Nak Sedekah RM50 Atau RM20

Kisah ini berlaku kepada diri saya sendiri. Waktu itu saya masih ingat lagi hari Jumaat.

Saya ketika itu tengah tiada duit lebih. Komisen jualan lagi beberapa hari nak masuk bank. Di dalam dompet waktu tu ada Rm50 sekeping & Rm20 sekeping.

Dan saya ingin bersedekah, kerana percaya sedekah akan limpahkan lagi rezeki lebih-lebih lagi hari Jumaat. Tetapi, apabila saya berada di dalam situasi yang memerlukan duit, saya jadi serba salah antara sedekah Rm20 atau Rm50.


Hati rasa nak sedekah Rm50 tetapi akal memikirkan byknya Rm50 boleh dibuat, jadi akal kata Rm20 pun ok.

Tetapi saya pernah terbaca tentang sedekahla wang yang paling besar yg ada didalam dompet. Itu benar2 ikhlas & percaya akan konsep sedekah.

Jadi sepanjang masa nak ke masjid, fikiran saya terganggu...aku nak sedekah Rm50 atau Rm20. Berulang-ulang sehinggla sampai di pintu masjid.

Dan ternampakla tabung masjid, makin berdebar2 berperang dgn akal, jiwa & hati Rm50 atau Rm20. 80% pergi ke Rm20.

Sehinggalah saya betul-betul di depan tabung masjid, saya keluarkan dompet...aishhh saya terus capai Rm50 dan masukkan dalam tabung & terus beredar.

Yang ajaibnya...selepas itu, jiwa, fikiran, hati saya jadi sgt tenang. Saya rasa jika saya sedekah Rm20, tentu hati saya tak tenang, mungkin akan terlintas yang saya tak ikhlas & tak percaya akan konsep sedekah ini.

Lepas tu saya lupakan ttg sedekah itu, saya serahkan semuanya pada Allah.

Alhamdulillah...beberapa hari kemudian...saya berjaya closed deal jualan produk dgn keuntungan melebihi Rm500. Dan tetiba saya teringatkan sedekah saya yg Rm50 itu. Satu dibalas sepuluh kali ganda. Alhamdulillah...

Satu pengajaran yang paling saya terkesan ialah...keikhlasan bersedekah. Saya rasa betul2 ikhlas & letak sepenuhnya kepada Allah ketika mana saya berada di dalam keadaan yang betul2 tiada wang & wang yg ada sekarang itu saya amat-amat perlukan.

Sebab apa, ketika mana saya ada byk duit, sedekah Rm50 tidak mengganggu emosi saya pun.

Oleh itu, saya berazam utk belajar ttg sedekah yang betul2 ikhlas tak kira waktu itu saya kaya atau miskin duit.

THE POWER OF SEDEKAH
WHEN YOU START GIVING YOU ARE RICH

-Kredit FB: Kunci Rezeki-

4 ulasan:

  1. kannn pernah gak terjadi mcm ni..nice sharing sue

    BalasPadam
  2. In sha Allah ... yang ikhlas tentu2 mendapat ganjaran yang baik... salam jumaat :)

    BalasPadam
  3. Bagus perkongsian ni :) Sedekah dengan yang kita mampu, in sha allah ganjaran nya menanti di depan :)

    BalasPadam