Asid folik adalah penting dalam tumbesaran bayi. Adalah
disarankan supaya mengambil 400 mikrogram asid folik setiap hari sebelum hamil
sehingga seseorang wanita itu hamil dan usia kandungan mencapai 13 minggu. Ia
tidak meninggalkan kesan buruk kepada diri ibu.
Pengambilan asid folik didapati mengurangkan insiden spinal
tube defect kepada bayi. Oleh sebab itu, ia disarankan kepada semua wanita yang
ingin hamil. Asid folik juga diperlukan dalam pembentukan sel-sel darah (ibu
dan anak). Ada kajian yang menunjukkan asid folik mengurangkan risiko bayi
mendapat masalah sumbing dan sesetengah penyakit jantung.
Malah asid folik turut penting dalam metabolism bahan
genetic dalam tubuh manusia. Selain daripada pil-pil di farmasi, asid folik
boleh didapati di dalam makanan seperti nasi, kekacang, bijirin, sayur hijau
dan telur.
Oleh kerana asid folik adalah
LARUT AIR, maka asid folik yang berlebihan akan dibuang daripada tubuh badan
melalui air kencing dan tidak akan mengalami keracunan akibat terlebih makan
asid folik!
B Kompleks Shaklee lengkap dengan folik asid. |
0 Pembaca Setia:
Catat Ulasan