Assalamualaikum..
Alhamdulillah, dah ramai yang mencuba Shaklee dan berpuas hati dengannya. Shaklee lengkap boleh digunakan untuk kegunaan dari ibu hamil sehinggalah menyusukan. Oh, bukan itu sahaja, malah turut sesuai untuk seisi keluarga sama ada kanak2 mahupun orang dewasa. Jom kita baca komen ibu2 ini. (Klik imej untuk lebih jelas)

set mengandung shaklee

set mengandung shaklee
set mengandung shaklee

set mengandung shaklee

set mengandung shaklee
Anda berminat mencuba set hamil shaklee. Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan pesanan anda.
Ibu hamil memerlukan nutrisi yang lebih tinggi dari orang lain, jadi tidak hairan jika ibu hamil diberikan suplemen. Ini bukan sahaja untuk kandungan tetapi juga mengelakkan risiko semasa kelahiran.

Apakah vitamin terbaik buat ibu hamil?

set ibu mengandung

Tengok ibu ni, dah masuk third trimester pun masih mampu memanjat Candi Borobudur siap dia sampai dulu dari kawan-kawan yang tak pregnant.


Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! 

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.

VitaminD pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. 

Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.

Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua. 

Energizing Soy Protein - minum sehari sekali
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. 

ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.

Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Omega 3 (Omega Guard) - 1 biji sehari
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega ni penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

Vitamin B Compleks - 1 biji sehari
B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'.

Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Vitamin C - 1 biji sehari
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren.

Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

SET 1- utk 1st trimester 
  • Multivitamin (LENGKAP DGN IRON)
  • B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC)
  • Vitamin C
  • Ostematrix (calcium) 
SET 2 – utk 2nd & 3rd trimester
  • Multivitamin (LENGKAP DGN IRON) 
  • B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC)
  • Vitamin C
  • Ostematrix (calcium) 
  • Omega Guard (MINYAK IKAN, DHA)
Walaubagaimanapun, terdapat juga vitamin-vitamin yang dilarang sama sekali untuk ibu hamil mengambilnya kerana jika diambil di awal kehamilan, dikhuatiri akan menyebabkan keguguran.

Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Oleh itu, pengambilan vitamin yang mengandungi antioksida yang tinggi akan memberi risiko keguguran pada janin.

Vitamin yang dilarang semasa hamil :
Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian. Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

merancang zuriat soleh
1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik
2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai
3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh
4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)
5. Surah Al-Fatihah
6. Surah Yaasin

Berminat mencuba set ibu hamil Shaklee. Hubungi saya untuk konsultasi percuma beserta pesanan anda.
Apa itu buasir?
Buasir (piles) ialah sejenis urat simpul (vena varikos) yang berlaku di bahagian dubur, dan ia boleh menyebabkan kesakitan. Terdapat beberapa salur darah lembut di dalam salur dubur. Salur dubur ialah tiub pendek yang menghubungkan rektum dengan dubur (anus). Ia membantu anda mengeluarkan najis dengan cara merembeskan mukus semasa anda membuang air besar. 

Salur darah di dalam salur dubur ini boleh membengkak dan terkeluar semasa atau selepas anda membuang air besar. Anda mungkin boleh merasanya sebagai benjolan kecil dan lembut di dalam atau di sekeliling dubur anda. 

Simptom-simptom lain yang boleh dikesan adalah:
  • Darah merah terang selepas anda membuang air.
  • Gatal di sekeliling dubur.
Mengapakah wanita hamil mengalami buasir?
Semasa anda hamil, jumlah darah dalam badan anda bertambah. Pada masa yang sama, tahap hormon progesteron yang tinggi mengendurkan dinding salur-salur darah. 

Salur-salur darah di bawah uterus (rahim) anda pula lebih berkemungkinan untuk membengkak dan meregang akibat tekanan yang diterima daripada berat bayi anda yang sedang membesar. Inilah sebabnya mengapa anda lebih berkemungkinan mengalami buasir dan urat simpul apabila anda hamil. Sembelit, satu lagi masalah berkaitan kehamilan, juga boleh menyebabkan buasir. 

Anda juga mungkin mendapat buasir apabila bersalin, iaitu semasa anda meneran untuk mengeluarkan bayi. Dianggarkan seorang dalam lima orang ibu mendapat buasir sehari selepas melahirkan. Biasanya buasir akan surut beberapa minggu selepas anda bersalin. 

Buasir adalah perkara biasa semasa hamil. Jika anda pernah mengalaminya sebelum hamil, anda mungkin akan mengalaminya lagi. Ramai juga wanita yang mendapat buasir untuk kali pertama semasa mereka hamil. Dianggarkan kira-kira seorang daripada 10 wanita mendapat buasir dalam trimester ketiga. 

Walaupun buasir adalah penyebab biasa pendarahan, apa sahaja pendarahan yang berlaku di bahagian dubur perlu diperiksa oleh doktor. 

Bolehkah saya mengelakkan buasir?
Ya. Walaupun buasir adalah perkara biasa dalam kehamilan, ia boleh dielakkan. Cara terbaik ialah dengan memastikan anda tidak sembelit, supaya apabila anda membuang air besar, ia berjalan lancar dan mudah. 

Tip-tip berikut akan membantu anda:
  • Makan makanan yang berserat tinggi termasuk roti dan pasta bijirin penuh, nasi beras perang dan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Minum di antara enam dan lapan gelas air sehari supaya anda tidak ternyahhidrat.
  • Cuba bersenam dengan kerap walaupun anda hanya mempunyai masa dan tenaga yang cukup sekadar untuk berjalan.
  • Pergi ke tandas sebaik sahaja anda terasa hendak membuang air. Jika anda tunggu, najis anda akan jadi keras dan kering.
  • Cuba naikkan kaki ke atas bangku semasa anda membuang air besar. Ini boleh membantu meluaskan ruang untuk najis keluar.Jika anda masih sembelit selepas mencuba tip-tip di atas, anda boleh minta pakar obstetrik anda untuk mempriskripsikan julap yang selamat diambil semasa hamil. 
  • Membuat senaman lantai pelvis setiap hari boleh membantu mengelakkan buasir daripada berlaku. Senaman ini meningkatkan peredaran darah di sekitar kawasan dubur dan menguatkan otot-otot dalam faraj dan perineum (bahagian di antara faraj dan dubur). Senaman tersebut juga boleh membantu semasa proses bersalin dan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.
  • Cuba elakkan daripada meneran ketika membuang air besar. Regangkan otot lantai pelvik dan tarik nafas dalam.
  • Elakkan diri daripada berdiri terlalu lama. Semasa berbaring, digalakkan untuk mengiring berbanding menelentang.
  • Keraplah berenang atau lakukan senaman ringan yang dapat memperbaiki peredaran darah.
  • Minum banyak air dan ambil makanan kaya serat untuk mengelakkan sembelit yang boleh mencetuskan buasir.
  • Jika berlaku buasir, beritahu doktor. Beliau akan memberi anda krim yang dapat meredakan bengkak dan mengurangkan kesakitan.
Anda juga mungkin mendapati tip-tip mengelakkan urat simpul (vena varikos) ini berguna. 

Bagaimanakah saya boleh merawat buasir? 
Kaedah di atas akan membantu anda mengurangkan buasir. Tetapi anda mungkin perlu mencuba kaedah lain juga:
  • Mandi air panas untuk mengurangkan kegatalan dan sakit. Elakkan dari menggaru tempat yang gatal kerana ini hanya akan membuatkannya lebih teruk.
  • Gunakan tekanan sejuk seperti pek ais untuk melegakan kesakitan di sekitar dubur dan mengurangkan bengkak.
  • Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut dan menyeluruh selepas anda membuang air besar. Selepas mencuci, lap dengan tuala lembut atau tisu tandas yang lembut untuk mengeringkannya. Gunakan tisu tandas putih yang tidak mempunyai bau.
  • Cuba tolak masuk buasir yang terkeluar itu secara perlahan-lahan menggunakan jari yang bersih apabila anda mandi.

UBAH GAYA HIDUP anda & CEGAH simptoms dengan supplemen SHAKLEE !!!

OSTEMATRIX : bantu mengurangkan SEMBELIT dan melancarkan PEMBUANGAN AIR BESAR serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

OMEGA GUARD : Baik untuk sendi/otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGA membantu untuk MENGECUTKAN OTOT yang bengkak tersebut.

ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. ZINC COMPLEX membantu MENYEMBUHKAN LUKA di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

Berminat untuk mencuba set buasir? Hubungi saya untuk konsultasi percuma beserta pesanan anda.

Lazimnya, muntah yang dialami bayi disebabkan oleh punca yang biasa dan tidak serius. Namun, anda perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor untuk memastikan tiada masalah lain yang mungkin membahayakan bayi. Antara sebab-sebab biasa bayi muntak selepas menyusu antaranya menjeluak (reguritation) apabila susu ibu terpancut dengan laju semasa refleks melepas, susu mengalir terlalu banyak, bayi minum terlalu kenyang atau otot injap bawah saluran makanan esofagus (lower esophageal sphincter) belum matang dan kuat.

Amalan kurangkan risiko muntah:

1) Meninggikan kedudukan kepala bayi di atas paras perut selepas menyusu mungkin boleh membantu sesetengah bayi walaupun kajian terkini menunjukkan kedudukan ini tidak banyak membantu mengurangkan muntah (Carroll 2002, Secker 2002, Craig 2004). 

Posisi lain yang boleh membantu ialah bayi mengiring atau meniarap semasa bayi masih terjaga (Secker 2002). Namun, posisi meniarap tidak digalakkan jika bayi tertidur kerana boleh meningkatkan risiko kematian bayi secara mengejut (SIDS).

2) Cuba susukan bayi dalam keadaan dia seperti menegak/ berdiri (upright nursing position). Namun, pastikan perut bayi bertemu perut anda. Ia dipercayai boleh membantu mengurangkan risiko bayi tersedak.

3) Jika pancutan susu terlalu laju, anda boleh mengurangkannya dengan menekan payudara secara pegangan gunting semasa menyusu bagi mengurangkan pancutan seterusnya mengelakkan bayi tersedak.

4) Elakkan daripada menekan perut bayi. dalam masa yang sama, pakaikan bayi baju yang longgar. Jika dia memakia barut perut, longgarkan atau tanggalkannya.

5) Sasarkan penyusuan yang kerap apabila bayi menunjukkan tanda lapar. Tidak perlu menunggu sehingga bayi menangis. Hal ini kerana tangisan merupakan tanda terakhir bayi lapar. Walaupun bayi menyusu hanya sekejap, pastikan dia mendapat susu akhir yang cukup. Anda boleh amalkan teknik memerah susu yang awal keluar dulu dan simpan untuk kegunaan masa lain dan susukan bayi dengan susu akhir yang tinggi kandungan lemak. Lebih kerap penyusuan, lebih tinggi kandungan lemak di dalam susu ibu.

Habiskan penyusuan di satu payudara terlebih dahulu dan tunggu sehingga bayi melepaskan puting secara sendiri. Kadang-kadang bayi yang telah kenyang masih mencari puting dan membuat gerakan mulut seperti menghisap walaupun kelihatan tidur (bayi separa sedar). Ketika ini, ibu boleh alihkan bayi ke payudara sebelah lagi sehingga dia betul-betul terlena. Elakkan menukar bayi ke payudara sebelah lagi terlalu cepat atau kerap terutamanya sewaktu bayi masih aktif menghisap. Ketahuilah, perbuatan ini akan menyebabkan bayi mudah termuntah.

6) Bagi bayi yang cerewet, meragam atau menolak disusukan banyakkan sentuhan kulit ke kulit dan elakkan daripada memaksa. Boleh juga menyusu ketika anda berjalan dan membuai bayi di dalam kain kendongan (baby sling). Penggunaan baby sling boleh membantu bayi mengurangkan risiko  muntah. Pelekapan pada puting mesti betul bagi mengelakkan bayi banyak menelan angin yang boleh menjurus kepada masalah kembung. Anda juga boleh mencuba untuk menyusukan bayi ketika bayi sedang mengantuk.

7) Kadang kala, bayi lebih tenang apabila berada di payudara. Oleh itu, galakkan hisapan bukan nutrisi (non nutritive suckling). Lazimnya, bayi sudah kenyang tetapi amalan ini membantu mengurangkan kerengsaan perut, mempercepatkan pengosongan perut bayi dan melancarkan penghadamannya.

8) Jika bayi  muntah  oleh kerana mengalami kembung perut, bantu dia sendawa dan belajar cara-cara untuk merawat kembung bayi daripada pakar. Cuba kenal pasti makanan yang diambil oleh ibu hingga memungkinkan masalah kolik atau kembung seperti susu lembu dan kafein. Jika itu penyebabnya, elakkan daripada mengambil  makanan tersebut. Untuk pengetahuan, protein susu lembu boleh hadir di dalam susu ibu dan menyebabkan bayi mendapat alahan perut.

9) Perah susu awal terlebih dahulu (susu yang mengandungi nisbah laktosa kepada lemak yang lebih tinggi) dan susukan bayi dengan susu akhir (lebih berlemak, nisbah laktosa kepada lemak adalah kecil).

Habiskan penyusuan sehingga bayi benar-benar kenyang di sebelah payudara . Sebagai maklumat tambahan, jika laktosa tinggi berbanding lemak, proses penapaian laktosa akan menghasilkan banyak gas dalam usus bayi yang akan menyebabkannya kembung. Jadi, kandungan lemak yang lebih daripada laktosa akan mengurangkan risiko kembung.

10) Amalan mengurut bayi dengan cara yang betul boleh mengurangkan risiko  refluks dan kembung perut. Urutan bayi bukan sahaja dapat menenangkan bayi malah melancarkan sistem penghadaman dan menguatkan ototnya.

Sekiranya masalah muntah yang dihadapi berpanjangan, dapatkan rawatan daripada pakar kanak-kanak. Jika bayi hanya sekali sekala muntah susu ibu dan tersedak, anda tidak perlu terlalu khuatir keran susu ibu mengandungi pelbagai antibodi dan tidak merbahaya seperti susu formula. Biar apa pun, ketahuilah susu ibu tetap selamat.

Sumber: PA & Ma, Disember 2011
tanda-tanda bersalin

Mengetahui tanda-tanda awal bersalin adalah penting untuk dititikberatkan. Dengan demikian, anda dapat melakukan persediaan bagi menghadapi proses kelahiran yang bakal berlangsung terutamanya setelah kehamilan melepasi usia 38 minggu. Walau bagaimanapun, perlu anda maklumi bahawa pengalaman sakit bersalin yang dialami nanti adalah berbeza antara seorang wanita dengan wanita yang lainnya.

1) Sakit belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil. Dalam masa yang sama, ia juga adalah salah satu petanda awal kelahiran. Sakit ini semakin lama semakin kerap dan kuat. Ia akan menjadi lebih teruk pada bhagian bawah belakang. Keadaan ini berlaku kerana bayi dalam kandungan beralih kedudukan dan menekan tulang belakang.

Sementara itu, bagi mengurangkan rasa sakit belakang yang dialami, posisikan diri anda seperti merangkak, kemudian angkat atau tinggikan badan ke atas. Lakukan sehingga kiraan lima. Ulangi langkah yang sama untuk beberapa kali. Selain itu, anda juga boleh mengurangkan rasa kesakitan dengan banyak berjalan. Malah, ia juga boleh membantu mempercepatkan proses kelahiran. Jika sukar untuk berjalan, minta suami urut bahagian belakang semasa anda berbaring secara mengiring.

2) Kontraksi rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat paling penting yang menunjukkan sudah tiba masanya untuk anda bersalin. Kontraksi adalah rasa tegang pada perut malah kadang-kadang anda akan berasa sakit di bahagian tengah perut sehingga ke bahagian ari-ari. Sekiranya sudah mengalami kontraksi, cuba perhatikan dan catatkan jarak masa di antaranya. 

Kontraksi sebenar berlaku secara teratur pada jarak yang konsisten. Jika kontraksi yang dialami berlaku  setiap lima minit dan perut mengeras dalam masa 20 hingga 45 saat setiap kali, secara teratur dan semakin kerap, segera bergegas ke hospital pilihan agar anda boleh mendapatkan pemantauan daripada doktor yang memeriksa kehamilan. Perlu diingatkan bahawa Braxton Hicks tidak sama dengan kontraksi sebenar. Ia kurang menyakitkan, tidak teratur dan lama-kelamaan akan hilang sendiri.

3) Bloody show
Terdapat segelintir wanita yang mengalami tanda berupa lendir pekat bercampur darah yang keluar daripada faraj. Lendir ini merupakan pluk mukus seperti gam lekang dan keluar dari laluan pintu rahim apabila serviks mula menipis. Perlu diketahui, apabila lendir ini keluar, ia bererti bayi sudah bersedia bergerak ke salur peranakan.

Lendir ini terhasil dapat menghalang sebarang kemasukan benda asing ke dalam serviks. Lendir yang sama juga menghalang kuman yang mungkin ada daripada mengenai bayi. Sehubungan itu, jika mengalami tanda sebegini, anda tidaklah perlu tergesa-gesa untuk ke hospital. Hal ini kerana tanda seperti ini mengambil masa tertentu sebelum anda melalui proses kelahiran. Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.

4) Pecah ketuban
Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada lelehan air yang keluar dari faraj dalam jumlah yang banyak. Air yang keluar itu seharusnya jernih dan tidak berwarna. Sebaliknya, jika air itu berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih berada dalam kandungan.

Ramai wanita hamil yang keliru tentang perbezaan air ketuban dan air kencing. Untuk pengetahuan, air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang air kecil. Air ini berwarna jernih dan tidak berbau. Tidak seperti air kencing yang berwarna kuning dan berbau hancing.

Apabila mengalami tanda seperti ini,sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Jika dibiarkan terlalu lama, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman. Sementara itu, menurut kajian kebanyakan wanita tidak pecah ketuban sehinggalah di saat-saat akhir proses bersalin. Apa yang kerap berlaku ialah doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

5) Serviks terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walau bagaimanapun, hanya doktor yang berupaya mengetahui perubahan serviks semasa pemeriksaan faraj dilakukan. Pembukaan di bahagian pangkal rahim dapat dikesan dengan skala 1sm hingga 10sm.

6) Perut memulas
Disebabkan bayi sudah mula bergerak ke saluran peranakan, ia akan memberi tekanan kepada saluran yang dikhususkan untuk membuang air besar. Sesetengah wanita akan mengalami keadaan di mana kerap ke tandas kerana terasa ingin membuang air besar. Anda dinasihatkan agar berhati-hati dan prihatin dengan tanda seperti ini kerana dikhuatiri timbul kejadian tidak diingini seperti bersalin di dalam tandas umpamanya.

7) Perut "turun"
Perut anda akan kelihatan membuncit di bahagian bawah, manakala bahagian atas terasa ringan atau kosong. Keadaan ini menandakan bayi sudah mula turun ke bawah dan memasuki saluran peranakan. Hal ini biasanya berlaku di sekitar dua minggu sebelum kelahiran.

8) Kerap membuang air kecil
Apabila bayi mula bergerak ke bawah, sudah pasti ia akan memberi tekanan pada pundi kencing. Atas sebab itulah, anda akan mula kerap berasa hendak membuang air kecil.

PERINGATAN
Walaupun tanda-tanda yang dinyatakan ini merupakan petanda awal bersalin, namun anda tetap perlu segera ke hospital sekiranya mengesyaki bayi kurang bergerak. Dikhuatiri bayi lemas dalam kandungan. Dalam tempoh 12 jam, bayi perlu bergerak sekurang-kurangnya 10 kali. Jika secara tiba-tiba, anda mendapati bayi kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun tidak mengalami tanda awal bersalin.

Amalan sepanjang menunggu bersalin
  • Mengamalkan surah maryam, surah al-anbiya' ayat 87, surah al-baqarah ayat 255, surah al-a'raf  ayat 54, surah al-falaq dan surah an-nas.
  • Mengamalkan zikir asmaul-husna: Ya Dzal Jalaali Wal Ikram yang bermaksud Yang Maha Memiliki Keagungan dan Kemuliaan.
Sumber: Pa & Ma, Febuari 2013

1) Suhu badan
Anda perlu beli termometer basal untuk menyukat suhu badan setiap pagi sejurus selepas bangun tetapi sebelum mandi atau memberus gigi. Suhu badan ini kemudian dicatatkan pada sebuah carta khas. Jika dicatatkan berterusan selama sebulan iaitu sejurus keluar haid hingga ke haid yang berikutnya, ini akan menghasilkan satu bentuk cara yang boleh memberi petunjuk samada anda (wanita) mengeluarkan telur atau tidak. Ia juga akan memberi petunjuk bila wanita itu mengeluarkan telurnya. Pengeluaran telur ini dalam pusingan 28 hari, biasanya berlaku 13 atau 14 hari selepas mula hari pertama haid.

2) Mengkaji lendir dari faraj
Untuk mendapatkan contoh lendir ini, seseorang wanita perlu memasukkan jarinya ke dalam kemaluan sejurus selepas berhadas kecil. Masukkan jari ke dalam lubang faraj sehingga terasa pangkal rahim yang keras seperti hidung (pastikan kuku anda tidak panjang). Pada waktu subur iaitu yang biasanya jatuh pada hari 13 atau 14 selepas hari pertama haid, lendir ini menjadi banyak, cair, jernih dan mudah dijalurkan. Inilah waktunya seseorang wanita itu sangat subur.

3) Pemeriksaan ultrasound
Melakukan pemeriksaan ultrasound secara berulang kali. Dalam pemeriksaan ultrasound ini, seseorang doktor boleh mengesan bila benih itu keluar. Perlu ditekankan di sini tidak semua doktor boleh membuat ujian ini dan tidak semua alat ultrasound boleh membuat siasatan tersebut. Boleh dikatakan di Malaysia ini hanya satu atau dua tempat sahaja yang boleh berbuat demikian dan salah satunya ialah Klinik Kesuburan LPPKN sendiri.

Sumber: Pa & Ma, Febuari 2013

Kementerian Kesihatan menyarankan supaya ibu menyusukan bayi sehingga usia enam bulan. Selepas tempoh itu, susu badan sahaja tidak mencukupi bagi memberikan bayi nutrien terutamanya zat besi. Tambahan pula, cara ini dapat meminimumkan risiko tindak balas terhadap makanan dan alergi kepada bayi.

Selain itu, tanda bayi sudah bersedia untuk makan ialah bayi cuba untuk mengambil makanan di dalm pinggan atau yang dimakan oleh ibu bapanya. Jadi inilah masa sesuai untuk memperkenalkan makanan pejal.

Terdapat beberapa perkara yang mesti diambil tahu sebelum memberi anak makan. Ikuti panduan seperti berikut:

1) Pastikan bayi selesa
Bayi dipangku untuk memberi keselesaan semasa makan. Pastikan bahagian kepala ditinggikan supaya bayi dapat makan dengan baik. Gunakan bib dan letakkan bayi dalam kerusi makan bayi setiap kali waktu makan tiba.

2) Makanan sesuai
Pastikan makanan pertama lembut dan tidak berperisa. Lazimnya bayi baru menyukai bubur nasi dan puri sayur-sayuran dan buah-buahan yang dikisar halus. Elakkan makanan manis untuk si manja anda.

3) Makanan tidak panas
Makanan tidak panas dan tidak sejuk. Cukup sekadar suam sahaja. Beri anak makanan sedikit demi sedikit. Ia mengajar anak menelan makanan.

4) Bersabar
Memberi suapan makanan kepada anak memerlukan kesabaran.Ini kerana ada sesetengah bayi menunjukkan aksi menolak makanan kerana sukar menerima perkara baru.

5) Jaga kebersihan
Pastikan semua peralatan makanan anak dicuci dengan bersih. Ia bertujuan untuk mengelak bayi sakit perut. Juga makanan bayi yang tidak habis, harus terus dibuang.

6) Bayi betul-betul lapar
Waktu lepas bangun daripada tidur adalah waktu tepat menyuap makanan si manja. Biasanya waktu pagi antara jam 10 sehingga 11 pagi. Ketika ini bayi lapar. Supaya bayi tidak terkejut, beri sedikit susu dahulu sebelum memberi makanan.

Tahukah anda?
Bayi dilahirkan dengan simpanan zat besi yang mencukupi. Dalam masa yang sama susu ibu turut membekalkannya. Tetapi setelah bayi berusia enam bulan, kesemua zat besi itu mulai habis digunakan. Jadi penting bayi makan makanan yang kaya dengan zat tersebut. Oleh itu digalakkan makan daging merah, ikan, telur, kacang, sayuran hijau, bijirin dan aprikot.

Info:
Bayi berusia di bawah enam bulan tidak digalakkan diberi makanan berasaskan gandum.

Sumber: Pa & Ma, April 2013

Seperti yang umum sedia maklum, susu ibu mengandungi sejuta khasiat dan manfaat untuk si manja yang semakin membesar. Dalam enam bulan pertama kelahiran, anda sangat digalakkan menyusukan bayi secara eksklusif. 

Setelah melalui fasa pertama ini, anda amat disyorkan  untuk meneruskan penyusuan susu ibu sehingga usia anak mencecah sekurang-kurangnya dua tahun. Dalam meniti tempoh ini, anda tentu sahaja memerlukan kelengkapan asas dan peralatan sokongan dalam usaha menjayakan penyusuan susu ibu.

Paling penting, kebanyakan kelengkapan yang perlu disediakan ini merupakan pelaburan di masa akan datang, memandangkan kos yang dikeluarkan hanya sekali seumur hidup.

1) Pam
Pakar laktasi mengesyorkan agar ibu-ibu menyusu menggunakan pam yang boleh mengendalikan dua buah corong payudara bagi membolehkan anda melakukan pengepaman berganda dalam satu-satu masa. Aspek penting yang dititikberatkan dalam membeli pam payudara ialah jenis pekerjaan. Anda perlu selarikan dengan keperluan diri yang mungkin perlu kerap bekerja di luar kawasan atau hanya bekerja sepenuh masa di pejabat.

Antara ciri-ciri pam yang baik perlu anda ketahui ialah ia mampu mengumpul stok perahan susu ibu dalam kuantiti yang banyak dalam masa singkat, harganya berbaloi bersesuaian dengan spessifikasi rekaan, mudah dibawa ke mana-mana dan mempunyai jaminan daripada syarikat pengeluarnya.

Anda juga boleh menggunakan tangan untuk memerah susu yang dikenali sebagai Teknik Marmet. Namun kaedah ini memakan masa dan tidak efektif untuk anda yang berkerjaya.

2) Botol
Seelok-eloknya dapatkan botol yang bersaiz 5oz untuk kegunaan sewaktu mengepam susu. Ia lebih senang dikendalikan kerana mudah untuk anda memegangnya ketika mengepam. Dalam pada itu, kebanyakan pam yang ada di pasaran mempunyai adaptor yang boleh memuatkan kedua-dua jenis botol standard dan leher lebar dengan pam. Jadi, tiada masalah jika anda memilih untuk menggunakan samada botol jenis standard atau leher lebar.

3) Bekas penyimpanan susu ibu
Pastikan botol atau beg plastik bebas BPA. Walau bagaimanapun pada masa kini, ramai yang gemar menggunakan plastik steril untuk menyimpan perahan susu ibu. Hal ini kerana ia mampu menjimatkan lebih banyak ruang berbanding penggunaan botol plastik.

4) Beg pendingin
Tidak kira beg pendingin bersaiz besar, sederhana atau kecil, anda perlu memastikan ia mempunyai kualiti penebat dingin yang berkualiti agar berupaya untuk menempatkan perahan susu ibu anda sepanjang berada di pejabat sebelum pulang ke rumah.

5) Pek ais
Pek ais yang mencukupi diperlukan untuk membolehkan anda menyimpan susu ibu perahan dalam tempoh yang lama. Biasanya tiga pek ais diperlukan untuk dimuatkan di dalam beg pendingin bersaiz sederhana. Jika beg pendingin anda bersaiz besar, anda mungkin memerlukan lebih daripada itu.

6) Poncho menyusu
Anda memerlukannya ketika mengepam di pejabat bagi mengelakkan bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum dapat dilihat oleh khalayak. Malah ia akan digunakan untuk menyusukan bayi di kawasan awam.

7) Pakaian menyusu
Dapatkan koleksi pakaian menyusu yang mempunyai ruang bukaan tertentu bagi membolehkan anda menyusu atau mengepam dengan selesa. Apa yang paling penting ialah anda perlu mendapatkan pakaian menyusu yang dapat memberi keselesaan kepada diri anda sendiri dan bayi juga.

8) Bantal menyusu
Bantal ini penting untuk kegunaan awal selepas kelahiran bayi sulung. Memandangkan anda mungkin kekok untuk menyusu, jadi bantal ini dapat membantu. Malah ia juga penting dimiliki anda yang bersalin secara caesarean. Bantal ini bagus kerana membolehkan anda dan bayi mengekalkan keselesaan yang optimum sepanjang proses penyusuan.

Anda hanya perlu meletakkan bayi dalam posisi yang betul ketika menyusu. Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan kesakitan dan tekanan yang dialami di bahagian belakang tubuh, leher, lengan dan bahu.

9) Peti sejuk dingin beku
Ruang dingin beku, peti sejuk sedia ada mungkin tidak mampu memuatka stok simpanan perahan susu ibu anda kelak. Apatah lagi perkongsian ruang antara bekalan susu ibu dengan bahan-bahan mentah seperti ayam, daging lembu dan ikan berkemungkinan mendedahkan stok anda kepada bahan-bahan tercemar sehingga boleh mencemarkan kualiti susu.

10) Pad payu dara
Produk ini penting untuk dimiliki bagi membolehkan lelehan susu ibu dapat diserap dengan baik. Paling penting ia dapat mengelakkan pakaian anda daripada basah ataupun kotor dengan kesan tompokan lelehan susu ibu.

11) Coli menyusu
Sebaik-baiknya dapatkan coli yang diperbuat daripada bahan yang lembut seperti kain kapas. Hal ini kerana ia lebih selesa berbanding jenis sintetik. Dalam pada itu, adalah diingatkan agar anda tidak menggunakan coli berdawai kerana coli ini akan menyebabkan saluran susu tersumbat. Tanpa disedari akan menyebabkan mengalami masalah lain yang boleh mengganggu kelancaran proses penyusuan.

Aksesori lain:
Sapu tangan: Mudah untuk mencuci dan mengelap susu yang tertumpah semasa mengepam atau menanggalkan pam.

Berus botol berspan: Ia lembut pada botol dan memudahkan kerja-kerja mencuci.

Beg berjaring: Botol, corong pam payudara dan lain-lain mudah dikeringkan setelah dicuci apabila dimasukkan ke dalam beg sebegini.

Sumber: Pa& Ma, April 2013

Susu ibu merupakan sumber makanan terbaik kerana ia membekalkan antibodi kepada bayi. Susu ibu mempunyai lebih khasiat kerana ia mengandungi protein yang membantu melawan kuman dan mempercepatkan pembesaran.

Kadang kala bayi pramatang mungkin memerlukan lebih banyak kalori dan vitamin. Jadi, terdapat formula dalam bentuk serbuk yang boleh ditambah dalam ke dalam susu ibu. Sewaktu dia masih berada di hospital,anda perlu mengepam payudara dari hari pertama selepas bersalin.

Langkah ini penting untuk menggalakkan penegluaran kolostrum yang selanjutnya  merangsang penghasilan susu matang. Rutin mengepam payudara perlu dilakukan secara konsisten. Lakukannya setiap dua jam. Susu yang diperoleh perlu disimpan di dalam bekas bersesuaian  yang dilabel dengan nama bayi, tarikh dan masa ia di pam.

Ia perlu diletakkan di bahagian bawah peti sejukpaling maksimum 24 jam. Untuk makluman, susu yang dibekukan tidak boleh diberi kepada bayi. Pemantauan adalah penting ketika menyusukan bayi. Pemberian susu ibu perlu diberikan secara sedikit demi sedikit melalui tiub khas. Oleh sebab paru-parunya belum matang, dia mungkin mengalami masalah ketika menyusu.

Jika mukanya bertukar kebiru-biruan, segera tepuk kaki atau gosok bahagian belakang badannya. Sebaik-baiknya susukan bayi dua hingga tiga jam sekali. Jika bayi tidur, kejutkan dia untuk menyusu. Paling penting, selepas susukan bayi, sendawakan dia.

Ketahuilah, bayi hanya boleh menyusu terus dari payudara atau menggunakan botol selepas berusia 32 minggu.

Sumber: Pa & Ma ,April 2013
breastfeeding baby

Kejayaan penyusuan eksklusif tanpa makanan pelengkap, susu formula dan air kosong selama enam bulan oleh para ibu bekerjaya banyak bergantung kepada beberapa faktor sampingan. INTAN JASTINA JAMALUDDIN menyenaraikan faktor-faktor itu atas bantuan kaunselor laktasi, Aishah Mariam.

1. Timba ilmu sepanjang masa

Sebaik-baiknya sejak dari awal usia kehamilan, anda sudahpun memasang niat untuk menyusukan bayi sejurus selepas kelahirannya. Dalam masa yang sama, anda dan suami digalakkan untuk menyertai mana-mana kelas persediaan penyusuan susu ibu yang kini banyak dikendalikan oleh kaunselor-kaunselor laktasi bertauliah.

Setelah selamat melahirkan bayi, anda perlu menanam sikap rajin membaca bahan bacaan berkaitan dan melayari laman web atau forum yang banyak mendedahkan maklumat penting tentang penyusuan susu ibu seperti La Leche League Leader (LLLL) atau Kellymom.

Sekiranya anda mengalami apa-apa masalah berkaitan, dapatkanlah pandangan dan penjelasan bagi menjawab apa jua kemusykilan yang dihadapi daripada kaunselor dan pakar laktasi yang diiktiraf. Anda boleh merujuk kepada rangkaian Malaysian Breastfeeding Peer Counselor untuk menimba ilmu penyusuan ibu.

2. Mulakan dengan betul

Dalam usaha menyusukan bayi, anda perlu belajar dan mempraktikkan ilmu yang diperolehi. Untuk itu, keraplah menyusukan bayi. Hal ini penting untuk membantu anda mengaplikasikan posisi penyusuan yang selesa dan pada masa yang dapat memastikan bayi melekap dengan betul.

Ingatlah, bahawa salah satu intipati kejayaan penyusuan susu ibu bergantung kepada kekerapan penyusuan. Untuk itu, anda harus menyusukan bayi mengikut keperluannya. Selanjutnya, anda digalakkan untuk tidur bersama bayi (co-sleeping) sepanjang tempoh penyusuan agar berupaya untuk menyusukan bayi pada masa-masa yang diinginkannya.

Sementara itu, anda diingatkan agar tidak menggunakan puting kosong dalam usaha menenangkan bayi yang meragam. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan bayi mengalami masalah keliru puting. Sama juga halnya dengan penggunaan botol ketika menyusukan bayi. Alternatifnya, anda boleh menggunakan picagari, sudu atau cawan khas bagi membolehkan bayi meneruskan penyusuan susu ibu ketika anda tidak berada di dengannya sepanjang tempoh bekerja.

3. Simpan stok susu

Bagi memastikan bayi mendapat susu mencukupi sepanjang ketiadaan anda ketika bekerja, pastikan stok perahan susu ibu yang ada memenuhi keperluannya. Sewaktu berada di tempat kerja anda perlu menjalankan rutin memerah susu supaya anda dapat menyimpan stok perahan susu ibu yang bukan sahaja cukup untuk keperluannya esok hari malah untuk tempoh jangka masa yang lebih panjang.

Dalam pada itu, anda lebih disyorkan untuk memerah susu ibu menggunakan tangan menerusi aplikasi teknik Marmet. Namun, jika kesuntukan masa dan/atau masih belum mahir untuk melakukan teknik ini, anda boleh menggunakan pam payu dara yang bersesuaian.

4. Peralatan penyusuan berkaitan

Anda tidak perlu membazirkan wang yang ada untuk membeli peralatan penyusuan tertentu yang kadang kala tidak diperlukan langsung. Lebih baik wang itu diperuntukkan untuk kegunaan lain yang lebih penting. Jika keliru tentang peralatan penyusuan yang benar-benar perlu dimiliki, anda boleh bertanya dan merujuk kepada para ibu lain yang telah berjaya menyusukan bayi masing-masing. Kongsi pengalaman mereka dan jadikan ia panduan untuk anda membuat keputusan yang tepat untuk diri dan si manja. 

5. Bincang dengan majikan

Amat penting untuk anda mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan pihak majikan bagi membolehkan anda menggunakan sedikit waktu daripada masa kerja untuk melakukan rutin memerah payu dara. Ini bagi mengelakkan sebarang isu tidak puas hati antara kedua-dua belah pihak.

Pada masa yang sama, anda boleh mengutarakan pandangan kepada majikan untuk menyediakan ruangan khas bagi membolehkan anda dan rakan-rakan lain yang turut sama mengamalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk memerah susu ibu. Jika pandangan anda diterima baik oleh majikan, sudah pasti anda dan yang lain boleh melakukan rutin harian itu dengan tenang yang secara tidak langsung membantu pengeluaran susu yang lancar dan berkesan.

6. Perah susu di pejabat

Anda amat digalakkan untuk memahirkan diri mengamalkan teknik Marmet ketika memerah payu dara. Namun, jika pam payu dara menjadi pilihan, gunakan pam yang bersesuaian dengan corak kerja anda. Hal ini penting untuk memastikan rutin mengumpul stok perahan susu ibu berjalan lancar tanpa perlu menghadapi banyak masalah.

Sekiranya bekerja 8 jam sehari, anda digalakkan untuk memerah payu dara sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali sepanjang tempoh berkenaan. Bagi yang perlu bekerja untuk tempoh masa yang lebih lama daripada itu pula, tingkatkan kekerapan sesi memerah payu dara. 

7. Kurangkan tekanan

Sememangnya tugasan pejabat agak melelahkan dan boleh membuatkan anda tertekan dan boleh menyebabkan penghasilan susu ibu terjejas. Dengan melakukan rutin memerah payu dara, anda akan lebih tenang! Ini kerana hormon yang dirembeskan ketika itu menimbulkan ketenangan. Pasti prestasi kerja anda lebih efektif apabila kembali melakukan tugasan pejabat. Tambah tenang lagi jika sewaktu memerah payu dara, anda memandang potret gambar si manja.

Antara lain, anda juga boleh menutup lampu ketika melakukan rutin itu. Saat ini, bayangkan bayi sedang menyusu sambil menutup mata. Anda pasti dapat mengumpul amaun susu yang lebih banyak daripada biasa.

8. Makan secara sihat

Salah satu faktor kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif ialah menjaga dengan teliti corak pemakanan seharian. Oleh itu, jangan sesekali mengetepikan waktu makan utama iaitu sarapan, tengah hari dan malam. Makanlah dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Anda digalakkan untuk makan di atara waktu makan utama dengan mengambil snek berkhasiat seperti buah-buahan segar dan sebagainya.

9. Ikut keperluan bayi

Dalam apa jua amalan yang ingin dipraktikkan, pasti akan timbul masalah. Jangan khuatir. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jika anda berhadapan dengan masalah susu semakin berkurangan, ambil cuti dan luang lebih banyak masa untuk menyusukan bayi secara eksklusif.

Jika sukar mengambil cuti, anda perlu meningkatkan sesi memerah payu dara di pejabat. Di rumah pun, anda perlu memerah payu dara untuk merangsang penghasilan susu selain lebih kerap menyusukan bayi mengikut keperluannya.

Sumber: Pa & Ma 21 Mac 2013
Seringkali kita mendengar pelbagai mitos penyusuan susu ibu yang  acap kali disebut oleh orang tua-tua. Jom kita rungkai satu persatu mitos tersebut:

Mitos 1
Sesetengah susu formula(FM) lebih baik dari susu ibu (SI) kerana ditambah vitamin.
Fakta
Sesetengah vitamin yang ditambah mungkin memberi kesan negatif kepada bayi.

Mitos 2
Bayi menyusu SI mempunyai jadual menyusu yang sama dengan bayi menyusu FM.
Fakta
Susukan bayi mengikut kehendak.
SI lebih mudah hadam, maka bayi akan cepat berasa lapar semula.

Mitos 3
Sesetengah ibu tidak mampu menyediakan SI yang secukupnya.
Fakta
Kekerapan menyusu akan merangsang pengeluaran susu yang secukupnya.

Mitos 4
Adalah tidak mustahil bayi juga mempunyai alahan terhadap SI.
Fakta
Sekiranya berlaku alahan, mungkin disebabkan pemakanan ibu ataupun faktor sekeliling.

Mitos 5
Sekiranya ibu sakit, demam,selesema, ibu sepatutnya berhenti menyusu.
Fakta
Semasa sakit, ibu akan menghasilkan antibodi terhadap penyakit tersebut dan ianya sangat bermanfaat untuk bayi. Bayi yang menyusu FM dua kali terdedah risiko jangkitan.

Mitos 6
Susu awal iaitu susu selepas kelahiran adalah tidak berfaedah.
Fakta
Kolostrum amatlah penting sebagai imuniti pertama bayi.

Mitos 7
SI sama sifat seperti FM.
Fakta
SI akan berubah dari segi warna pada masa dan waktu yang berlainan.
SI juga berubah2 rasa bergantung kepada pemakanan ibu.

Mitos 8
Menyusu akan menyebabkan bentuk badan lari.
Fakta
Menyusu dapat mengecutkan uterus dengan lebih cepat.
Menyusu dapat mengurangkan berat dengan lebih berkesan.

Mitos 9
Menyusu semasa datang haid adalah tidak wajar.
Fakta
Tiada kaitan dengan perubahan hormon.

Mitos 10
Payudara bersaiz kecil tidak dapat memberi cukup SI kepada bayi bersaiz besar.
Fakta
Saiz bukan penentu.

Mitos 11
Ibu wajib minum susu untuk bekalkan susu.
Fakta
Lembu tidak pernah minum susu, tetapi dapat hasilkan susu yang sangat banyak.
Ibu cuma perlu cukupkan air di dalam badan.

Mitos 12
Ibu menyusu memerlukan diet khas,perlu berpantang beberapa makanan.
Fakta
Ibu memerlukan protein yang lebih, lebih kalori, diet mesti seimbang.

Mitos 13
Bayi memerlukan air kosong pada awal2 kelahiran apabila cuaca panas.
Fakta
Air kosong tiada kandungan nutrisi.
Susu ibu sudah mengandungi air.

Mitos 14
Puting(nipple) perlu dibersihkan dengan sabun dan air setiap kali sebelum menyusu.
Fakta
Tidak perlu membasuh puting sebelum menyusu, elakkan penggunaan sabun.

Mitos 15
Setiap bayi hanya akan minum apabila dia betul-betul lapar.
Fakta
Susukan bayi setiap 2-3 jam pada minggu-minggu awal kelahiran.
Kejutkan bayi sekiranya payudara terasa bengkak.

Mitos 16
Apabila ibu berhenti menyusu, tiada jalan untuk kembali menyusu.
Fakta
Relaktasi boleh mengembalikan susu ibu.

Mitos 17
Apabila ibu mengalami rekahan puting (sore nipple), ibu seharusnya berhenti menyusu pada payudara yang mengalami sore nipple.
Fakta
Teruskan penyusuan.
Betulkan teknik pelekapan.

Mitos 18
Apabila berat bayi meningkat secara perlahan, susu ibu adalah tidak mencukupi.
Fakta
Adakah bayi mempunyai lampin basah 6-8kali, pembuangan najis 2-5kali pada minggu-minggu awal kelahiran.
Rujuk carta perkembangan bayi menyusu susu ibu.

carta perkembangan bayi susu ibu mengikut umur dan berat
Carta tumbesaran bayi susu ibu.
Mitos 19
Bayi yang ‘gemuk’ adalah bayi yang sihat.
Fakta
Bayi menyusu susu ibu datang dalam pelbagai saiz.
Bayi menyusu susu formula mudah meningkat berat badan.

Mitos 20
Najis bayi menyusu susu ibu sama dengan najis bayi menyusu FM.
Fakta
Bayi menyusu susu ibu kurang membuang berbanding bayi dengan FM.
Najisnya juga bersifat kekuningan dan kurang bau berbanding bayi dengan FM.

Sekarang anda semua lebih jelas bukan. Harapannya selepas ini anda lebih berkeyakinan menyusukan si manja anda tanpa ragu-ragu lagi. "Breastfeeding is a journey,so treasure it."

Salam semua. Hari ni saya excited nak kongsi satu lagi testimoni set 3m. Puan Haliza mengambil set Penyusuan Triple M. Set Triple M bukan sahaja sebagai MILK BOOSTER malahan lebih dari itu. (Klik imej untuk lebih jelas).


Set Triple M mengandungi vitalea, b complex, ostematrix, alfalfa, vitamin c dan esp. Jom kita tengok bagaimana fungsi vitamin ini membantu mendapatkan kulit yang cantik seperti Puan Haliza ni.

Vitalea memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas. Apabila kulit anda bebas dari radikal maka akan berkuranglah masalah jerawat dan kedutan di muka.


B Complex dan Ostematrix membantu melawan tekanan – Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia. Apabila diri kita bebas dari masalah tekanan atau stress, potensi untuk mendapat masalah kulit berjerawat juga semakin berkurang. 

Vitamin C membentuk kolagen – Kolagen adalah asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik. Selain itu fungsinya ialah mencantikkan kulit – Pengambilan Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

Alfalfa berfungsi sebagai detoks tubuh. Mencuci hati, darah dan usus - Mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon darah dan mencantikkan kulit dan otot.

Esp menjadikan kulit tampak remaja - Ia merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

Puan Haliza telah makan set ini pada bulan Jun 2012. Berkat usaha, doa dan tawakkal, Puan Haliza telah berjaya mendapatkan kembali wajah beliau ketika berusia lewat belasan tahun. Memang berbaloi-baloilah set triple m ini. Selain berfungsi sebagai MILK booster ianya juga dapat mengembalikan KECANTIKAN KULIT serta mengekalkan kesihatan tubuh badan. Sape yang tak nak kan?

Anda berminat mencuba set triple m ini?

Klik sini untuk order.

Sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285 (sue).


Setiap wanita mahukan kulit yang cantik, cerah sekata dan bebas dari jerawat. Ini kerana dengan kulit yang cantik mereka akan tampil dengan lebih berkeyakinan tinggi serta sentiasa ceria. Namun bagi yang mempunyai masalah kulit, ada yang mengambil jalan singkat dengan mengambil krim serta ubat-ubatan yang mampu memberi kesan yang lebih teruk kepada kulit mereka.

Oleh itu, anda haruslah bijak memilih set kecantikan yang berkesan, tidak membahayakan kulit serta kesihatan anda. Set D Shaklee adalah pilihan ramai yang ingin mendapatkan kulit yang cantik, berseri, anjal dan kelihatan muda. Mungkin disebabkan harga yang mampu milik dan terbukti berkesan menjadikan Set D Shaklee begitu laris dipasaran.

Apa kata pengguna set d ini? (Klik imej untuk lebih jelas)






Kenapa ramai yang kagum bagaimana set d dan esp membaik pulih sel kulit dengan cepat kan? Ini kerana vitamin yang terdapat dalm set D iaitu (b complex, vitamin c dan vitamin e) merupakan vitamin asas dan penting  untuk pembinaan sel kulit baru yang sihat. ESP juga membantu menghasilkan sel-sel baru dengan lebih cepat serta memperbaiki sel-sel lama yang telah rosak. ESP jika diambil bersama suplemen2 lain akan membantu penyerapan yg lebih baik semua suplemen yang kita ambil..cepat menyerap dan kesan yang lebih baik berbanding mereka yang tak ambil bersama ESP.

Justeru, walau mahal mana sekalipun kosmetik luaran yang anda gunakan, tetapi sel kulit anda tidak sihat, memang sukar untuk dapatkan kulit yang cantik seperti yang anda idamkan. Pengambilan suplemen yang konsisten akan membantu memberi kesan yang baik serta menakjubkan. So tak rugi anda mencubanya sekarang!

Sila klik sini untuk order ESP.

Sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285 (sue). Setiap pembelian dari saya akan mendapat konsultasi percuma serta jadual pengambilan vitamin yang betul. 

Sertai ahli Shaklee sekarang dan nikmati 15%-20% potongan harga bagi setiap produk Shaklee.


Vitamin yang sesuai untuk penyusuan yang disyorkan adalah Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP. Berikut ialah sekilas fakta mengenai setiap vitamin. (Sumber mamafaiz.com)
VITALEA (MULTIVITAMIN)~Lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.Ada kajian mengatakan, kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusu bayi, dan ibu juga digalakkan menambah ikan bilis (salah satu sumber zat besi) ke dalam makanan pertama si comel. Maka, pengambilan vita-lea iron fortified ini membantu si anak memebesar dengan baik.

B-COMPLEX~Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

VITAMIN C ~Antihistamine semulajadi, meningkatkan antibodi dalam susu ibu. Jika si ibu atau si anak demam, anda hanya perlu tingkatkan pengambilan vit-C ke 2 biji sehari. Mungkin tak perlukan ubat demam. Kadangkala, bila pumping ataupon di gigit oleh anak, puting akan mudah terluka, maka, luka akan cepat baik, selain dari kulit makin bersih, cerah & cantik.

ALFALFA~Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu. Dalam penyususan, alfalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu. Maka, susu ibu lebih lemak berkrim! Selain itu, ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan!), dan bantu buang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik (angin dalam badan).

OSTEMATRIX~Shaklee Kalsium-Magnesium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan lain-lain. Kalsium sangat penting bukan saja untuk ibu menyusu malah untuk semua wanita, kerana kita mudah mendapat osteoporosis apabila meningkat usia kelak.Bilangan kalsium dalam darah akan berkurangan apabila si ibu di datangi haid. Maka, bagi sesetengah ibu yang mendapati susunya merudum tatkala period, digalakkan untuk mengambil Cal-Mag seminggu sebelum dan sepanjang waktu period.Kepada anda yang mempunyai bayi yang demam kuning (jaundice) di dalam pantang, digalakkan untuk mengambil OsteMatrix ini agar khasiat Vitamin D dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.

ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)~Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.

Berminat untuk mendapatkan suplemen untuk penyusuan?

Klik sini untuk order set B (set asas).

Klik sini untuk order set bajet.

Klik sini untuk order set triple M (set lengkap).

Sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285 (sue). Setiap pembelian dari saya akan mendapat konsultasi percuma serta jadual pengambilan vitamin yang betul. 

Sertai ahli Shaklee sekarang dan nikmati 15%-20% potongan harga bagi setiap produk Shaklee.


Salam semua. Hari ni saya nak share bagaimana Set Berpantang Shaklee ni buat mommies yang berpantang ni jadi vogue de vass. (Klik imej untuk lebih jelas)


Mommies di atas amalkan SET 3M sebagai Set Berpantang Shaklee. Mesti ada yang tertanya-tanya bukan ada Set Berpantang khas ke?

Pada hemat saya : Bila anda memilih untuk berpantang, rasanya anda dah memang set in mind nak menyusukan anak bukan? Jadi kenapa nak beli Set Berpantang yang hanya ada barangan tertentu sahaja dan guna untuk 40 hari saja?

Tak payah nak susah-susah fikir, ambil saja SET 3M
Lepas tu boleh add on :-
1) Lecithin/OmegaGuard (buat yang nak kurus)
2) Vitamin E (buat yang nak cun)

Untuk yang nak berpantang dengan SET 3M, anda boleh add on Zinc Complex.


Nak tahu fungsi setiap vitamin di atas? Klik sini.

Fungsi Zinc Complex 
- membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim)
- membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas melahirkan
- membantu masalah "kedinginan" selepas bersalin 

Ingin berpantang bersama SET 3M + Zinc Complex ? Hubungi saya untuk konsultasi percuma beserta pesanan anda.