Cara Alami Atasi Kesan Stretchmark

Punca yang menimbulkan kesan regangan datang daripada beberapa faktor. Tekanan terhadap kulit seperti pertambahan berat badan mendadak dan kehamilan adalah antara penyebabnya.

Lazimnya, kesan regangan paling kerap berlaku di bahagian perut. Ia timbul selepas bersalin. Kesan yang ada ini tidak akan hilang dengan sendirinya tetapi memerlukan rawatan. Selain daripada rawatan moden, terdapat beberapa cara yang boleh anda cuba dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati di dapur rumah anda.

Panduan-panduan berikut boleh anda cuba dan lihatlah hasilnya nanti.


1) Aloe vera


Lidah buaya mengandungi kolagen yang sangat bagus untuk pembaikan kulit

Bahan-bahan:
- Daun lidah buaya
- Air biasa mencukupi

Cara-cara:
1) Buang duri dari kulitnya
2) Keluarkan gel dari bahagian dalam daun
3) Sapukan gel terus ke bahagian bermasalah
4) Biarkan selama 2 jam
5) Basuh dengan air

2) Aprikot

Anda boleh menggunakan aprikot dengan menjadikannya sebagai skrub

Bahan-bahan:
- Dua atau tiga biji aprikot
- Air suam mencukupi

Cara-cara:
1) Potong buah aprikot dan keluarkan bijinya
2) Lenyekkan buah ini untuk mendapatkan pesnya
3) Tampal pes aprikot pada kawasan kesan regangan
4) Biarkan kira-kira 15-20 minit
5) Basuh dengan air suam

Amalkan panduan ini setiap hari sebelum tidur. Anda digalakkan untuk melakukannya dua kali sehari selama sebulan.

3) Kentang


Kentang adalah makanan super food kerana ia mengandungi asid lemak dan pelbagai fitokimia seperti karotenoid dan polifenol. Ia juga mempunyai banyak vitamin dan mineral termasuk vitamin C, B Complex, kalium, magnesium, kalsium, fosforus dan zink. Oleh kerana kentang mampu merangsang kolagen dan sintesis elastin, ia berkesan memulihkan semula sel-sel kulit kesan regangan anda.

Bahan-bahan:
- 1 biji kentang bersaiz sederhana
- Air suam mencukupi

Cara-cara:
1) Potong kentang menjadi kepingan bersaiz tebal
2) Letakkan kepingan kentang dan gosok secara perlahan-lahan di kawasan regangan
3) Pastikan air daripada kentang meresap ke kulit bahagian regangan
4) Biarkan selama 5-10 minit

4) Lemon


Lemon merupakan agen peluntur semulajadi yang sangat berkesan. Alfa hydroxy asid (AHA) dan vitamin C dalam lemon sangat penting kerana fungsinya membuang kulit mati dan menjadikan kesan regangan anda pudar dalam masa yang singkat.

Bahan-bahan:
- Sebiji lemon
- Air suam mencukupi

Cara-cara: 
1) Potong lemon kepada dua bahagian
2) Ambil separuh daripada lemon itu dan perlahan-perlahan sapukan pada kawasan kesan regangan
3) Sambil itu, perahkan sedikit demi sedikit jus dari lemon pada kawasan berkenaan
4) Lakukannya sekurang-kurangnya 10 minit
5) Kemudian cuci dengan air suam

Untuk menjadikan petua ini lebih berkesan, anda boleh mencampurkan jus lemon dengan bahan-bahan lain dalam kuantiti yang sama. Contohnya 1 sudu besar jus lemon dengan 1 sudu besar jus yang lain seperti timun, kentang atau tomato.

5) Minyak vitamin E

Vitamin E  adalah antioksidan yang mampu menembusi lapisan kulit dan membantu proses penyembuhan luka semulajadi semasa membuang parut di atasnya.

Bahan-bahan:
- 1 biji kapsul vitamin E
- Air bersih

Cara-cara:
1) Cucuk kapsul menggunakan jarum peniti dan keluarkan minyak vitamin E itu
2) Sapu rata ke permukaan kulit di kawasan regangan kulit
3) Biarkan selama 40 minit. Kemudian basuh

6) Putih telur


Putih telur mengandungi 40 protein berbeza. Ia juga kaya dengan kolagen dan vitamin A. Ia boleh merawat parut dengan berkesan.

Bahan-bahan:
- Sebiji telur
- Minyak zaitun
- Air secukupnya

Cara-cara:
1) Pisahkan putih telur daripada telur
2) Pukul putih telur dengan garfu perlahan-lahan
3) Campurkan bersama dengan minyak zaitun
4) Sapukan pada kawasan kesan regangan
5) Biarkan selama 15 minit
6) Basuh dengan air

7) Alfalfa


Kaya dengan asid amino , vitamin E dan K, alfalfa digunakan untuk memudarkan kesan regangan kerana ia dikatakan bertindak sebagai toner yang bagus untuk kulit.

Bahan-bahan:
1) Tiga hingga empat biji alfalfa
2) Minyak chamomile
3) Air mencukupi

Cara-cara:
1) Tumbuk alfalfa sehingga menjadi serbuk
2) Campurkan dengan minyak chamomile dan jadikannya sebagai pes
3) Tampal pada kawasan regangan
4) Biarkan selama 15 minit
5) Basuh dengan air
6) Lakukan setiap hari untuk kesan yang lebih cepat

8) Air kosong


Tiada ubat yang mampu berfungsi dengan baik jika kulit terhidrat. Oleh itu, minum air mencukupi sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari. Bukan sahaja kulit terhidrat malah tubuh akan menyingkirkan toksin dan mengembalikan keanjalan kulit.

Selain daripada menjaga kulit agar sentiasa terhidrat, anda juga perlu menjaga pemakanan. Kekurangan sumber nutrien akan menjejaskan usaha anda menganjalkan semula kulit kawasan kesan regangan.

Mengambil protein mencukupi setiap hari seperti kacang, ikan, putih telur, yogurt, badam dan lain-lain di samping makanan  yang tinggi dengan vitamin C dan E akan menggalakkan pertumbuhan tisu kulit.

Cili, jambu, sayur-sayuran hijau, brokoli, betik, oren, strawberi sangat kaya dengan vitamin C. Manakala bayam, kacang, minyak zaitun, buah-buahan tropika seperti betik dan kiwi, gandum pula tinggi dengan kandungan vitamin E.

Elakkan lemak tepu dalam diet kerana ia menyebabkan pertambahan berat badan. Ia juga boleh menyebabkan regangan kulit berlaku menjadikan kesan regangan bertambah hodoh.

3 ulasan:

  1. bersalin anak keempat ni tak jaga sangat perut time pantang sebab ceaser, takut sentuh situ... sekarang banyak parut uwaaa

    BalasPadam
  2. oh macam itu caranya :-)

    BalasPadam
  3. sgt lama stretchmark aida nak ilang tau.
    hu hu hu :(

    BalasPadam