Kalsium Untuk Tulang Kuat Dan Sihat

Anda Perlu Lebih daripada Kalsium untuk tulang kuat dan sihat

Kalsium sahaja tidak mencukupi untuk memastikan tulang kita sihat. Gabungan unik mineral-mineral penting diperlukan untuk menyokong penghasilan tulang yang lebih kuat untuk membantu mengekalkan kesihatan dan berasa lebih muda ketika kita berumur.


Kalsium adalah mineral yang paling banyak terdapat di dalam tulang kita. 
• Bahan utama untuk menghasilkan tulang yang kuat dan sihat. 
• Mengekalkan ketumpatan tulang sepanjang hidup. 
• Disarankan untuk mengambil 1000mg kalsium sehari dan jumlahnya meningkat bagi wanita menopaus. 

Magnesium adalah kunci kepada gabungan dan penggunaan kalsium di dalam badan. Ia menyokong: • Proses pengaktifan vitamin D supaya ia boleh meningkatkan penyerapan kalsium. 
• Disyorkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 300mg sehari untuk perkembangan tulang yang sihat. 

Vitamin D yang rendah di dalam tubuh boleh menyebabkan kekurangan kepadatan tulang dan kualitinya, serta meningkatkan penuaan tulang. Vitamin D membantu: 
• Merangsang penyerapan kalsium pada saluran pencernaan. 
• Mengekalkan paras kalsium dan fosfat untuk proses penghasilan tulang yang normal. 

Boron ditemui di dalam tulang dan tisu-tisu lain di seluruh badan. 
• Ia mengelakkan tulang rapuh dengan menyokong proses metabolik tulang yang normal. 
• Menyokong penggunan nutrien yang terlibat di dalam penghasilan tulang yang kuat secara effektif. 

Mangan, Kuprum dan Zink 
Kekurangan salah satu daripada mineral ini dikenalpasti akan menghalang pertumbuhan tulang dan meningkatkan risiko osteoporosis di kemudian hari. Mineral ini penting untuk: 
• Mengaktifkan enzim yang terlibat di dalam proses penghasilan tulang. 
• Melindungi tulang anda daripada kerosakan oksidatif.

Bagaimana Mengekalkan Tulang Kuat

1) Mula awal
Kerana penurunan ketumpatan tulang bermula pada usia 30 tahun, cara terbaik adalah bermula semasa anda masih muda.

2) Lakukan Senaman Menahan Beratan (Weight-bearing)
Senaman menahan beratan meningkatkan ketumpatan tulang anda kerana ia semakin kuat ketika diletakkan di bawah tekanan. Cuba angkat berat, berjalan kaki, berlari, mendaki, menari dan bermain tenis.

3) Buat pilihan yang sihat
Jalani gaya hidup dan kekalkan berat badan yang lebih sihat.


Pilihlah kalsium lengkap dengan Vitamin D dan Magnesium untuk penyerapan sempurna. Ostematrix Shaklee lengkap dengan kalsium, magnesium, vitamin D, boron, mangan, kuprum dan zink.

Bulan ni ada promosi tau. Beli 3 botol dapat 5% diskaun. Jimat 3 bulan!


Saya percaya produk Shaklee ini dapat membantu menambah baik kesihatan anda. Segera hubungi Sue 011 1090 4139 untuk saya bantu anda.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 011 1090 4139. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.

1 ulasan:

  1. untuk mereka yang tak minum susu macam CT.. ni elok ni. as a source of calcium yang diperlukan badan =)

    BalasPadam