Tip Kurus Secara Sihat


Salah satu resolusi 2014 yang ingin dicapai adalah ingin mengurangkan berat badan. Anda boleh ikuti beberapa tip ini dalam usaha mendapatkan berat badan unggul:

tip kurus


1) Capai matlamat - Tetapkan matlamat pengurangan berat badan yang rasional dan mampu dicapai. Sebagai contoh 2-3kg dalam masa sebulan. Sekiranya anda tetapkan matlamat yang tidak rasional seperti turun 10kg dalam sebulan, bimbang anda akan kecewa dan berputus asa sekiranya resolusi ini tidak dapat dicapai.

2) Kawal kuantiti - Pastikan separuh daripada pinggan anda dipenuhi dengan sayur-sayuran. 1/4 adalah nasi dan 1/4 yang selebihnya diisi dengan sumber makanan berprotein seperti ikan, ayam, daging, tauhu, telur dan sebagainya.

portion plate orang berdiet

3) Jauhi minuman manis - Minuman manis memberikan jumlah tenaga yang tinggi atau sedikit nutrien kepada badan. Dengan menjauhi minuman manis, anda mungkin berjaya mengurangkan 500kcal daripada diet harian. Namun begitu, minuman yang tinggi kalsium seperti yogurt dan susu rendah lemak boleh dinikmati 2-3 gelas sehari.

air tin, air gas

4) Nikmati makanan tinggi serat - Serat memberikan rasa kenyang dan melancarkan sistem perkumuhan. Nikmati sekurang-kurangnya 5 sajian buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

5) Kurangkan makanan tinggi lemak - makanan tinggi lemak spt mknn bergoreng dan bersantan

masak lemak cili padi

6) Aktifkan diri - Hadkan aktiviti spt menonton televisyen, bermain video games dan komputer kpd 2 jam sehari. Cuba kira langkah anda setiap hari menggunakan pedometer dan sasarkan utk melakukan 10,000 langkah sehari. Lakukan senaman secara rutin 30 minit hingga 1 jam setiap hari.

menonton tv

7) Rekodkan pemakanan dan aktiviti harian anda. Melalui cara ini anda dapat mengenal pasti makanan atau aktiviti apa yang perlu diperbaiki untuk mencapai berat badan ideal.

Selamat mencuba :)

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan