Pengalaman Ke Pureen Warehouse Sale

Cik Sue dah lama sebenarnya teringin nak ke Pureen Warehouse Sale. Sebelum-sebelum ni kebiasaannya pergi Expo baby di Mid Valley atau Shah Alam. Sebelum pergi ke sini memang dah ingatkan hubby siap-siap kena datang awal sebab susah nak dapat parking.


Cik sue pergi hari kedua iaitu hari Ahad. Sampai pun dah lewat dalam pukul 11 am++ gitu. Walaupun begitu, Alhamdulillah senang je dapat parking walaupun terpaksa berjalan jauh sedikit.

Seperti yang dijangka memang ramai dengan umat manusia. Sesampai di sana anda akan jumpa dengan bahagian toiletries dahulu. Sabun mandi, sabun basuh baju, pencuci botol, ubat gigi, baby wipes, botol susu, pam susu, krim ruam lampin, pelapik untuk tukar diapers, pampers dan sebagainya.

Kemudian satu bahagian lagi ada jual baby feeding set (pinggan makan baby), diaper bag, kasut, kelambu dan lain-lain.

Last sekali u olls kena berjalan ke belakang bangunan sikit untuk beli baju, bantal, mitten and booties, topi, kain bedung, kain lap (macam saputangan) dan pelbagai lagi.

Cik sue aim untuk beli baju baby, terus tuju bahagian tu dulu. Fuh berpeluh-peluh nak pilih baju. Baju tu diletakkan di dalam rak. Setiap rak tu memang penuh dengan ibu-ibu yang memilih baju. Kena sabar la sikit dan hati-hati terhimpit jangan sampai terjatuh sudah la ye.


Dah habis pilih baju di rak, cik sue cari tempat duduk untuk pilih baju yang betul-betul nak. Yang dekat rak tu main capai je. Baru tenang sikit pilih baju. Kebanyakan baju size newborn dah habis. Baju yang berlengan pendek untuk buat basahan pun kurang. Maybe siapa yang datang awal dah rembat kot.


Ramai je orang yang duduk ditepi-tepi dinding tu memilih baju yang diaorang nak. Berbeg-beg pulak tu. Personal shopper agaknya.

Selepas pilih baju, cik sue beli sabun mandi, baby wipes dan ubat gigi. Kemudian terus beratur nak bayar. Kaunter pembayaran memang banyak yang dibuka. Boleh bayar cash atau guna kad. Cepat juga la proses pembayaran. Takde lah nak kena beratur lama kan.

Sedikit tips untuk u olls yang nak ke sana:

1) Datang awal untuk mudah dapat parking dan dekat dengan bangunan.

2) Bawa botol air. Dalam tu memang ada kipas. Bersesak-sesak sampai berpeluh-peluh memang menyebabkan dahaga.

3) Kalau boleh jangan bawa anak. Rata-rata yang cik sue tengok anak-anak sudah cranky, menangis, dan buat perangai. Maybe diaorang dah letih, lapar dan sebagainya. Kesian sangat.

4) Bawa beg recycle sendiri. Pureen ada bekalkan beg plastik cuma kalau nak go green bawa je beg recycle untuk isi barang-barang yang u oll sudah beli nanti.

5) Kalau rasa tak tahan panas, cepat pitam ke, bawa lah kipas kecil yang isi bateri tu. Sangkut di tudung/ baju u olls ok.

6) Bagi yang dah sarat bawalah peneman seperti suami atau kawan untuk tolong angkat barang. Jauh juga nak berjalan dari tempat baju ke tempat toiletries tu.

7) Makanan ada di jual di luar bangunan. So jangan risau kalau tak sempat bawa bekal dari rumah. 

Semoga tips ini membantu serba sedikit u olls yang nak shopping di Pureen Warehouse next time. Kalau agak-agak rasa malas nak bersesak-sesak di sana boleh minta tolong pada personal shopper. Cari dekat fb Pureen ok.

Kalau u olls mencari set kehamilan Shaklee atau set berpantang Shaklee boleh hubungi cik sue di talian 013-4774285.

1 ulasan: