Jantung Sihat Dengan Lemak Baik Omega-3

Dalam iklan TV pun ada dimaklumkan bahawa pengambilan Omega-3 dapat menurunkan bacaan paras kolesterol jahat seterusnya membantu dalam kesihatan jantung anda.


Jantung, sebagai satu-satunya organ yang membekalkan darah kepada tubuh anda, memerlukan nutrien tambahan untuk memastikannya mampu memenuhi keperluan tubuh. Asid lemak Omega-3 yang diketahui umum mempunyai ciri-ciri antiradang, memainkan peranan penting dalam melindungi jantung

1) Mengekalkan profil lipid yang sihat
Profil lipid adalah merangkumi bacaan jumlah keseluruhan kolesterol, kolesterol HDL (kolesterol baik), kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan trigliserida. Ia digunakan sebagai salah satu penilaian untuk menentukan risiko anda terhadap penyakit jantung. Pengambilan Omega-3 secara teratur telah didapati meningkatkan profil lipid secara positif dengan:
  • Meningkatkan paras kolesterol HDL (kolesterol baik)
  • Mengurangkan tahap trigliserida (iaitu lemak dalam darah)
  • Merendahkan risiko penyakit jantung
2) Mengawal tekanan darah yang sihat
Semakin tinggi tekanan darah anda, semakin tinggi risiko anda untuk mengalami masalah kesihatan terutamanya penyakit yang berkaitan dengan jantung. Tekanan darah tinggi memberikan tekanan pada saluran darah anda dan meningkatkan beban kerja pada jantung. Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 boleh membantu mengawal atur tekanan darah ke paras yang lebih sihat.

3) Memelihara saluran darah daripada tersumbat
Saluran darah yang luas adalah penting untuk kesihatan kerana jantung anda mengepam kira-kira 2,000 gelen darah sehari dan ia membawa darah yang dipam ke setiap organ dalam tubuh anda.
Omega-3 membantu:
  • Mengurangkan proses pengumpulan lemak  pada dinding arteri, untuk pengaliran darah  yang lancar
  • Melegakan keradangan pada lapisan dalaman saluran darah
4) Memberikan anda ritma degupan jantung yang sihat
Degupan jantung adalah bilangan kekerapan jantung anda berdegup (biasanya setiap minit) manakala ritma jantung adalah corak degupan jantung. Jantung yang sihat mempunyai ritma jantung yang stabil dan penyelidikan telah menunjukkan bahawa Omega-3 membantu menormalkan ritma jantung yang tidak stabil serta menurunkan risiko kematian mengejut.

5) Menyokong peredaran darah yang sihat
Darah membekalkan oksigen dan nutrien kepada organ , tisu dan sel anda. Omega-3 membantu:
  • Mengurangkan risiko pembekuan darah
  • Meningkatkan aliran darah dengan menormalkan kekerapan pengembangan dan penyempitan saluran darah
Omega guard dihasilkan daripada ikan laut dalam di perairan sejuk, minyak ikan omega guard Shaklee melalui proses proprietari penyulingan molekul berganda yang membantu dalam menyingkirkan plumbum, arsenik, merkuri, cadmium, dioksin, PCB serta bahan-bahan berbahaya lain yang sering mencemari pelbagai spesis ikan.

Proses penyulingan ini mengurangkan oksidasi dan pembentukan lemak trans dan mengurangi bau dan rasa hanyir.
  • Tiada pewarna, perisa dan bahan pengawet
  • Bebas gluten
  • Diiktiraf oleh Friends of The Sea, satu  Badan Pemulihan Antarabangsa yang mempunyai kriteria yang ketat dalam pemulihan jangkamasa panjang, termasuk pantauan penuh dalam setiap peringkat pemprosesan
  • Didatangkan dalam 90 kapsul kecil yang mudah ditelan, dan dipek di dalam botol yang boleh dikitar semula berasaskan dakwat soya dan bebas daripada bisfenol-A.
omega-3
Jom dapatkan minyak ikan shaklee ini (Omega guard) sempena promosi Januari 2018, beli 3 botol DISKAUN 5%.


Saya percaya produk Shaklee ini dapat membantu menambah baik kesihatan anda. Segera hubungi Sue 011 1090 4139 untuk saya bantu anda.


Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 011 1090 4139. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan