa bersalah sangat. Bebas juga nak tanam pokok. Bestnye...

Jika ada keperluan, rumah boleh dicagarkan kepada bank untuk buat loan.

Samada nak beli atau menyewa, ianya satu pilihan. Samada beli atau menyewa, hakikatnya kita hanya perlu tempat untuk berteduh sahaja. 

Kalau menyewa, akhir sekali kita terpaksa tinggalkan rumah itu sebab ianya bukan milik kita. Kalau beli pun sama juga. Akhir sekali rumah itu terpaksa kita tinggalkan kepada ahli waris bila kita mati. 

Hakikatnya, ianya bukan milik kita juga. Ia hanya pinjaman dari Tuhan sementara umur masih ada. Tak ada yang kekal dalam hidup ini kecuali amal soleh untuk dibawa bertemu Tuhan.

3 ulasan:

  1. yuppp..sha setuju..beli rumah lebih menguntungkan dari menyewa..bila kita beli rumah walaupun sedikit mahal dari menyewa,tapi rumah tu milik kita bukan milik orang..so bayar bertahun-tahun pon masih rasa berbaloi ^_^

    **singgah jalan2 sini ^_^

    BalasPadam
  2. Setujuu kak su. Kalau beli rumah, dah ada aset sendiri. Rumah sekarang makin hari makin mahal.

    BalasPadam
  3. bagi saya, kedua-duanya ada kelebihan.

    kalau disewakan pun, duit sewa tak dapat nak menampung bayaran bulanan bank, (kalau beli rumah mampu milik)

    tepuk dada tanya selera ;)

    BalasPadam