Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Oleh Ibu Berpantang

Salah satu rutin yang perlu dititikberatkan dalam penjagaan berpantang ialah aspek pemakanan. Ia perlu dijaga dengan teliti agar proses penyembuhan dapat berjalan lancar sekaligus membantu meningkatkan tahap kesihatan anda.


Digalakkan jenis makanan ini

1) Jamu
Kebanyakan ibu berpantang mengamalkan pemakanan jamu bagi memulihkan semula tenaga dan memperbaiki bentuk badan agar kembali asal. Namun, kadang kala jamu tidak sesuai dimulakan pada awal tempoh berpantang kerana mengandungi bahan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi yang disusukan dengan susu ibu.

2) Rempah ratus
Rempah ratus yang digunakan di dalam masakan dikatakan mampu mengurangkan berat badan dan memulihkan tahap kesihatan ibu.

3) Bawang putih
Berfungsi untuk mengembalikan tenaga yang hilang ketika bersalin, mampu membuang angin dan melancarkan peredaran darah di dalam tubuh juga.

4) Halia
Halia bagus ditambah ke dalam masakan kerana ia boleh memecahkan angin di dalam badan, memanaskan badan dan melancarkan proses penghadaman.

5) Kunyit
Kunyit sering dijadikan sebagai minuman kerana dikatakan mampu mengecutkan rahim dan mencuci darah.

6) Asam jawa
Membantu dalam mengatasi masalah membuang air besar selain menyegarkan tubuh.

7) Sawi
Sayur sawi dipercayai dapat membuang angin di dalam tubuh ibu.

8) Pegaga
Daun pegaga dipercayai mampu menambahkan ingatan dan merehatkan minda. Ia dapat mengatasi masalah kemurungan dan kerap lupa selepas bersalin.

9) Peria
Peria sangat membantu untuk mengatasi masalah sembelit. Secara tidak langsung, ia dapat mengelakkan masalah buasir yang mudah menyerang ibu ketika berpantang. Peria juga dipercayai dapat meningkatkan penghasilan susu ibu serta melancarkan peredaran darah.

10) Ikan tenggiri dan haruan
Pemakanan ikan tenggiri dan haruan dapat membantu menyembuhkan luka dalaman dan luaran serta membantu menegangkan kulit tubuh. Ia juga menaikkan seri wajah.

11) Ayam dan daging
Ia merupakan sumber protin haiwan yang penting untuk memulihkan tenaga ibu selepas bersalin.

Hindari jenis makanan ini

Ikan yang perlu dielakkan
Ibu berpantang elakkan mengambil ikan yang mengandungi bisa kerana ia boleh menyebabkan masalah turun darah dan bentan. Ini termasuklah:
  • Keli
  • Sembilang
  • Patin
  • Pari 
  • Duri
  • Cencaru
  • Kembung
  • Tongkol
  • Bawal hitam
  • Terubuk
  • Parang
Sayur yang patut dihindari
Mengambil sayur-sayuran bersifat sejuk boleh menyebabkan ibu dan bayi mengalami masalah kembung selain daripada sakit badan.
  • Timun
  • Brokoli
  • Kubis
  • Terung 
  • Keladi
  • Petola
  • Kangkung
  • Bayam
  • Pucuk ubi
  • Pucuk paku

Buah yang perlu dijauhi
Ada sesetengah jenis buah bersifat sejuk dan tidak sesuai diambil oleh ibu berpantang.
  • Nanas
  • Tembikai
  • Epal hijau
  • Pisang
  • Cempedak
  • Nangka
  • Manggis 
  • Langsat
  • Betik
  • Ciku

Sumber: PA&MA, Julai 2017

Semoga panduan ini dapat membantu memberikan sedikit info buat mommies yang sedang dalam pantang atau bakal berpantang nanti.

Ingin memiliki set berpantang Shaklee? Boleh hubungi cik sue SMS/WHATSAPP: 013-4774 285.

3 ulasan:

  1. Jika isteri bersalin, suami2 perlu tahu semua ini..
    Perkongsian yang amat baik sekali..

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    BalasPadam
  2. banyak pantang larang ni.. patut kena ambil tahu

    BalasPadam