Perlu Ke Menjana Side Income Di Zaman Sekarang

Dalam minggu ni saja, banyak status newsfeed yang lalu lalang pasal diberhentikan kerja.

Di sinilah perlunya side income. Bila sudah ada side income, kita akan rasa kurang tergugat dan stress kerana diberhentikan kerja. 

Dalam kedaan ekonomi serba mencabar ni, semua barang dan perkhidmatan naik harga, nak tak nak memang kena cari income lebih untuk menampung perbelanjaan harian.


Gaji RM5, 000 pun dikategorikan miskin bandar weh. Apatah lagi yang kurang dari jumlah itu.

Nak harapkan duit BR1M je mana cukup. Nak tanggung perbelanjaan isteri dan anak-anak lagi. Sekejap je duit BR1M tu habis licin digunakan.

Sewaktu bekerja dulu cik sue buat part time busines shaklee. Dari duit bonus shaklee tu cik sue buat beli cloth diaper dan babywearing gear. Dulu memang gila dengan dua benda ni.

Cloth diaper tu pulak memang mahal. Saja nak cuba brand dari oversea. Memang sangat puas hati dengan kualitinya.

Kiranya duit gaji cik sue masuk dua kali. Tidak la sakit kepala nak cari duit di mana kan. Satu tengah bulan dan satu lagi hujung bulan. Ya Allah syukurnya atas nikmat Mu ini.

Kawan-kawan jangan teragak-agak nak cari side income. Asalkan ada minat dan kesungguhan inshaaAllah boleh pergi jauh.

Jika ada di kalangan friendlist cik sue yang berminat mencari side income dengan biz shaklee, boleh hubungi cik sue.

Bimbingan dan semua bahan marketing disediakan. Hubungi;

013. 4774. 285

2 ulasan:

  1. Pada Nani sendiri memang kena ada jugak side income zaman yang tengah mencabar ni. Atleast kalau tengah sesak sangat tak ada duit, ada jugak tabung lain. Hehe

    BalasPadam
  2. Sejak tahun 2000 lagi saya buat part time. Pagi saya bekerja di Hospital, petangnya saya buat locum.
    Tahun 2003, saya berpindah ke Perak mengiut isteri, Saya berpeluang pula buat part time trainner dengan syarikat kawan. sebulan atau dua bulan sekali ada jemputan bagi ceramah/kelas. Dapat lah sikit duit poket untuk bawa anak isteri melancong di hujung tahun.

    BalasPadam