Assalamualaikum.
Hujung minggu Ahad semalam Sue berkesempatan melawat Muzium Coklat bersama dengan adik-adik Sue yang datang bercuti di rumah. Rupanya muzium coklat ni dekat jer dengan rumah Sue.
Setibanya kami di sana terdapat sebuah bas rombongan sekolah yang turut sama hadir ke muzium ini.
Bertambah meriah lah kehadiran pengunjung di sana.
Dalam muzium ini diceritakan sejarah asal usul coklat, jenis-jenis coklat, permainan berunsurkan coklat, mesin memproses coklat dan pelbagai lagi.
Kami berkesempatan melihat proses pembuatan coklat dari A hingga Z. Kalau nak tengok prosesnya, anda dinasihatkan untuk datang pada pukul 12pm dan 3pm. Ingat tau. Kang melepas menyesal pulop. Hehe..
Selepas demonstrasi cara membuat coklat siap, kami semua diberi peluang untuk merasa hasil coklat tersebut. Ternyata rasanya memang cukup sedap..Yummeh!
Sebelum balik, semua pengunjung berpeluang untuk membeli coklat di sini. Banyak pilihan coklat yang ada antaranya M&M, Daim, Hershey's dan lain-lain.
Sebelum balik jom kita bergambar lagi.
Jika anda berdekatan dengan muzium coklat ni, bawalah anak-anak anda ke sini sebagai salah satu aktiviti sempena cuti sekolah. Memang berbaloi. Tiada yuran masuk yang dikenakan.
Alamat:
DR Group Holding Sdn Bhd
(Chocolate Museum @ Kota Damansara)
No 2, Jln Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1,
47810 Kota Damansara,
Selangor.
Tel: 03 6143 4460 / 03 7490 4260
Fax: +603 6140 8825
Website: www. drgroup.com.my
Waktu operasi: 10AM- 5PM
seronok dapat pergi ke situ..dapat rasa coklat lagi kan..
BalasPadamSdpnyeee.dunia coklat ^^
BalasPadamBelog Miss Balqis
kalo la asya dpt kesini mesti happy gila.. hantu cokelat tu.
BalasPadamserius lya x pernah tau pon kewujudan museum ni..
kalo ke sana..wajib la ke sini bawa asya nanti
muzium cheese ada tak kak sue? hehe. muzium coklat pun x pi lagi dah tanya lain. murah x coklat yang dorang jual? hehe
BalasPadammuzium cheese kene tunggu budak buat ;)
Padamharga coklatnya sama jer macam harga di supermarket..mahai..haha
Ok kak sue. Nanti saya buat akak jangan lupa mai :)
PadamNasib baik part merasa coklat tu x kena bayar ^.^
Budak nak buat muzium cheese..?? silakan buat Budak ooi lepas tu kami kami ni dapat free cheese k..
Padambestnya kan, anak-anak mesti excited... kalau dekat nak juga gi. actually takde la jauh sangat, cuma tak berapa nak dekat je :p
BalasPadamCT penah pi tapi yang kat penang nye. masuk free makan tester pun free hahaha.. dah kenyang jalan kuar selamba badak aje
BalasPadam