Resepi Puding Oreo

Assalamualaikum.

Biskut oreo memang menjadi kegemaran ramai. Selain boleh dimakan begitu sahaja, pelbagai resepi kek dan puding juga boleh dibuat dengan biskut ni.

Jom kita tengok bahan-bahan untuk resepi puding oreo.

Sumber google
Bahan-bahannya:
10 gm serbuk agar-agar
750 ml air
150 gm gula
3/4 cawan milo
1 tin susu cair
1 bungkus oreo

Cara-cara menyediakannya:
1. Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut
2. Apabila mendidih masukkan susu cair dan kacau rata
3. Tutup api dan bahagikan agar-agar tadi kepada dua bahagian: satu biarkan dalam warna asal, sementara satu bahagian lagi tambahkan milo. Kacau rata.
4. Sediakan loyang. Pada lapisan pertama masukkan puding milo. Jangan habiskan. Tinggalkan sedikit untuk lapisan terakhir. Setelah sedikit keras tuangkan pula bahagian yang berwarna asal tadi.
5. Susun biskut oreo. Setelah keras sedikit masukkan lapisan milo hingga habis. Sejukkan dalam peti sejuk.

Tip masakan: Jika tidak suka milo boleh gantikan dengan koko.

Selamat mencuba.

9 ulasan:

  1. dh lama plan nk buat, asek xmenjadi je..

    BalasPadam
  2. teringin nak wat puding oreo ni
    nti lau senang/free time boleh lah cuba hehe

    BalasPadam
  3. kalau sis JM yg buat mesti x jadi seperti dalam gambar tu

    BalasPadam
  4. huuuurm.. tengokla bilaa rajin..
    kena balik kg baru ada semangat nak buat.. orang ramai..
    kat rumah bertiga je..

    BalasPadam
  5. sedap tau.
    dah pernah buat dulu kala

    BalasPadam