Shaklee Effects: Aku Yang Dulu, Bukanlah Seperti Sekarang

Assalamualaikum.

Excitednya Sue harini sbb nak berkongsi kisah Shaklee Effects selepas hampir 4 tahun menjadi pengguna setia produk Shaklee. Flashback bagaimana sue jatuh cinta dengan produk Shaklee, boleh baca di sini.

Nak tahu apa yang Shaklee berjaya ubah hidup Sue? Jom baca.

shaklee effects

1) Meningkatkan taraf kesihatan
Kalau dulu badan asyik penat sahaja, kini tidak lagi selepas mengambil suplemen Shaklee secara konsisten. Since menjadi isteri dan ibu, kalau badan penat, letih, stress kerja rumah boleh terabai. 

Tak nak la macam tu kan. Seboleh mungkin kita sebagai ibu nak berikan khidmat terbaik untuk suami, anak2, rumahtangga dan kerjaya.

Selain itu, demam, senggugut, masalah jerawat di muka sangat jarang menjengah. Alhamdulillah, syukur.

2) Meningkatkan taraf ekonomi
Sue resign kerja selepas berpantang anak kedua. Masa dalam pantang tu la Sue mencuba bisnes Shaklee. Tak sangka mendapat sambutan yang hangat. May be rezeki baby baru jugak kan? Selepas habis pantang, Sue serius terlibat dalam bisnes shaklee hingga sekarang.

Alhamdulillah, since dah terjebak dalam bisnes shaklee ni, tiap2 bulan MAMPU hulur duit untuk mak ayah di kampung. Sewaktu bekerja dahulu, ada time tak mampu nak bagi duit kat mak ayah. Sedihnya, bila difikir2 kan kembali.

Ada juga portion duit untuk belanja suami dan anak2 tersayang yang menjadi tulang belakang dalam bisnes ini.

Selain itu tak dilupakan juga duit untuk bersedekah, infaq dan keluarkan zakat setiap bulan untuk penyucian harta.

Terus terang mengaku, dulu sewaktu bekerja memang tak mampu nak sediakan duit untuk semua benda2 ni, tapi kini tidak lagi. Alhamdulillah atas rezeki kurniaan Allah ini.

3) Meningkatkan amalan rohani
Kalau dulu memang hanya buat yang wajib sahaja. Namun, selepas kenal bisnes Shaklee, amalan rohani sedikit sebanyak semakin improve. Solat sunat dhuha, taubat, tahajud dan zikir2. Sebenarnya amalan rohani ini sangat membantu untuk mengekalkan jiwa yang tenang, positif selain sebagai amalan mudahnya menjemput rezeki.

Setakat ini dahulu coretan Sue untuk entry kalini. Akan bersambung ke entry yang seterusnya. Tunggu ye....

Entry ini tidak bermaksud untuk menyombong diri, menunjuk2 atau bermegah2. Sekadar berkongsi apa yg telah Sue alami sekarang. Rasa macam tak percaya je. Rasa kerdil sangat diri ini. Allah lorongkan melalui bisnes Shaklee ini kehidupan Sue telah banyak berubah.

Syukur Alhamdulillah. Kasih sayang Allah tiada tandingnya. Terima kasih Allah. Kawan2 tolong doakan Sue semoga terus berjaya dalam bisnes Shaklee ini ye. Sue juga turut doakan kawan2 semua sukses dalam kerjaya masing2. Amin, InsyaAllah :)

7 ulasan:

  1. uii... ingat salah masuk blog tadi... cantiknya blog ni sue.. lembut je

    BalasPadam
  2. btl..nmpk fresh dan natural wajah baru blog su ni :)

    BalasPadam
  3. Segar mata tgk blog baru sue..hehe

    Alhamdulillah, syukur dibukakan hati utk join shaklee ni..mmg byk shaklee effect yg kita dpt

    BalasPadam
  4. Irra pon dh join shaklee lama. Ntah2 sama nenek kita

    BalasPadam
  5. Salam.. Link blog CHK dah bertukar. Jemput singgah..

    kathyrbain.blogspot.com

    BalasPadam
  6. cantiknya blog sue..ha ah banyak benda positif dpt dr shklee kan..alhamdulillah..

    BalasPadam