Salam jumaat.
Jom sama-sama muhasabah diri di hari Jumaat yang mulia ini. Semoga kita semua mendapat husnul khatimah sewaktu meninggal nanti inshaaAllah.
■ Jangan sekali-kali tinggalkan al-Quran. Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.
■Rumah yang dibacakan al-Quran, pada waktu malam rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.
■ Jika mati orang yang suka baca Quran ini, cahaya di rumahnya akan diangkat ke langit dan malaikat-malaikat akan tau, "ooo..mati sudah si pembaca Quran ini, mari kita solatkan rohnya".
■ Di dalam kubur, malaikat akan berlemah lembut dengan mayat.
■ Al-Quran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandi dan dikafankan dan terus menemani kita di dalam kubur.
■ Azab kubur bermula sebaik mayat tidak dapat menjawab soalan malaikat.
■ Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.
■ Penting 7 hari ini kita mendapat doa dari anak yang soleh supaya hari-hari kita indah di dalam kubur.
■ Masa mayat duduk kita akan sedar, "ohh...aku dah meninggal dah".
■ Sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada al-Mulk dalam dada kita.
■ Dalam kubur al-Quran akan berkata kepada mayat, aku ini al-Quran yg dulu kamu baca dengan suara yang lantang dan mendayu.
■ Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.
■ Lepas tu baru al-Quran akan lepaskan mayat kpd dua malaikat yang akan menyoal.
■ Jangan lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa.
Ustaz Ahmad Dusuki @Radio IKIM (Dipetik daripada facebook Majlis Ilmu)
InshaAllah akan amalkan selalu. Nak istiqomah tu yang payah. Thank you ciksue kongsi kan ni :)
BalasPadamthanks sue tolong peringatkan..
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian ini kak
BalasPadam