Kisah Seorang Penjual Roti

Seorang imam daripada Mekah bernama Imam As Sauri pergi ke Basrah...dia tiada tempat tinggal. Imam tersebut ingin tidur di dalam masjid tetapi dihalang oleh penduduk di situ..iama itu tidur pula di kaki lima masjid dan dia tetap dihalau...

Lalu datang seorang pemuda bertanya kepada imam itu "kamu tiada tempat tinggal kah?"

Semua orng tidak tahu bahawa dia merupakan seorang imam di Mekah.

Lalu imam itu katalah yang dia takde tempat tinggal.
Pemuda jawab "tinggallah dirumah aku"

Pada waktu Subuh,mereka solat sama-sama ,setelah itu pemuda itu mula mengadun tepung rotinya untuk dijual. Setiap kali diuli tepung itu,keluar dari mulutnya ucapan istighfar....

أستغفر الله

Imam tersebut bertanya kepada pemuda tersebut "mengapa kau sering mengucapkan kalimah itu?"

Pemuda itu jawab "setiap kali aku doa,doa aku dimakbulkan"

Lalu imam itu tanya "ada tak yang masih belum dimakbulkan?"

Ada...jawabnya

"Aku ingin bertemu dengan seorang imam dari Mekah bernama Imam As Sauri" kata pemuda itu

Imam itu berkata "sesungguhnya Allah telah memakbulkan doamu... akulah Imam As Sauri dari Mekah itu"

Budak itu menangis 😌

Nampak kehebatan istighfar?

Sebab tu sebelum doa, minta ampun dari Allah dulu...dalam kehidupan seharian banyakkan istighfar, Rasullullah pon istighfar beratus kali dalam sehari walaupun dia dijamin syurga..

Kita?

InshaaAllah sama-sama kita amal.

1 ulasan: