Setiap hari jantung bekerja keras untuk memastikan setiap sel dalam tubuh anda menerima nutrien penting untuk fungsi yang optimum. Cintai jantung anda dengan memberikannya nutrien yang tepat Koenzim Q10 (CoQ10) dan asid lemak omega-3.
Koenzim Q10
1) Memberi Tenaga dan Menguatkan Otot Jantung
Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa CoQ10 menyokong kesihatan jantung dengan meningkatkan penghasilan tenaga, memulihkan denyutan otot jantung dan sekaligus, meningkatkan kekuatannya dalam jangka panjang.
2) Meningkatkan Peredaran Darah
Bertindak sebagai antioksida yang kuat, CoQ10 membantu melindungi saluran darah dari kerosakan akibat molekul kolesterol yang teroksida. Ia juga membantu mengurangkan pembentukan plak pada arteri,meningkatkan peredaran darah membolehkan darah mengalir dengan lancar melalui saluran darah yang sihat.
3) Mengoptimumkan Denyutan Jantung
Paras CoQ10 yang rendah dikaitkan dengan ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah yang mencukupi ke seluruh badan, yang membawa kepada kegagalan jantung.
Pengambilan suplemen CoQ10 menunjukkan peningkatan dalam jumlah darah yang dipam oleh jantung. Kesannya, ia memberikan tenaga yang mencukupi untuk jantung, mengoptimumkan kemampuan mengepam dan meningkatkan kesihatan keseluruhan jantung.
Statins Mengurangkan Tahap CoQ10 Anda!
Statin, ubat yang digunakan untuk menurunkan tahap
kolesterol, mengurangkan penghasilan semulajadi CoQ10
dalam badan sebanyak 40%! Ambil suplemen CoQ10
sekarang untuk jantung yang kuat dan sihat!
Asid Lemak Omega-3
1) Menyokong Kesihatan Saluran Darah
Terkenal dengan manfaat anti-keradangan, asid
lemak omega-3 adalah penting dalam mencegah
pembentukan plak dalam saluran darah anda,
mengurangkan risiko anda mengalami penyempitan
saluran darah, yang boleh menyebabkan anda berisiko
mengalami penyakit jantung.
2) Menyokong Tekanan Darah Sihat
Pelbagai kajian menunjukkan bahawa pengambilan
asid lemak omega-3 membantu mengurangkan
tahap trigliserida (lemak dalam darah) dan mengawal
tekanan darah ke tahap yang sihat.
Tambah dua nutrien ini untuk kesihatan jantung.
Polifenol - untuk pengaliran darah yang sihat
Fitosterol - untuk paras kolesterol yang sihat
Sayangi jantung anda, jom bekalkan nutrien yang sepatutnya untuk kesihatan jantung yang optimum.
Saya percaya produk Shaklee ini dapat membantu menambah baik kesihatan anda. Segera hubungi Sue 011 1090 4139 untuk saya bantu anda.
0 Pembaca Setia:
Catat Ulasan