Mudahnya berdiet jika anda kenal makanan yang mampu membantu anda untuk mencapai matlamat itu. Ada 6 jenis makanan pelangsing tubuh secara semulajadi buat anda.

1) Pir
Kaya dengan serat dan kandungan air, sesuai dijadikan hidangan harian buat mereka yang berdiet. Ini kerana selain membantu anda untuk kembali langsing, kandungan airnya juga baik untuk kelembapan kulit. Kandungan seratnya pula dapat memberikan anda rasa kenyang yang lebih lama.


2) Oren
Buah oren sangat tinggi vitamin C dan flavonoid yang membantu mempertingkatkan pembakaran lemak dalam tubuh. Mulakan hari anda dengan segelas jus oren segar tanpa tambahan gula. Selain diminum dalam bentuk jus, anda juga boleh tambahkan hirisan oren ke dalam hidangan salad.

3) Yogurt
Makanan yang rendah kalori dan tinggi nutrisi ini sangat mengenyangkan jika dinikmati. Ia juga tinggi kandungan kalsium yang baik untuk tulang dan penurunan berat badan.


4) Lobak merah
Lobak merah  boleh dijadikan sup, salad, jus ataupun manisan. Biasakan diri anda untuk menikmati semangkuk jus lobak merah sebelum hidangan utama bagi membantu menimbulkan rasa kenyang. Ia akan membantu anda mengurangkan jumlah pengambilan makanan dalam hidangan utama. Selain itu, lobak merah juga kaya dengan vitamin A yang baik untuk kesihatan anda.

5) Timun 
Timun adalah sayuran segar rendah kalori yang paling mudah dinikmati saat berdiet. Ia juga mempunyai sifat penyejuk yang baik untuk badan kala cuaca panas. Anda boleh nikmatinya begitu sahaja sebagai ulam atau tambahkan ia bersama kekacang untuk dijadikan salad.

6) Jus lemon
Dua gelas jus lemon segar bersama satu sudu madu setiap awal pagi dan malam dapat membantu proses diet anda menjadi lebih efektif. Ia membantu membakar lemak serta membantu meremajakan kulit dari dalam.


Kawan-kawan yang nak cuba berdiet, boleh amalkan makanan sihat ini. Selamat beramal :)
Metabolisme ialah kadar pembakaran kalori oleh badan. Setiap orang mempunyai kadar metabolisme yang berbeza walaupun mempunyai persamaan dari segi corak kehidupan, cara pemakanan dan menjalankan aktiviti yang sama.


Salah satu punca metabolisme menurun adalah pengaruh usia. Tahukah anda bahawa kadar metabolisme akan menurun lima peratus dalam tempoh sepuluh tahun selepas usia seseorang itu mencecah 40-an? 

Walaupun tubuh masih mampu membakar kalori dengan kadar segera, ia tetap tidak sepantas ketika anda masih muda.

Faktor jantina juga mempengaruhi. Wanita membakar kalori lebih perlahan berbanding lelaki. Lelaki mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi kerana mereka memiliki tisu otot yang lebih.

Selain itu, genetik juga menjadi faktor. Jika kebanyakan ahli keluarga anda berbadan besar dan menghidap penyakit berkaitan berat badan seperti obesiti, kemungkinan anda memiliki kadar metabolisme yang rendah juga sangat tinggi.

Kadangkala gaya hidup yang tidak sihat boleh menyebabkan metabolisme menurun. Pengambilan ubat seperti ubat anti-depresi boleh mengurangkan kadar metabolisme badan. Bila badan kekurangan tenaga, penggunaan tenaga juga berkurangan dan menjadikan pembakaran kalori tidak aktif.

7 strategi tingkatkan metabolisme badan anda:

1) Tidur teratur
Selain tidur lapan jam sehari, tidur teratur boleh diklasifikasikan sebagai tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Tidur kurang misalnya dalam tempoh empat jam sehari akan menjadikan kadar metabolisme menurun. Tenaga untuk membakar kalori akan berkurangan kerana keadaan badan yang letih sehingga menjejaskan kadar metabolisme seseorang.

2) Waktu sarapan
Sebaiknya ambillah sumber karbohidrat ketika bersarapan kerana ia memerlukan waktu yang lebih lama untuk dicerna dan membuatkan kita kenyang dalam satu tempoh masa yang agak lama. Rasa lapar kerana tidak bersarapan membuatkan kita cenderung untuk makan lebih banyak selepas itu.

3) Pengambilan protein
Protein bukan sahaja bertindak untuk membakar lemak bahkan ia membentuk otot. Bagi menghadam protein, lebih banyak tenaga diperlukan. Apabila memilih makanan, pastikan 10-35 peratus daripada jumlah kalori yang diambil merupakan sumber protein. Badan membakar kalori dua kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat.

4) Banyakkan minum air masak
Dalam sehari seorang dewasa memerlukan lapan gelas air masak. Sebagai tambahan, boleh juga memakan buah-buahan yang tinggi kandungan air. Makan secara kerap boleh membantu mengurangkan berat badan. Ambil makanan setiap tiga atau empat jam untuk membantu meningkatkan kadar metabolisme.

5) Elak stres
Stres akan meningkatkan jumlah kortisol dalam tubuh. Ia merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya berada dalam situasi bertekanan tinggi. Senaman meditasi seperti yoga adalah yang terbaik bagi mengawal stres.

6) Berjemur
Berada di kawasan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau naik berat badan. Apabila ini berlaku, ia memeberi kesan kepada kadar metabolisme dalam tubuh anda. Pastikan anda berada di bawah sinaran matahari sekitar jam 8-10 pagi.

7) Senaman
Senaman dengan pemberat adalah yang terbaik untuk meningkatkan kadar metabolisme. Menurut Kevin Zahri di dalam blognya, satu paun otot akan membakar 35-50 kcal kalori. Lemak pula hanya membakar 5-10 kcal kalori. Bersenam aerobik atau berjoging pula tidak membina otot tetapi mampu meningkatkan kadar metabolisme badan selepas kita melakukannya.

Sumber: Rapi April 2013
Tahukah anda bahawa senaman yang kita lakukan perlu mengikut bentuk badan kita? Sepertimana diet mengikut jenis darah, senaman juga boleh dikategorikan mengikut bentuk badan. Pernahkah kita melakukan senaman sekian lama tetapi tetap tidak memberi kesan apa-apa kepada kita? Berikut senaman sesuai mengikut bentuk badan:


Badan lurus 
  • Senaman yang sesuai ialah push up, berjalan di atas treadmill (atau berjalan perlahan), step ups dan martial arts (silat, teakwando dan lain-lain).

Badan pear
  • Senang membina otot tapi sukar menurunkan berat badan terutama sekali lemak. Banyakkan senaman untuk bahagian bahu dan lengan.

Badan melengkung
  • Lakukan senaman yang memberi tona dan bentuk keseluruhan badan. Senaman yang sesuai adalah naik turun tangga atau buat step ups, pilates, yoga dan lompat tali.

Badan atlet
  • Banyakkan senaman atau workout terutama untuk bahagian punggung.

Sumber: Rapi September 2014

Cik sue baru tahu senaman pun  kena ikut  bentuk tubuh. Tapi bagi cik sue asalkan dapat bersenam 30 minit hingga satu jam tiga kali seminggu sudah cukup baik. Tak kisahla senaman apa pun. Asalkan ianya dapat mengeluarkan peluh dan mengaktifkan otot jantung berdegup   .

Ada ke kawan-kawan mengamalkan senaman mengikut bentuk tubuh? Cuba cerita sikit.
Masa cik sue kecik-kecik dulu abah selalu suapkan minyak ikan Scott Emulsion color oren atau putih. Yang color oren tu boleh telan lagi, yang color putih tu ya ampun nak termuntah baunya. Cepat-cepat minum air masak lepas minum yang color putih tu.

Sekarang, semenjak dah kenal jenama Shaklee, cik sue sendiri mengamalkan minyak ikan Shaklee untuk diri sendiri dan keluarga. Minyak ikan Shaklee boleh diamalkan seawal usia 1 tahun dan ke atas.


Minyak ikan Shaklee dikenali dengan nama Omega Guard. 6 sebab mengapa anda perlu memilih minyak ikan Shaklee ini.

1) Penyulingan molekul tiga peringkat untuk ketulenan dan kepekatan. Proses proprietari ini, memekatkan Omega 3 dan menyingkirkan komponen berbahaya seperti raksa, plumbum, arsenik, kadmium, dioxins dan lain-lain bahan cemar.



2) Kualiti terjamin minyak ikan bergred Farmaseutikal.

3) Mengandungi DHA dan EPA yang tinggi - satu sajian memberikan 990mg asid lemak omega 3 (546mg EPA, 360mg DHA).


4) Mengandungi 7 spektrum lengkap asid lemak omega 3 tulen yang terhasil secara semulajadi seperti EPA,DHA dan banyak lagi.

5) Bau dan rasa kesan hanyir yang minimum.

6) Diiktiraf oleh Friends of The Sea. Ianya untuk memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tanpa menjejaskan alam sekitar.

omega shaklee

Bersempena dengan bulan kemerdekaan Ogos ini, promosi Shaklee ialah dengan setiap pembelian 5 botol Omega Guard anda akan menerima e-discount vouchers RM60. Voucher tersebut anda boleh gunakan untuk beli produk vitamin Shaklee yang lain. Sungguh menjimatkan.


Cik sue mengamalkan omega untuk menghalang kolesterol jahat dalam badan, untuk anak-anak pula baik untuk perkembangan otak dan kesihatan mata, cepat baik batuk dan mengurangkan ekzema.

Anda yang belum cuba omega Shaklee jangan lupa cuba tau. Banyak manfaatnya. Rugi kalau tak mencuba.

Saya percaya produk Shaklee ini dapat membantu menambah baik kesihatan anda. Segera hubungi Sue 013 4774 285 untuk saya bantu anda.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.
Tak semua orang bertuah memiliki penglihatan yang sempurna. Tetapi mengekalkan penglihatan yang sempurna bukanlah sesuatu yang diperolehi tanpa usaha. Kadangkala faktor usia juga mengundang kepada penglihatan yang bermasalah. 

vitamin untuk mata rabun

Mungkin kini banyak rawatan moden yang boleh merawat penglihatan, tetapi jika anda tidak yakin dengan rawatan moden. Ambil berat pada cara pemakanan anda. Sememangnya mengelak lebih baik daripada mengubati.

Berikut adalah makanan yang boleh membantu untuk mengekal dan memperbaiki penglihatan anda:

Lobak merah- kaya dengan Betacarotene (pelopor kepada vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UVpada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.

Teh- membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ia akan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.

Bawang putih dan bawang merah- sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai antioksidan untuk kanta mata.

Kacang walnut- mengandungi sumber Omega-3, vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.

Tomato- mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan untuk mencegah kanser mata.

Kacang soya- mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering.

Telur- Sebatian sulfur, protein dan cysteine membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata.

Brokoli-mengaktifkan enzim antiradang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.

Sumber: Midi April 2014

Suplemen Shaklee yang dapat membantu untuk kesihatan mata ialah:-

1) Carotomax

Carotomax membekalkan lebih 13mg kebaikan karotenoid semula jadi.
  • Mengandungi pati ekstrak daripada tomato, mikroalga, minyak sawit, marigold dan lain-lain.
  • Menyokong sistem imun yang kuat dan membantu mengekalkan kesihatan mata dan kulit untuk jangka masa yang lebih lama.


2) Omega Guard

Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, ikan bilis) di perairan negara Jepun. Ia BUKAN dari hati minyak ikan seperti kebanyakan yang terdapat di pasaran.



Ia dihasilkan melalui proses PENYULINGAN proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi menyingkirkan bahan BERBAHAYA seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik).


Kalau nak elak radang yang menyakitkan serta mata kering eloklah ambil Omega-3 ini. Dalam masa 3 hari ia akan memperbaiki kepada sel baru. Juga bagus untuk katarak mata.

3) Vivix

Vivix memperbaiki sel-sel mata yang telah rosak kepada sel-sel yang baru.


4) ESP

ESP merupakan sumber protein yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting. Ia juga mengandungi isoflavon yang dapat membantu mengatasi masalah mata kering.


Jom sama-sama menjaga kesihatan mata dari usia muda. Amalkan pemakanan sihat di samping suplemen mata untuk mata yang sihat.

Saya percaya produk Shaklee ini dapat membantu menambah baik kesihatan anda. Segera hubungi Sue 013 4774 285 untuk saya bantu anda.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.
Kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sama halnya dengan amalan menabung. Jika diasuh dari kecil lagi pasti si manja sudah terbiasa dengan amalan ini.

Masih lagi di bulan Syawal. Kita boleh ajar anak-anak untuk menabung duit raya yang mereka dapat.



Antara caranya adalah seperti berikut:-
  • Pupuk minat anak-anak anda untuk menabung duit raya yang mereka kumpul. Bawa mereka ke bank dan buka akaun simpanan atas nama anda. jadi setiap kali sanak saudara dan rakan taulan memberi duit raya kepada anak anda, bolehlah simpan ke dalam akaun simpanan ini.
  • Hadiahkan mereka tabung dengan tujuan untuk menggalakkan mereka menabung.
  • Berikan si kecil wang belanja dan galakkan mereka untuk menyimpan baki wang syiling di dalam tabung.
  • Jika anda memiliki anak lebih daripada seorang, galakkan mereka bersaing antara satu sama lain untuk menabung. Secara tidak langsung si manja anda akan lebih bersemangat untuk menabung. Tabung siapa yang penuh dahulu akan diberikan hadiah iaitu dalam bentuk wang.
  • Terangkan kepada si manja anda tentang keperluan menabung terutama ketika usia muda. Berikan contoh-contoh yang sesuai agar si manja lebih memahaminya seperti untuk membeli rumah, kereta dan barangan yang dikehendakinya.
Dalam keghairahan menabung ini, seimbangkan amalan menabung ini dengan sedekah atau mendermakan wang kepada orang yang susah atau fakir miskin. Penting bagi ibu bapa untuk mendidik anak-anak bersedekah.

Katakan pada mereka menabung dan bersedekah menjadikan hidup lebih berkat dan lapang serta rezeki juga akan bertambah.

Selamat beramal.