Assalamualaikum.
Resepi ringkas ni anak-anak pasti suka. Lengkap dengan protin dan sayuran. Memang sesuai dinikmati seisi keluarga.
Gambar sumber Google |
Bahan-bahan:
1 ketul isi ayam - potong kecil
1 batang lobak merah - dihiris
1 bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
4 cawan air
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 cawan susu
Cara membuat:
Rebus air di dalam periuk. Selepas itu, masukkan ayam, lobak merah, bawang besar, bawang putih ke dalam air yang mendidih.
Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam. Setelah empuk dan masak, kisarkan sup dengan mesin pengisar. Apabila semuanya sebati, tuangkan susu ke dalam sup tadi.
Hidangkan ketika panas.
Untuk kesihatan:
Kajian yang dilakukan oleh Dr. Stephen Rennard dari University Nebraska, campuran kandungan sup ayam mempunyai nutrien dan vitamin yang mampu memperlahankan aktiviti sel darah putih.
Sumber: Rapi Mac 2015