Assalamualaikum.
Telah tersebar dengan meluas terutamanya melalui Whatsapp tentang hukum membasuh baju dengan mesin basuh. Caranya begitu teliti sehingga kelihatan menyukarkan umat Islam kerana antaranya disebutkan:...."Basuh baju seperti biasa jika bercampur dengan pakaian yang bernajis.
Selepas tamat pembasuhan melalui durasi mesin basuh, lakukan semula dengan cara MEMBILAS BAJU SATU PERSATU ATAUPUN BEBERAPA HELAI SEKALIGUS MELALUI AIR YANG DIBUKA SEMULA DAN RATAKAN SEHINGGA BERSIH"..
Cukup nukilan fatwa daripada islamqa.com tentang hal ini..
وجاء في فتاوى "اللجنة الدائمة" (4/196): " والثياب إذا ألقيت في الماء الطهور وغسلت حتى زال أثر النجاسة عنها طهرت جميعا من نجاسة الكلب وغيره، بشرط أن يتكرر غسلها من نجاسة الكلب سبع مرات.." انتهى .
الشيخ عبد العزيز بن عبد الله بن باز ... الشيخ عبد العزيز آل الشيخ ... الشيخ صالح الفوزان ... الشيخ بكر أبو زيد
فإذا غسل الثوب النجس في الغسالة وزال عنه أثر النجاسة فقد طهر بذلك.
والله أعلم
Maksudnya: "dan apabila pakaian dimasukkan ke dalam air bersih dan dibasuh sehingga hilang kesan najis daripadanya, suci keseluruhannya daripada najis anjing dan selainnya, dengan syarat mengulangi basuhan pada najis anjing tujuh kali basuhan..sekian"
(Fatwa Lajnah al-Daimah 4/196; al-Syeikh 'Abdul 'Aziz bin 'Abdullah bin Baz, al-Syeikh 'Abdul 'Aziz Alu al-Syeikh, al-Syeikh Soleh al-Fauzan dan al-Syeikh Bakr Abu Zayd).
(al-Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid, pengendali Islamqa.com) Maka, apabila membasuh pakaian bernajis di dalam mesin basuh dan hilang kesan najis daripadanya, maka, ia suci dengan basuhan tersebut. Wallahu'alam.
Ingatlah dengan pesanan Nabi SAW:
إنه سيكون في هذه الأمة قوم يعتدون في الطهور والدعاء
Maksudnya: "Sesungguhnya akan berlaku pada umat ini suatu kaum yang berlebih-lebihan dalam bersuci dan berdo'a". (Riwayat Abu Daud. no.96. Sahih).
إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلاَّ غَلَبَهُ. فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَيْءٍ مِنَ الدُّلْجَةِ
Maksudnya: Sesungguhnya Agama (Islam) itu adalah mudah, dan tidaklah sekali-kali seseorang itu memperberat-beratkan agama melainkan dia (agama itu) akan mengalahkannya.
Oleh sebab itu tujulah yang tepat, dan hampirlah, dan gembiralah kamu (dengan berita itu). Dan memohon pertolonganlah kamu dengan waktu pagi, dan petang, dan sedikit daripada waktu malam.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Credit FB: Abu Hasif Hairil Irza
perkongsian yang menarik kak su. salam jumaat :D
BalasPadamSalam jumaat nani :)
BalasPadamSalam jumaat sis..
BalasPadamperkongsian yang baik..kekadang kita terlupa tentang hukum ni kan
BalasPadamsalam jumaat ... dah lama dah isu ni kan. nice sharing.
BalasPadampastikan kita basuh dulu pakaian yang ada najis tu dengan tangan sampai bersih suci, baru leh masuk mesin basuh :)
BLOG OH! BLOG
ooo ada hukum eh basju baju ngan mesin basuh..gud info ni
BalasPadamislam tu menyenangkan, bukan meyusahkan..
BalasPadamsaya join giveaway yang disponser oleh tuan blog ni..^_^
http://akubudakkayu.blogspot.com/2015/02/giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
nice info hihih
BalasPadamgud info ni sue... salam Jumaat
BalasPadamNice sharing...
BalasPadamTq for sharing su..
BalasPadamitu lah.. mde ni nmpk simple je kan.. rupanya byk y kt nk kena jaga ikt hykum agama kita..
Salam ziarah....wah, info berguna ni.
BalasPadamhttp://thebeautyofsplendid.blogspot.co.uk/