Program Back To School 2015 Bersama Anak Yatim Yayasan Tengku Budriah Cheras

Entry Sticky Post. Entry terbaru sila scroll bawah.
Assalamualaikum.

Di sini Sue ingin mengambil kesempatan membuat sedikit hebahan berkenaan dengan kempen Back To School 2015 bersama anak yatim Rumah Kanak-Kanak Tunku Budriah Cheras (RKKTB).

back to school 2015

Sue bersama rakan-rakan seperjuangan Shaklee dari group RichFamily telah merangka satu program untuk serahan barang-barang sumbangan kepada RKKTB pada 14 Disember 2014.

Sehubungan dengan itu, kami semua sedang bekerja keras sedari awal bulan lagi bagi mengumpul dana untuk membeli barang-barang keperluan anak-anak yatim sebagai persedian buka sekolah tahun hadapan.

Latar belakang RKKTB

Rumah Kanak-Kanak Tunku Budriah Cheras dibangunkan dengan satu tujuan untuk menyediakan tempat perlindungan dan jagaan yang terbaik kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik untuk menjamin pertumbuhan jasmani dan emosi yang sihat dalam suasana yang tenteram dan selamat. 


Kanak-kanak yang diperintah masuk ke rumah ini adalah terdiri daripada anak-anak yatim, miskin, didera, ditinggalkan dan yang terabai.

Berdasarkan maklumat daripada RKKTBC, seramai 70 orang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 7 tahun sehingga 12 tahun dikenalpasti akan menjalani sessi persekolahan 2015 nanti. 


Dengan ini, Kempen Back To School 2015 yang bertujuan untuk membantu anak-anak ini bersedia untuk kembali ke alam persekolahan dengan keadaan yang gembira dan ceria sama seperti anak-anak kita. 

Sumbangan yang dikumpulkan nanti akan terus disalurkan kepada tabung untuk pembelian peralatan persekolahan mereka. Kami juga telah mendapatkan kerjasama dari pihak Mydin untuk mendapatkan bekalan kesemua peralatan sekolah yang diperlukan .


Bagaimana sumbangan boleh dibuat?

1) Dengan setiap pembelian produk Shaklee dari mana-mana SID di bawah payung RichFamily, 10% keuntungan akan terus disalurkan ke dalam tabung RKKTBC.

Anda boleh menghubungi Sue SMS/WHATSAPP: 013 4774 285 untuk belian mana-mana produk Shaklee.

2) Sumbangan mengikut kategori yang dikehendaki seperti dibawah;

1)Tajaan Kelengkapan Sekolah : RM150
2)Tajaan Set Pakaian Sekolah: Rm100
3)Tajaan Sepasang Kasut : RM30
4)Tajaan Korporat : RM1500 (minima 10 orang)

Selain dari keperluan persekolahan, pihak RKKTBC juga sangat memerlukan bantuan seperti selipar, lampin pakai buang saiz S – XXL dan juga tikar. Jika kutipan Tabung Back To School mencukupi untuk menampung keperluan 70 orang anak yang bersekolah, baki wang tersebut (jika ada) akan digunakan untuk membantu belanja dapur dan keperluan-keperluan lain pula.

Dengan ini, kami sangat berbesar hati agar anda semua, dapat menyumbangkan sedikit bakti kepada aktiviti ini. Kutipan atau tajaan boleh disalurkan terus ke akaun:
Puan Norliza Rusman 
(CIMB 7602390876 notify ke lydzar@gmail.com). 

Mohon tuan/puan mengisikan GoogleForm ini : http://bit.ly/tabungBackToScoolRAYTBC.

Kerjasama dan keprihatinan semua pihak untuk menjayakan program ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

'Surah Al-An’am : Ayat 152 – “Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya, sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil.”

12 ulasan:

  1. Semoga semuanya berjalan lancar ya sue..

    BalasPadam
  2. bagusnyaa usaha akak ni.. semoga dipermudahkan. smoga makin murah rezekinya..

    BalasPadam
  3. Amin. Terima kasih atas semua doanya.

    BalasPadam
  4. lya doakan semoga semua bjln lancar mengikut perancangan

    BalasPadam
  5. alhamdulilah semoga dipermudahkan segalanya untuk program ini
    kalau nak derma baju2 yg xpakai boleh ke?

    BalasPadam
  6. bagus ada program seperti ini. rezeki untuk dikongsi. moga program ni berjaya ye kak sue :)

    BalasPadam
  7. Semoga semuanya berjalan dgn lancar seperti yng dirancangkan.

    BalasPadam