Tip Mendidik Anak Berpuasa


Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Begitu juga dengan kanak-kanak, seawal usia lima tahun mereka sudah boleh dilatih untuk berpuasa seharian. Di peringkat permulaan, tak perlu memaksa untuk berpuasa seharian, cukup dengan kemampuan diri mereka masing-masing.

tip latih anak berpuasa

Bagaimana menerapkan budaya berpuasa?
Dalam meraikan bulan yang syumul, ibu bapa bolehlah mewujudkan suasana gembira bersama tentang Ramadan dan puasa melalui media baru seperti kartun, persiapan umpama persiapan raya, menyediakan makanan sahur yang lebih menyelerakan si kecil berbanding berbuka puasa, menyediakan makanan tambahan untuk tenaga tambahan serta menjanjikan ganjaran beserta penerangan.

Apabila timbul situasi si kecil berkeras untuk berpuasa sedangkan pada zahirnya kita melihat dia memang tidak mampu mengerjakannya, ibu bapa boleh menyuruh anak berbuka puasa. Kita perlu melihat kondisi anak pada kacamata kesihatan BUKAN kasihan.

Jika dia masih OK, cuba teruskan dahulu tanpa menawarkan berbuka puasa. Namun jika kelihatan memudaratkan kita boleh menyuruhnya berbuka puasa walaupun mereka enggan.

Tip mendidik si kecil lima hingga enam tahun untuk berpuasa:
  • Menerangkan dalam bentuk galakan
  • Memberi ganjaran beserta penerangan
  • Memberi kelonggaran jika mendatangkan bahaya atau mudarat
  • Menampakkan riak wajah sedikit hampa bila mereka terlalu meringankan ibadah puasa
menu berbuka

Ramadhan untuk kanak2:
  • Masakan panas boleh menambahkan selera makan anak2. Oleh itu sebaik-baiknya anda menyediakan masakan panas untuk mereka ketika bersahur
  • Sediakan juadah kegemaran mereka sebagai galakan untuk mereka terus teruja untuk berpuasa. Jika perlu tanya mereka apa yang mereka mahu makan ketika bersahur dan berbuka
  • Masak hidangan yang berlainan setiap hari supaya mereka tidak mudah jemu dengan juadah yang sama
  • Sediakan makanan yang mudah dimakan dan mengenyangkan seperti sup dan makanan berkuah yang lain untuk si kecil yang berpuasa
  • Elakkan menghidang masakan pedas dan berempah untuk keselesaan perut sepanjang berpuasa
  • Pastikan anda menyediakan buah-buahan ketika berbuka dan bersahur
  • Pastikan anak2 minum air kosong ketika bersahur dan berbuka
Semoga tip yang saya kongsikan sedikit sebanyak dapat membantu mommies semua. Semoga anak2 kita sama2 dapat menjalani ibadat puasa dengan tenang insyaallah.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan