Pelancaran Rasmi Butik Siti Khadijah Kuala Lumpur

Assalamualaikum.

Pada hari Sabtu yang lepas iaitu pada 25/4/2015, Sue berkesempatan ke majlis perasmian butik terbaru Siti Khadijah bertempat di Medan Mara (Busana) berhampiran Maju Junction Mall. 


Sempena pelancaran rasmi Butik Siti Khadijah KL, Siti Khadijah telah melancarkan produk variasi PKSE baharu iaitu Classic Cotton Jaquard (C CJ) yang berharga RM255. Koleksi C CJ ini mempunyai keunikannya sendiri di mana material telekung ini ditenun terus dengan corak motif bunga. 

Untuk pelancaran kali ini, 3 variasi bunga akan diperkenalkan iaitu: Paisley, Rosy dan Jasmine. C CJ hanya datang dengan rekabentuk muka Klasik serta lining dalam penuh, memberikan keselesaan kepada pengguna yang inginkan ketebalan kain yang cukup ketika bersolat.

Seawal pukul 11 pagi Sue sampai, butik Siti Khadijah telah dipenuhi dengan ramai pelanggan setia SK. Memang tak sempat nak ambil gambar langsung. 

Terus pilih telekung dan bayar. 200 orang terawal akan mendapat free gift istimewa dari SK. Tak sangka, Sue pun berpeluang mendapat free gift tersebut.


Sebenarnya, ini adalah kali pertama Sue membeli telekung SK. Sebelum ni hanya pakai telekung biasa je. Beli ni pun sebab ada diskaun sempena pelancaran butik baru SK di KL.

Alhamdulillah, dapat merasai memakai telekung SK. Telekung SK memang selesa, berkualiti dan yang penting aurat terjaga rapi insyaAllah.

Jika kawan-kawan berminat, boleh layari website SK untuk pembelian. Selain telekung, SK turut menjual tudung, kasut, stokin tangan, stokin kaki dan jubah.

Maklumat lanjut sila layari http://www.sitikhadijah.com/

Butik Siti Khadijah Cawangan Kuala Lumpur
Tingkat 1, Busana @ Menara Mara
Jalan Tunku Abdul Rahman
Kuala Lumpur
50250
Malaysia

Phone:03-5523 5075
Mobile:+6013-365 4568

Jika anda sedang mencari set suplemen untuk umrah atau haji boleh hubungi Sue di talian 013 4774 285.

Jemput tonton video di bawah:

4 ulasan:

  1. teringin jugak nak beli telekung sk ni

    BalasPadam
  2. tahniah ... beli telekung .. pastu dapat hadiah telekung free :) cantik telekung SK kan

    BalasPadam
  3. Sy dh lama tingin nk g kadijah ni...bila la ada peluang yeee

    BalasPadam