Terdapat pelbagai masalah kulit yang dialami dikalangan individu seperti jerawat, kulit sensitif, sunburn dan juga jeragat. Pada harini, terdapat ramai dikalangan individu yang mengalami masalah jeragat. Harini ciksue akan berkongsi berkenaan jeragat. Jom hapuskan jeragat di wajah!


APA ITU JERAGAT ?

Jeragat ialah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya. Jeragat bermula dengan tompok tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi, hidung dan kawasan sekitar mulut.

Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata.

Bagi mereka yang berkulit cerah, kebiasaannya tompok jeragat akan berwarna coklat. Manakala mereka yang berkulit gelap pula akan mendapat tompok yang berwarna hitam.

Kadangkala, saiz jeragat yang kecil ini akan kelama-lamaan membesar kemudiannya bercantum dengan jeragat yang lain. Dan akhirnya memenuhi setiap ruang di wajah anda .


Ada 3 JENIS JERAGAT 

1) EPIDERMAL 
Jenis ini hanya melibatkan kawasan kulit luar. Ia boleh diatasi dengan produk penjagaan kulit wajah yang semulajadi. Jenis ini juga menunjukkan jeragat yuang berwarna coklat cair dan kelihatan gelap di bawah lampu. 

2) DERMAL 
Jeragat jenis ini terjadi di bawah lapisan kulit. Bagi mereka yang mengalami masalah jeragat jenis ini perlu perhatian lebih dari aspek pemakanan dan penjagaan kulit wajah. Ia kelihatan seperti warna perang dan tidak kelihatan gelap di bawah cahaya lampu. 

3) CAMPURAN 
Maksudnya, wajah memiliki kedua-dua jenis jeragat iaitu dermal dan epidermal. Jenis ini memerlukan penjagaan rapi bagi mengelakkan ia terus merebak ke seluruh wajah dan menyebabkan kulit menjadi kusam.


Ada 9 PUNCA JERAGAT iaitu:

1) Cahaya matahari
Cahaya matahari mengandungi sinar uv yang menyebabkan kerosakan sel kulit dan kesan sinar uv yang berlebihan ini bukan sahaja menyebabkan pigmentasi dan jeragat malah boleh membawa kepada kanser kulit.

2) Kehamilan
Majoriti wanita hamil akan mengalami keadaan hormon tidak menentu. Keadaan ini bukan sahaja mengundang kegatalan, kulit pecah, ekzema dan lain-lain malah  boleh menyebabkan terjadinya jeragat. Biasanya jeragat akan pudar selepas bersalin malah ada juga yang tidak pudar. Kebanyakan 80% wanita mengandung mengalami masalah jeragat.

3) Rawatan hormon
Kajian menunjukkan rawatan hormon yang mengandungi estrogen atau progesteron atau pun pertukaran hormon seperti implan akan mengundang masalah jeragat.

4) Ubat-ubatan
Pengambilan beberapa jenis ubat-ubatan yang memeberi side effect kepada keupayaan kulit untuk merawat dan menghasilkan sel yang aktif.

5) Hypothyroid
Biasanya dia dikenali sebagai keadaan paras hormon thyroid yang rendah.

6) Tidak berdisiplin
Penjagaan muka yang tidak berterusan. Contohnya tidur malam pun biarkan mekap tanpa dicuci. Tak boleh begitu ye kawan-kawan. 

7) Hormon tidak seimbang
Hormon tidak seimbang menyebabkan jeragat untuk tumbuh dengan banyak dan mengambil masa yang lama untuk pulih dari jeragat ini

8) Salah memilih skincare
Dengan pemakaian produk yang mempunyai bahan kimia merbahaya. Bila pakai kulit ok je. Bila stop guna kulit jadi makin teruk pula.

9) Wangian
Biasanya pewangi, sabun wangi, kosmetik dan lain-lain  wangian yang menusuk hidung akan menyebabkan tindak balas phototoxic yang mana antara punca jeragat.


1. Gunakan pelembap wajah yang mengandungi SPF ataupun sunblock untuk mengelak terkena sinaran ultra ungu yang boleh merosakkan kulit. Pilih krim yang mempunyai kandungan SPF 15 hingga 30 yang sesuai dengan cuaca kita di Asia. 

2. Bawa payung sekiranya perlu untuk melindungi kulit dari jam 12 tengah hari hingga 4 petang daripada terkena pancaran matahari. 

3. Amalkan gaya hidup sihat, minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari, hindari stres melampau, jauhi rokok dan amalkan diet yang seimbang. 

4. Gunakan produk kulit atau alat solek yang sesuai dan selamat. 

5. Hati- hati ketika mengambil sebarang ubat-ubatan. Kerana sesetengah ubat boleh menggalakkan lagi penghasilan pigmentasi pada kulit.


1. Vitamin e

Ia adalah vitamin yang terkenal sebaga vitamin untuk awet muda. 

1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, acne dan bintik penuaan, jeragat ataupun pigmentasi. 

Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha. selain itu, Vitamin E juga dapat membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. 

2. Vitamin C (Sustained Release Vita C plus)

Pengambilan Vitamin C setiap hari secara konsisten akan memberikan kulit yang lebih cerah, seterusnya melambatkan simptom penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi, jerawat dan jeragat. 

Vitamin C adalah penting untuk merangsang pembentukan kolagen dalam badan. 

Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 

Oleh itu, ianya mampu untuk menghilangkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik. 

Selain itu ia adalah anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan mampu menghapuskan radikal bebas ia menyebabkan sel-sel kulit mati.

3. Protein (Energizing Soy Protein)

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. 

Protein yang cukup di dalam badan dapat menjaga dan menghasilkan sel-sel baru yang sihat. 

Malah, dengan pengambilan sumber protein yang mencukupi setiap hari dapat menghasilkan kulit yang lebih gebu, lembut, halus dan cantik. Ianya juga dapat membantu mengurangkan kesan tompok hitam(jeragat). 

Jika badan tidak mempunyai protein yang cukup, jeragat atau pigmentasi amat sukar untuk dihilangkan. Secara kesimpulannya, sumber protein yang baik adalah kunci untuk kulit yang sihat dan cantik.

4. Vivix 

Mengandungi sangat tinggi antioksidan. Antioksidan ini yang membantu mengawal lebihan radikal bebas dalam badan. 

Kena tahu ya yang jeragat sebenarnya kesan radang/inflamasi pada kulit akibat radikal bebas. Radikal bebas apabila terlalu banyak menyebabkan melanin (pigmen gelap) terhasil tidak normal. 

Melanin menjadi terlalu banyak hingga belakunya jeragat.

Dan jeragat akan menjadi makin teruk dan menebal apabila sering terdedak kepada cahaya matahari.

Resveratrol yang terdapat di dalam Vivix Shaklee ini juga telah diuji 95% ia dapat menghalang kerosakan sel yang menyebabkan jeragat berlaku. Ia bertindak dengan cara meneutralkan kesan sinar UV pada kulit.

Vivix shaklee membantu membaiki sel-sel di dalam badan termasuk sel kulit.

Jeragat juga sebenarnya tanda sel-sel kulit kita mula rosak dan penanda awal penuaan kulit sudah berlaku.

Vivix mengandungi campuran polifenol dan resveratrol yang 13 kali ganda lagi berkesan untuk melawan kerosakan sel-sel dan melawan penuaan pada peringkat selular (DNA).

5. Gla complex



Bantu betulkan hormon yang bermasalah

Diantara faktor mengapa jeragat sukar untuk dihapuskan adalah kerana masalah hormon yang tidak seimbang. 

Sebab itu, kalau kita sapu krim tiada kesan atau buat rawatan laser, ia muncul kembali.

Sebenarnya pengambilan Gamma Lenolenic Acid (GLA) sangat penting kepada kita kaum wanita bagi membantu menstabilkan hormon setiap masa.

Ia membantu menghilangkan jeragat dengan cara mengawal paras hormon estrogen dan testosteron.

Apabila hormon kita stabil, kulit kita akan menjadi lebih sihat dan kuat. 

Bermula dari situ, kita dapat melihat jeragat akan mulai pudar dan lama-kelamaan hilang.

6. Collagen powder


Bantu tingkatkan Kolagen Di dalam Tubuh dan Cerahkan Kulit.

Selepas usia 20 tahun, purata kadar kehilangan kolagen di dalam badan adalah di sekitar 1-4 g setiap hari.

Apabila kolagen semakin berkurangan, kulit akan mula melemah dan hilang keanjalan. 

Sel kulit akan hilang kekuatan dan menjadi mudah rosak. 

Di antara kesan kerosakan sel kulit adalah timbulnya jeragat dan pigmentasi.

Kita boleh mengambil suntikan kolagen namun risiko yang mungkin anda alami adalah berlakunya alahan atau jangkitan. Kesannya juga adalah untuk sementara waktu.

Kita juga boleh mengambil krim luaran. Namun molekul kolagennya terlalu besar untuk diserap ke dalam kulit maka kita tidak akan dapat kesan seperti yang kita harapkan.

Collagen Powder Shaklee merupakan kolagen yang paling berkesan dan terbaik yang kita boleh jumpa. 

Ia mempunyai berat molekul kolagen yang amat rendah iaitu sebanyak 1000 Dalton berbanding molekul kolagen biasa 300,000 Dalton.

Jisim molekul yang rendah = kadar penyerapan unggul.

SET JERAGAT PREMIUM
1. Vivix
2. Collagen powder
3. Vitamin e
4. Gla complex
5. Vitamin c
6. Esp

SET JERAGAT MEDIUM
1. Esp
2. Gla complex
3. Vitamin c

SET JERAGAT BUDGET
1. Gla complex
2. Vitamin c

set jeragat

Kesan depends pada tahap kronik jeragat seseorang. 

Untuk masalah jeragat biasanya memang amik masa yang lama. Sebab jeragat ni berpunca dari lapisan ketiga kulit kita.

So kita kena hapuskan dari akar umbi.

Saya percaya produk Shaklee ini dapat membantu menambah baik kecantikan dan kesihatan anda. Segera hubungi Sue 011 1090 4139 untuk saya bantu anda.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 011 1090 4139. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.
Sendi memberi kemudahan untuk manusia bergerak dengan lebih lancar dan menyokong kestabilan. Sendi turut menyokong berat badan. Sendi terletak dibeberapa bahagian badan seperti tulang belakang, bahu, siku, pergelanggan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari tangan dan kaki.


Sendi yang sihat akan bergerak dengan licin serta memudahkan pergerakkan. Ia memudahkan kita melakukan pelbagai aktiviti sama ada yang ringan ataupun yang berat. Semakin kita berusia, semakin terbatas fungsi sendi. Sakit sendi boleh menyerang SEMUA PERINGKAT USIA kerana sakit sendi pada masa kini tidak tertumpu pada warga tua sahaja. 

Ini mungkin disebabkan gaya hidup serta kerja-kerja berat yang melibatkan beban yang tinggi menyumbang kepada masalah sendi. 

Siapa Yang Berisiko Sakit Sendi? 

1. Ahli sukan 
2. Individu yang mempunyai masalah obesiti 
3. Individu yang mempunyai masalah lemah otot sejak kecil 
4. Warga tua 
5. Individu yang selalu mengangkat benda berat 

Punca-punca Sakit Sendi

1. Kesakitan yang mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf 

2. Kesakitan ringan yang mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini mungkin disebabkan oleh aktiviti lasak atau berat, angkat berat, postur yang tidak betul, kecederaan atau pergerakkan tidak betul 

3. Kecacatan tulang belakang, atau kaki dan tangan 

4. Kecederaan yang mungkin disebabkan oleh aktiviti bersukan atau kemalangan 

5. Penyakit sendi seperti arthritis dan osteoarthritis 

6. Sakit yang berpunca dari pangkal saraf (Saraf terhimpit) 

7. Penyakit tulang 

8. Ketumbuhan 

9. Jangkitan kuman 

10. Masalah mental seperti tekanan dan kemurungan 

11. Penyakit kronik 

12. Pengambilan ubat-ubatan 

13. Berat badan berlebihan 

Rawatan Biasa Untuk Sakit Sendi

Terdapat beberapa kaedah yang boleh dipraktikan bagi melegakan masalah sakit sendi, antaranya: 

1. Dapatkan rehat yang secukupnya. Elak melakukan aktiviti yang melibatkan sendi yang sakit. 

2. Tuam kawasan sendi yang sakit dengan ais 15-20 minit 

3. Makan ubat-ubatan anti radang 

Set Kesihatan Sendi Paling Top

Set Kesihatan Sendi Shaklee. 
-Collagen Powder 
-Omega Guard 
-Ostematrix 

Apabila kolagen berkurangan, tulang-tulang lain akan turut rosak. Kolagen berperanan penting dalam memastikan kesihatan tulang rawan. Antara fungsi kolagen : 

1. Memberi regangan pada sendi 
2. Menjaga rangka lutut 
3. Memelihara tulang rawan yang mula rosak



Omega Guard adalah omega 3 yang melambatkan degradasi tulang rawan, ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi. Ia juga turut membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. Omega Guard juga bertindak sebagai pelincir. Ia membantu sendi untuk bergerak bebas. 


Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukkan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi.

Ostematrix Shaklee lebih sekadar kalsium tetapi mengandungi Magnesium, Vitamin D dan Boron untuk membantu penyerapan kalsium dengan lebih berkesan serta menguatkan tulang dan sendi. 



SET SAKIT SENDI
Set A (Full Set) -Collagen Powder -Omega Guard -Ostematrix -Vivix 
Set B (Medium) -Collagen Powder -Omega -Ostematrix 
Set C (Bajet) -Omega Guard -Ostematrix

Jika sekiranya anda pernah operate lutut untuk injection cecair, sakit tumit, sakit sendi atau rasa kebas-kebas, sakit lutut, sakit tak boleh berdiri lama, slip disc  dan sakit sendi lutut ketika bersila lama ciksue sangat rekemen anda untuk mencuba set sendi Shaklee ini.

Testimoni 1: Sakit lutut dan sendi dah kurang selepas botol ketiga. Boleh buat hobi bercucuk tanam balik dan badan rasa lebih ringan.


Testimoni 2: Alhamdulillah dah ok dah ni. Syukur sangat boleh buat macam-macam kerja dah Mujur ada Vivix.

Testimoni 3: Dulu mak mertua takde mood nak berjalan jauh sebab masalah kakinya yang sakit. Sekarang ni dia pulak yang sibuk ajak anak-anak dia berjalan.


Testimoni 4: Dah habis sebotol mak kata badan rasa ringan je, nak solat pun dah ok sekarang, naik turun tangga pun takde  masalah.

Testimoni 5: Seminggu ambil vivix dah boleh solat macam biasa. Sebelum ni solat di kerusi je.


Saya percaya produk Shaklee ini dapat membantu menambah baik kecantikan dan kesihatan anda. Segera hubungi Sue 011 1090 4139 untuk saya bantu anda.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 011 1090 4139. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.
Assalamualaikum

Berbaki beberapa hari saja lagi umat Islam bakal menyambut puasa Ramadhan. Ciksue pasti ramai yang telah membuat persiapan menghadapi bulan yang mulia ini.

Bercakap pasal bulan puasa antara makanan yang wajib ada ialah serunding. Kalau tak sempat masak, serunding ini dikira sebagai penyelamat. Boleh dimakan dengan nasi panas atau pun roti.

Selain itu ialah sambal. Rakyat Malaysia dan sambal tidak boleh dipisahkan. Dapat makan nasi panas panas, telur goreng dan sambal pun dah cukup sebagai menu sahur yang ringkas dan cepat.

Ciksue nak share dengan korang sambal yang ciksue baru je beli semalam. Ciksue cuba 3 jenis sambal iaitu sambal ijo, sambal penyet dan sambal ketuk. Ciksue paling suka sambal ijo. Memang sedap semuanya. Korang kena cuba.


Banyak lagi jenis sambal yang dijual seperti sambal merah, acar ikan masin, sambal itam dan sambal tumis. 

Jika berminat nak beli korang boleh ke ig sambaleena.my. Dengar kata ada promosi bulan Mei ini. Cepat-cepat terjah ig diaorang ok.

Oh ya, jika nak berpuasa dengan set tripple gems, sekarang ini ada promosi 10% diskaun tau. Korang boleh whatsapp ciksue segera www.wasap.my/601110904139
Ya,rahsia besar yang tak ramai orang tahu,terutamanya pasangan suami dan isteri. Izinkan saya kongsi kan sedikit RAHSIA BESAR ini.

Tak lama,hanya pinjam 5 minit sahaja untuk membaca.

Baru baru ni waktu saya balik Johor, saya berpeluang bertemu dengan seorang Ustaz, iaitu Ustaz Sadini.

Ustaz Sadini merupakan seorang bekas doktor, dan berkahwin dengan anak dari Mufti Brunei. Tutur kata memang begitu menenangkan jiwa yang mendengar setiap tazkirah yang keluar dari mulut nya.

Sempat saya bertanya pada dia,
"Macamana nak buatkan suami mendengar nasihat dan pendapat isteri? Sebab macam yang kita tahu, ramai suami diluar sana yang meletakkan ego di depan sekali bila buat apa apa keputusan di dalam rumah tangga"

Ustaz Sadini jawab,
"Sebelum tu saya nak tanya, pernah tak kamu mendoakan angota badan suami kamu?"

Ustaz Sadini pandang semua yang hadir,dan tanya lagi pada yang lain,

"Ada doakan anggota badan suami? Suami pulak,ada doakan untuk anggota badan isteri?"

Ustaz Sadini pandang saya semula, menunggu jawapan.Ahhh sudah! Apa nak jawab? Sebab saya tak paham maksud soalan tu

Tapi saya jawab juga,
"Saya biasa doakan suami saya dalam setiap sujud terakhir ketika solat, minta supaya ALLAH permudahkan setiap usaha suami mencari rezeki, menjadi suami dan ayah yang penyayang dan bertanggungjawab"

Ustaz Sadini :
"Baik. Saya tak cakap benda tu salah yer. Cuma kurang betul. Kurang betul sebab pasangan suami isteri harus mendoakan anggota badan antara 1 sama lain.Tapi tak ramai pasangan buat perkara ni.Sebab tu kurangnya hubungan yang MAWADDAH di dalam rumah tangga"

Persoalannya,bagaimana nak mendoakan anggota tubuh badan pasangan secara specifik?

Di sini sy kongsi kan yerrr.

Pegang tangan suami/isteri kita,usap tangan nya sambil baca 

Allahumma barik lanaa fima rozaktana wakina a'zabannar,

Habis baca sambung,

YA ALLAH, BERKATI TANGAN SUAMI/ISTERIKU AGAR DIGUNAKAN KE JALAN YANG BAIK, DI HARAMKAN DARI API NERAKA.

Pelik? Yer, kami semua yang hadir pun tercengang. Doa makan? Itu yang Ustaz Sadini bagitau, ramai ingat doa makan di baca ketika makan sahaja. Sedangkan banyak fungsi doa makan tu,untuk minta apa saja yang kita ada diberkati ALLAH.

Ulang perkara yang sama di setiap anggota badan pasangan kita

Ketika isteri hamil,baca kan juga doa tersebut, sambil lekapkan tapak tangan di perut isteri

Ketika sedang bersama, lekap kan tapak tangan di dada suami/isteri,dan bacakan doa tersebut,minta hatinya di berkati ALLAH dan tidak terpikir langsung untuk berbuat perkara yang tidak di sukai. Minta diharamkan hati nya dari api neraka

ALLAHUUU, saya yakin ramaiiiii sangat yang tak tahu perkara ni kan? Pernah doakan tak anggota tubuh pasangan kita?

Dan yang terakhir ustaz Sadini kongsikan, ketika suami bawa balik sekampit beras.Waktu di tuang ke dalam tong beras,pegang butiran beras tu sambil bacakan juga,

Allahumma barik lanaa fima rozaktana wakina a'zabannar

Doa agar setiap butiran beras tu diberkati oleh ALLAH SWT.

Saya izinkan kalian SHARE, agar lebih ramai mendapat ilmu kecil,yang merupakan salah 1 RAHSIA BESAR mendapatkan hubungan yang MAWADDAH di dalam rumah tangga

Copy paste dari grup telegram
Berbaki beberapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut bulan puasa. Pelbagai aktiviti disusun bagi menyambut Ramadhan. Ada yang join grup tadarus atau ada yang berazam ingin khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan? 

Ciksue nak kongsi satu Al-Quran yang akan memudahkan korang untuk khatam Al-Quran.  Al-Quran Ar Rayyan namanya. Ia mempunyai tiga jenis khatam tracking iaitu 10 hari, 16 hari dan 30 hari khatam. Size B5. Di dalam dia ada nota dan index tracking bagaimana untuk khatam Al-Quran ini. Dan yang bestnya juga Al-Quran ni berbau wangi.

Al-Quran ini adalah Rasm Uthmani serta mendapat kelulusan KDN. Boleh beli dengan khatam tracking atau  atau tanpa khatam tracking.

Ciksue sangat rekemen untuk kawan-kawan beli Al-Quran ni. Sempena nak masuk bulan puasa ni ada diskaun harga yang ditawarkan.

Cepat-cepat terjah ig norhafizahsaad atau facebook Fiza Saad.


Tidak lama lagi umat Islam akan menyambut puasa Ramadhan. Ciksue yakin, kawan-kawan semua sedang sibuk melakukan persiapan menyambut puasa dengan baik.


Antara kebaikan berpuasa ialah:
- Mengawal diri dari makanan
- Membuang tabiat buruk seperti merokok
- Membuang ketagihan kopi dan gula
- Lebih fokus dalam kerja
- Tenang jiwa
- Menyatukan keluarga dan mengeratkan silaturrahim
- Rehat organ badan untuk pulihkan diri
- Menyahtoksin
- Mengawal berat badan
- Mengawal kolesterol
- Mengawal bacaan gula dalam darah
- Mengawal bacaan tekanan darah

Jika tidak bersahur dan berbuka  dengan betul akan menyebabkan perkara-perkara berikut:
- Dehidrasi
- Tekanan dan gula darah turun
- Gastrik dan pedih ulu hati
- Sembelit
- Tinggi kolesterol
- Gula darah tidak terkawal

Antara cabaran yang bakal dilalui ialah:
1) Anak
- Perkembangan dan pertumbuhan terjejas
- Kurang fokus di sekolah, pelajaran terganggu

2) Golongan bekerja
- Mengantuk, sakit kepala, cepat letih
- Tenaga berkurang, cepat haus (nelayan, petani, buruh, pemandu)

3) Ibu mengandung dan ibu menyusu
- Nutrient tidak seimbang untuk perkembangan fetus
- Kurang penghasilan susu badan

4) Warga emas
- Nutrisi tidak seimbang untuk mengekalkan kesihatan dan mencegah jangkitan
- Risiko penyakit berbahaya
- Tenaga berkurangan

Kekal cergas dan kekal bertenaga di bulan Ramadhan dengan  nutrisi Shaklee ini iaitu:

1) Coq Trol Plus - Tingkatkan tenaga anda
Kekal aktif dan bertenaga dengan Coenzyme Q10, antioksida yang menyokong sel untuk menghasilkan tenaga. CoQ Trol Plus membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tokoferol. Untuk penyerapan optimum, ia dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun.

CoQ 10 membantu badan bertenaga untuk aktiviti seharian, menghilangkan keletihan, menghilangkan migrain dan sakit kepala, memberikan jantung yang sihat dan memberikan kulit yang gebu.

2) Herblax - Untuk pelawasan
Pemakanan yang seimbang yang kaya dengan serat, pengambilan air yang banyak dan senaman yang kerap menyumbang kepada pergerakan usus yang sihat. Untuk melegakan masalah sembelit yang kadang kala berlaku, Herblax melegakan masalah sembelit.


3) Dtx Complex- Membantu hati untuk perbaharui, segar dan cergas semula
Dtx Complex membekalkan nutrisi untuk menyokong fungsi hati yang sihat menggunakan formulasi herba yang melindungi dan merangsang fungsi tubuh untuk mengekalkan hati yang sihat.

4) Cinch Shake Mix- Shake lengkap dan pantas
Minuman yang lazat, pantas dan berkhasiat untuk anda. Ia membekalkan nutrien seumpama satu hidangan, tetapi rasanya enak seperti pemanis mulut.


5) Performance - Menyegarkan dan menghilangkan dahaga
Serlahkan prestasi terbaik anda untuk mengekalkan momentum. Dengan proprietari OPTI-Lyte campuran elektrolit ditambah campuran unik karbohidrat untuk memberikan tenaga segera dan berterusan disamping menyokong penghidratan optimum.


6) Peppermint Ginger Plus - Lega dan tenang
Pudina dan halia digunakan secara tradisional dan turun temurun untuk sensasi menenangkan dan melegakan perut. Ia juga boleh membantu melawaskan penghadaman.


7) Lecithin - Lemak sihat yang anda perlukan
Lesitin dikenali sebagai pengemulsi semulajadi yang menguraikan lemak menjadi molekul-molekul kecil untuk penghadaman. Lesitin juga ditukar menjadi asetilkolina di dalam tubuh anda, yang diperlkan untuk membantu mengekalkan tubuh yang sihat.


8) Mealshakes - Makanan lazat di mana-mana sahaja
Minuman berkhasiat, sedap dan berkrim serta sumber yang kaya dengan kalsium, serat dan protein. Sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan juga dewasa di mana-mana sahaja.


9) Cinch Tea Mix- Minuman yang menyegarkan
Lupakan kopi dan minuman manis. Ini cara yang selamat dan semulajadi  untuk menceriakan hari anda dan menukar saiz pakaian anda. Campuran eksklusif teh hijau, putih dan merah, serta taurina untuk meningkatkan tenaga seharian agar anda sentiasa segar dan cergas. Nikmatinya pada bila-bila masa, panas atau sejuk.
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Semoga kita sama-sama dapat meningkatkan amal ibadah dan meninggalkan perkara yang tidak baik/lalai di bulan yang penuh keberkatan ini.

Saya percaya produk Shaklee ini dapat membantu menambah baik kecantikan dan kesihatan anda. Segera hubungi Sue 011 1090 4139 untuk saya bantu anda.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 011 1090 4139. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.
Kurang lagi dua minggu umat Islam akan berpuasa Ramadhan. Pelbagai perancangan disusun rapi bagi menyambut bulan mulia ini seperti program tadarus Al-Quran, sedekah, khatam Al-Quran, qiyamullail, berjemaah Tarawih di masjid, berbuka puasa di masjid dan sebagainya.


Ada tak di kalangan kawan-kawan ciksue yang risau untk berpuasa oleh kerana masalah-masalah seperti berikut:

- gastrik
- ibu menyusu yang risau susu merudum dan kesihatan diri
- ibu hamil yang risau kesihatan kandungan
- anak yang baru belajar berpuasa
- pekerja buruh
- mereka yang inginkan kesihatan optimum
- dan sebagainya

Jangan risau kerana ciksue ada solusinya iaitu dengan set tripple gems Shaklee ini. Ia mengandungi 3 produk iaitu ESP, Mealshakes dan Performance drink.

set sahur shaklee

ESP ialah protein soya NON GMO yang lengkap dengan 9 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan. ESP membekalkan tenaga dan mengekalkan rasa kenyang lebih lama kerana ia mengandungi glisemik indeks yang rendah iaitu 39. Maksudnya ia ditukar kepada glukos dan tenaga secara perlahan-lahan, bukan sekaligus. Mereka yang ada masalah gastrik elok sangat ambil ESP ini sewaktu sahur.


Pengambilan performance drink membantu mengekalkan cecair di dalam badan. Jika dibandingkan dengan minum air kosong, kita akan kerap ke tandas untuk membuang air kecil. Performance membantu mengurangkan rasa dahaga yang terlampau, mengelakkan bibir kering merekah sehingga berdarah.


Anak-anak yang baru nak belajar puasa atau tidak lalu nak makan berat sewaktu sahur, ibu boleh bancuhkan gabungan mealshakes dan performance ini. Rasa vanilla mealshakes yang sedap ini pasti menambat selera anak-anak anda. Jika ibu kreatif, boleh juga dibuat smoothie dan overnight oats untuk anak tersayang.


Sudah 6 tahun cik sue berpuasa dengan set tripple gems ini. Sewaktu hamil, menyusu dan mengepam susu di office. Set ini sangat membantu memberikan tenaga, kurang rasa haus terutamanya selepas mengepam susu, tiada rasa menggeletar badan akibat lapar, dapat menjalankan aktiviti macam biasa dan paling best production susu juga maintain macam biasa (alhamdulillah rezeki anak).

Inilah sebabnya kenapa cik sue sarankan pada kawan-kawan untuk mengambil set tripple gems ini.


Testimoni dari mereka yang telah pun berpuasa dengan set tripple gems.

Testimoni 1: Berpuasa selama 16 jam dengan cuaca negara beliau yang panas tiada masalah sejak ada ESP.

Testimoni 2: Ambil ESP masa sahur, tidak rasa lapar dan letih pun. 


Testimoni 3: Alhamdulillah setakat ini masih bertenaga lagi walaupun puasa tak makan karbohidrat.


Testimoni 4: Time sahur saya minum esp, performance, mealshakes, kurma dan susu..huhu..sedap kan..heheh tapi memang kenyang dan bertenaga sepanjang hari walaupun saya bekerja di luar..hahaa saya jaga bazar masjid india dan kawasan bukit bintang tau time tu.
Alhamdulillah, set 3 gems sangat membantu, susu perahan tetap maintained 10-12oz lebih sehari.


Testimoni 5: Saya amalkan minum esp, mealshakes dan performance setiap sahur dan sebelum tidur. Alhamdulillah pedih perut semakin beransur hilang dan saya rasa puasa kali ni lebih bermakna. Saya rasa lebih bertenaga juga. Saya menjalani ibadah puasa kali ini tanpa rasa sakit pun seperti puasa-puasa sebelum ini. Alhamdulillah.


Testimoni 6: Puasa harini rasa segar jer, rasa macam tak puasa pulak, perut kenyang dengan air jer, minum esp dan milo lepas tu minum performance dan oren lepas tu minum air masak, memang penuh tangki dan alhamdulillah hasil tuaian pagi ni masih maintain.


Testimoni 7: Selepas consume performance, segar bugar for the physical and spiritual chores. bangkit sahur pun senang. Nak qiam pun senang. Alhamdulillah.


Testimoni 8: Hari ketiga anak sulong saya ambil Mealshakes dia mampu bertahan menyiapkan kerja rumah sampai pukul 10 malam. Sebelum ni dia amat penat sekolah pagi dan petang. Selepas maghrib tentu lena di mana saja letak kepala.


Alhamdulillah set tripple gems ini telah membantu ramai orang berpuasa dengan penuh bertenaga. Kawan-kawan yang berminat mencuba cepat-cepat hubungi cik sue ye.

Saya percaya produk Shaklee ini dapat membantu menambah baik kecantikan dan kesihatan anda. Segera hubungi Sue 011 1090 4139 untuk saya bantu anda.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 011 1090 4139. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.