Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD), Dilema Ibu Runsing Anak Diserang Virus Di Taska

Penyakit tangan, kaki dan mulut atau HFMD berpunca daripada virus. Gejala-gejala penyakit ini termasuklah ulser atau luka di bahagian dalam atau di sekitar mulut, dan ruam atau lepuh pada tangan, kaki atau punggung.

Sesiapa sahaja boleh menghidap penyakit ini, tetapi kanak-kanak di bawah umur 10 tahun berkemungkinan lebih tinggi untuk menghidap penyakit ini.

hand, foot and mouth disease (HFMD)

Apakah Punca Penyakit Ini?
Virus yang mengakibatkan penyakit ini ialah coxsackievirus 16 dan enterovirus 17.

Anak anda boleh terjangkit penyakit ini melalui sentuhan dari seseorang yang sedang menghidap penyakit ini, atau daripada sesuatu yang telah tersentuh virus ini, seperti permainan, permukaan atas meja, atau tombol pintu.

Ia sangat mudah merebak terutama sekali pada musim panas dan musim luruh.

Simptom-Simptomnya
Simptom awal yang akan dihidapi termasuklah demam dan sakit tekak. Luka yang sakit sama seperti lepuh sejuk juga boleh muncul di dalam mulut atau pada lidah anak anda.

Mereka juga berkemungkinan untuk mengalami ruam pada tapak tangan atau tapak kaki selama sehari atau dua hari setelah simptom pertama telah muncul.

Lama kelamaan, ruam ini pula akan berubah menjadi luka. Bintik-bintik atau luka juga boleh tiba-tiba muncul di lutut, siku atau punggung mereka. Mereka mungkin akan mengalami semua simptom ini, atau hanya satu atau dua simptom sahaja.

Luka di mulut akan menyukarkan anak-anak anda untuk menelan makanan dan hilang selera makan, jadi pastikan anak anda perbanyakkan minum air dan tingkatkan kalori dalam pemakanan mereka.

Bagaimanakah Ia Dapat Dikesan?
Doktor akan bertanyakan mengenai simptom-simptom anak anda serta meneliti luka dan ruam yang dialaminya. Doktor juga mungkin menjalankan pengambilan swab tekak atau sampel darah anak anda bagi memastikan dengan lebih jelas.

Bagaimanakah Kaedah Rawatannya?
Penyakit tangan, kaki dan mulut akan pulih dengan sendirinya selepas 10 hari. Penyakit ini tidak memerlukan sebarang rawatan dan vaksin. Anda boleh mengurangkan atau meredakan simptom anak anda dengan:
  • Dapatkan ubat yang meredakan kesakitan di farmasi seperti ibuprofen (advil) atau asetaminofen (tylenol) atau ubat penyembur kebas mulut.
  • Manisan sejuk seperti ais krim, yogurt, minuman smoothie yang boleh melegakan sakit tekak
  • Losyen anti gatal seperti calamine, dapat membantu mengurangkan ruam-ruam pada badan
Testimoni Shaklee Membantu Mempercepatkan Pemulihan HFMD:

hand, foot and mouth disease

hand, foot and mouth disease

Kebaikan Mealshakes Shaklee ada saya kongsikan sebelum ini, begitu juga dengan 10 Sebab Mealshakes Terbaik Untuk Anak anda.

Hentikan Wabak dari Merebak
Anak anda sendiri akan mudah menjangkitkan penyakitnya kepada orang lain selama tujuh hari pertama dia menghidap penyakit ini. 

Walau bagaimanapun, virus penyakit ini akan kekal berada di dalam tubuh badannya selama berhari-hari atau berminggu-minggu selepas simptom telah reda dan ia boleh merebak melalui air liurnya atau najisnya.

Langkah terbaik bagi mencegah wabak penyakit ini merebak adalah dengan membersihkan tangannya dengan betul dari kuman dan kotoran. Amaran ini juga turut ditujukan kepada anda terutama sekali setelah anda menukar lampin atau mengesat hingus anak anda.

cara basuh tangan

Pengalaman Tuan Blog
Pengalam Sue sendiri semasa anak sulong kena HFMD di taska, Sue ambil cuti 10 hari. Kesemua permainan anak, Sue rendam dan basuh dengan dettol. Anak Sue langsung tiada selera makan. Dia hanya mahu menyusu badan je. Even Sue bagi minum air manis dan puding lembut (macam sumi) tu pun dia tak nak makan.

Selepas 7 hari, alhamdulillah beliau kembali sihat. Taska anak tetap beroperasi macam biasa. Katanya jika terdapat 10 orang kanak-kanak ke atas yang menghidap HFMD ini, maka taska tersebut diarah ditutup buat sementara waktu dengan serta merta.

Serangan penyakit samada di rumah, di taska atau di mana-mana sahaja adalah di luar kawalan kita sebagai ibu bapa. Namun kita boleh menyediakan perisai pertahanan badan anak-anak kita daripada serangan penyakit berjangkit. Berikan yang terbaik hanya kepada mereka.

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan klik butang Google+ atau Facebook kepada rakan-rakan anda. Siapa tahu, penulisan ini mampu membantu mereka yang memerlukan. Terima Kasih :)

6 ulasan:

  1. pengalaman anak saya dulu kena penyakit ni...doktor syorkan sapukan minyak kelapa dara & letakkan sikit dalam makanan anak saya..alhamdulillah..beberapa hari je dah baik..
    mealshake pon saya bagi anak saya sejak umur dia 2 tahun..sebekas tu boleh guna lama..macam tak luak aja

    BalasPadam
  2. anak nombr 2 saya dulu pun pernah kena.
    nasib baik tak merebak sebab cepat cari ubat
    hari-hari makan ais krim jer

    BalasPadam
  3. takut la kalau baby kena ni. anak yg third pernah tumbuh 2 biji merah tepi mulut, tapi tak pasti apa ... hari-hari letak ubat ulser, konon nak matikan kuman. beberapa hari lepas tu, hilang dah. takut la kalau kena cam kat gambar tu. kesian baby

    BalasPadam
  4. betul tu peluang nak kena lagi cepat kalau kat rumah jagaan. anak2 ramai and macam macam
    boleh tersebar.. huurm..

    BalasPadam
  5. teruk gak penyakit virus ni kan..kesian kat budak2

    BalasPadam