Day 1 - 10 Mom's Best Dishes

Assalamualaikum.


Semua akui masakan mak adalah yang paling sedap. Masa dulu Sue jarang ada di rumah sebab start masuk sekolah menengah dah duduk asrama. Jadi, sekali sekala balik kampung memang masakan mak la yang Sue cari.

Antara masakan kegemaran Sue ialah:

1) Ayam masak karipuley


Masakan ni simple je. Sambal tumis ditambah dengan daun kari. Sampai sekarang kalau balik kampung menu ni wajib ada.

2) Ayam masak merah


Menu ni special sikit sebab cara masakan dia kena ada serbuk cili, rempah masala dan daun pudina.

3) Ayam goreng kunyit


Menu ni sangat simple tapi lengkap sebab ada protin dan sayur-sayuran.

4) Asam pedas ikan


Bau aroma daun cendohom asam pedas memang membuka selera. Siap bertambah-tambah nasi lagi.

5) Kari ikan


Yang ni pun menu wajib juga masa zaman persekolahan dulu ni. Sebab abah Sue suka sangat menu ni. Dimakan pula bersama ulam timun dan sambal belacan. Perghh memang terbaiklah!

6) Ikan masak asam


Menu ni orang dalam pantang pun boleh makan. Air asam jawa, bawang besar dan cili hidup. Ringkas tapi sedap.

7) Laksa


Kalau dulu setiap kali balik dari asrama, ummi Sue rajin sangat buat laksa. Sekarang dah jarang buat. Buat masa hari raya atau masa majlis istimewa je. Laksa ummi Sue memang terbaik. Makan sampai meleleh air hidung.

8) Daging masak lada hitam


Kami sekeluarga jarang makan daging. Kalau ada daging memang ummi masak daging masak lada hitam. Masakan dia kering tak de kuah, tapi sedap sebab ada campuran bawang merah, halia, cili hidup dan tomato.

9) Puding karamel


Masa kecik-kecik dulu ni, Ummi Sue memang suka sangat buat pencuci mulut. Yang paling Sue suka puding karamel. Ummi buat tak manis sangat, macam selalu yang dijual. Just nice, makan mesti bertambah sampai licin.

10) Puding jagung


Pencuci mulut yang ringkas. Sedap sangat bila kita gigit terasa kerangupan jagung dalam puding tu.

Apa pula masakan bonda yang kawan-kawan suka?

9 ulasan:

  1. fuh, laksa tu sangat2 menggoda..saya pun join cabaran ni..^_^

    BalasPadam
  2. Semuanya sedap-sedap...feveret saya ayam masak merah tu.

    BalasPadam
  3. masakan hasil air tangan mak memang yang terbaik, tak ada tandingannya, kan? =)

    BalasPadam
  4. puding caramel tu sangat menggoda...macam sedappp jer tengok...

    BalasPadam
  5. bila mak masak, hilang diet he3

    BalasPadam
  6. sokong sgt..masakan mak adalah yg terbaik
    nti anak2 kita beso nti diorg pun akn ckp rindulah masakan mak hehe

    BalasPadam
  7. sedapnya...masakan mak dia..:)

    BalasPadam
  8. haaaa terseksa jiwaku..!! terseksa. hahaha.. ikan masak asam tu fevret tapi mak tak masak sebab dia tak suka. kalau ke rumah tok saja baru boleh request nak makan. daun apa..? cendahon cendahom..? hahaha idk
    hahaha

    BalasPadam
  9. Sama la dulu duduk asrama bila masuk sekolah menengah :)
    Pastu mkn makanan hostel yg tak sedap. Balik umah baru makan sedap

    BalasPadam