Penyusuan Bayi Pramatang


Susu ibu merupakan sumber makanan terbaik kerana ia membekalkan antibodi kepada bayi. Susu ibu mempunyai lebih khasiat kerana ia mengandungi protein yang membantu melawan kuman dan mempercepatkan pembesaran.

Kadang kala bayi pramatang mungkin memerlukan lebih banyak kalori dan vitamin. Jadi, terdapat formula dalam bentuk serbuk yang boleh ditambah dalam ke dalam susu ibu. Sewaktu dia masih berada di hospital,anda perlu mengepam payudara dari hari pertama selepas bersalin.

Langkah ini penting untuk menggalakkan penegluaran kolostrum yang selanjutnya  merangsang penghasilan susu matang. Rutin mengepam payudara perlu dilakukan secara konsisten. Lakukannya setiap dua jam. Susu yang diperoleh perlu disimpan di dalam bekas bersesuaian  yang dilabel dengan nama bayi, tarikh dan masa ia di pam.

Ia perlu diletakkan di bahagian bawah peti sejukpaling maksimum 24 jam. Untuk makluman, susu yang dibekukan tidak boleh diberi kepada bayi. Pemantauan adalah penting ketika menyusukan bayi. Pemberian susu ibu perlu diberikan secara sedikit demi sedikit melalui tiub khas. Oleh sebab paru-parunya belum matang, dia mungkin mengalami masalah ketika menyusu.

Jika mukanya bertukar kebiru-biruan, segera tepuk kaki atau gosok bahagian belakang badannya. Sebaik-baiknya susukan bayi dua hingga tiga jam sekali. Jika bayi tidur, kejutkan dia untuk menyusu. Paling penting, selepas susukan bayi, sendawakan dia.

Ketahuilah, bayi hanya boleh menyusu terus dari payudara atau menggunakan botol selepas berusia 32 minggu.

Sumber: Pa & Ma ,April 2013

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan