Perubahan Pada Tubuh Ibu Hamil

Assalamualaikum.

Tahukah anda?

Terlalu banyak perubahan fizikal yang berlaku ketika hamil? Berikut merupakan antara tip yang boleh anda ikuti dan antara perubahan yang bakal berlaku kepada anda sepanjang kehamilan.

set hamil shaklee

1) Sepanjang hamil, rambut akan tumbuh dengan lebih pantas dan tebal sehingga menjadikannya kelihatan berminyak. Bagi mengatasi ketidakselesaan yang mungkin timbul, cuci rambut anda sekurang-kurangnya dua atau tiga minggu sekali.

2) Kandungan darah akan meningkat seiring dengan peningkatan paras hormon kehamilan. Ini menjadikan suhu badan turut meningkat sehingga membuatkan anda lebih mudah berpeluh.

Jadi, mandilah dengan lebih kerap dan pakai pakaian yang diperbuat dengan fabrik kapas agar keselesaan lebih terjamin.

3) Apabila hamil, urat darah akan menjadi lebih tebal. Jadi, ia menyukarkan darah untuk disalurkan dengan lancar ke bahagian otak anda.

Postural hipertensi biasanya akan menyebabkan anda kerap berasa pening. Jadi, cubalah berbaring atau jika anda berada dalam keadaan duduk, tundukkan kepala anda perlahan-lahan ke bahagian peha.

4) Warna aerola di bahagian payudara akan menjadi bertambah gelap kerana hormon kehamilan akan menyebabkan tubuh anda menghasilkan banyak pigmen. Warna gelap di aerola akan mula pudar setelah anda bersalin.

Sumber: Mami dan Baby

No 1 memang diakui rambut berminyak, Sue lebih selesa untuk berambut pendek sepanjang tempoh kehamilan. No 2 memang badan cepat berpeluh lagi-lagi bila keluar waktu tengah hari. Belakang baju basah lenjun.

No 3, rasa pening tu masa awal-awal mengandung pakej sekali dengan rasa mual. Tengok komputer atau laptop automatik datang pakej tu sekali, hehe...

No 4, warna aerola berubah serta saiz pun berubah, ini kerana payudara kita telah bersedia untuk proses menghasilkan susu ibu.

8 ulasan:

  1. info yang sangat berguna pada bakal ibu..

    BalasPadam
  2. Panas berpeluh ketika malam tu memang selalu terjadi bila mengandung ... huhu

    BalasPadam
  3. Entri yang boleh di manfaatkan oleh mom to be..

    BalasPadam
  4. mesti best kan bila dapat mengalami semua situasi tu time pregnant :)

    BalasPadam
  5. hehehe belum merasai =P
    tapi people always cakap..
    time pregnantlah perempuan brada dlm state yg paling cantik..

    BalasPadam
  6. memang panas time pregnant. Tapi saya suka tengok orang pregnant. Comel sangat

    BalasPadam