Rumah Idaman Saya, Bungalow Setingkat

Bercakap pasal rumah idaman, Cik Sue pasti setiap orang punya citarasa tersendiri dalam memilih sesebuah rumah.

Cik Sue idamkan rumah tu terletak di kawasan bandar tetapi tidak la terlalu bising dengan bunyi kenderaan, pembinaan bangunan dan sebagainya. Serta masih mengekalkan aspek hijau di kawasan sekitarnya.

Cik Sue memilih rumah di sekitar kota damansara dan sungai buloh. Ada projek rumah sekitar sini yang sedang dalam proses pembinaan. Nanti dah siap kita tengok hasilnya. Ambil aura dulu kata orang.

Cik Sue idamkan rumah bungalow setingkat dengan konsep modern kontemporari.


Dilengkapi dengan 6 buah bilik tidur, 1 bilik tetamu, 1 bilik stor, 1 bilik gym, 1 bilik pawagam, 1 bilik solat, 1 bilik perpustakaan dan 1 bilik office untuk kerja2 Shaklee Cik Sue.

Dapur pula ada dapur kering dan dapur basah. Ruang dapur haruslah besar kerana ini adalah antara ruang feveret Cik Sue.

Di luar halaman rumah ada kawasan untuk berkebun. Boleh tanam pokok2 yang menjadi asas dalam bahan masakan. Ada sebuah kolam renang dan sebuah pondok membaca.

Kereta pula di parking dalam garaj yang tertutup. Ala2 macam rumah mat salleh tu.

Rumah bungalow idaman Cik Sue ini adalah untuk memberi keselesaan kepada anak cucu cicit piut miut, ibu bapa Cik Sue dan juga ibu mertua.

Anak cucu Shaklee nak datang untuk coaching bila2 masa pun sangat dialu2 kan.

Setiap minggu/ bulan akan diadakan kelas fardhu ain, kelas mengaji Al- Quran, dan usrah dengan sahabat2.

Mudah untuk mengadakan majlis keraian di rumah sendiri seperti majlis khatam Al- quran, majlis tahlil, majlis bersama anak yatim, sambutan harijadi dan sebagainya.

Kenduri kahwin anak2 nanti pun rasa macam nak buat dekat rumah aje. We see how later

Tempat adik beradik berkumpul contohnya berbuka puasa bersama, buat majlis makan2 bersama. Bakar barbeque sambil sembang2 santai. Anak2 boleh terjun swimming pool. Bapak2 boleh layan movie. Syok kan.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, mohon kawan2 tolong doakan Cik Sue ye, mudah2an tercapai hajat Cik Sue duduk di rumah idaman ini. Aamiin...

Semoga kawan2 juga tercapai hajat duduk di rumah impian masing2 inshaaAllah.

Apa pula rumah idaman kawan2. Jom kongsikan dengan Cik Sue di ruang komen.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan