Idea Menu Sahur Sihat Cara Saya

Sahur sinonim di bulan puasa. Ia merupakan amalan sunat yang sangat dituntut kerana padanya terdapat keberkatan yang dijanjikan oleh Allah swt. Sahur adalah perbuatan makan dan minum awal pagi sebelum waktu fajar dengan niat untuk berpuasa.


Kebiasaan sahur, ramai yang suka makanan yang ringkas dan mudah disediakan. Di sini Su kongsi sepuluh menu sahur sihat untuk rujukan anda semua.


1) Sup atau tomyam ayam


2) Telur rebus dan ayam goreng


3) Ayam goreng bersama sambal tempe ikan bilis


4) Sate ayam/ daging


5) Greek yogurt bersama kekacang dan buah avokado/berry


6) Daging bakar bersama telur dadar dan terung bakar


7) Telur mata dan ayam bakar


8) Sayur salad bersama telur rebus, ayam dan kekacang


9) Omelette sayur dan daging bakar


10) Telur bistik dan ayam goreng


Makanan berasaskan protin dan lemak akan memberikan rasa kenyang yang lebih lama berbanding sumber makanan dari karbohidrat yang hanya bertahan sehingga 2-3 jam sahaja. Selain itu, ia juga membekalkan tenaga yang berpanjangan untuk melakukan aktiviti seharian seprti biasa.


Contoh makanan dari sumber protin ialah seperti ikan, ayam, udang, ketam, kerang, lembu, kambing, kerbau dan lain-lain. Manakala contoh makanan dari sumber lemak pula adalah seperti kekacang, minyak kelapa, minyak zaitun, avocado, santan, mentega dan sebagainya.


Jika sebelum-sebelum ini anda bersahur dengan makanan berkarbohidrat, Ramadan kali ini anda boleh cuba bersahur dengan mengutamakan makan protin sehingga kenyang terlebih dahulu. Anda akan rasai perbezaan yang ketara.



Jika anda risau terlewat bangun sahur, anda boleh sediakan Set Puasa Shaklee ni. Su dan seisi keluarga merupakan pengguna tegar set puasa Shaklee ini sejak dari tahun 2012 lagi. Sangat mudah disediakan semudah 123.


Anda hanya perlu bancuh dengan air, shake..shake dah siap untuk diminum. Jika anda ingin blend bersama buah-buahan atau kekacang boleh juga. Atau ingin menggunakan air susu atau jus terpulang pada selera masing-masing.


Cuma anda perlu ingat setiap penambahan selain dari shake yang asal, kalori juga bertambah. Perlu hati-hati ye, lagi-lagi yang aim untuk turunkan berat badan.


Diharap dengan entry ini, anda dapat sedikit idea untuk menu sahur anda. Jadi, menu mana satu yang anda nak cuba dulu? Mari kongsikan dengan Su di ruangan komen.

#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleethriumph2023

#shakleekotadamansara

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan