5 Tips Cara Mengatasi Sembelit Semasa Dalam Pantang

Susah membuang air besar atau sembelit semasa dalam pantang memang masalah biasa bagi ibu-ibu selepas bersalin. Tapi, jika tidak dirawat, kesannya cukup menyeksakan dan boleh jadi trauma.

sembelit selepas bersalin

Saksikan video pengalaman berpantang Puan Khadijah Hasmad yang mengalami sembelit yang teruk sehingga trauma untuk hamil kali kedua.

Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah?

Kesukaran membuang air besar atau lebih dikenali sebagai sembelit ini disebabkan oleh banyak perkara.

1) Kurang minum air. Bagi masyarakat Melayu, ibu-ibu yang baru lepas bersalin dilarang minum banyak air kerana dikatakan boleh menyebabkan saluran faraj berair dan perut jadi buncit.

2) Pengambilan ubat-ubatan yang bersifat panas seperti jamu dan ubatan herba.

3) Kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Alasannya, kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan ‘sejuk’.

Pengambilannya dikatakan boleh memudaratkan ibu dalam pantang padahal sayur dan buah kaya dengan serat yang berfungsi membantu proses penghadaman dan mempercepatkan aliran keluar sisa makanan dari tubuh.

Sembelit selepas bersalin terjadi kerana perjalanan najis di dalam saluran usus menjadi perlahan.

Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor.

1) Otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.

2) Otot pada usus juga mengendur kerana kadar hormon progesterone yang tinggi semasa hamil.

3) Takut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka episiotomy terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut

Cara mengatasi sembelit:

1) Banyak minum air iaitu 6-8 gelas sehari. Jika anda menyusukan bayi, kuantitinya perlulah ditambah. Air akan membantu penghasilan susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman dan pundi kencing serta mengurangkan sembelit.

Dehidrasi akibat kekurangan air kerana terlalu berpantang boleh menyebabkan luka lambat baik dan air susu akan menjadi kurang.

2) Jika terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas walaupun anda rasa kurang selesa terutamnya dalam minggu pertama selepas bersalin. Ketahuilah bahawa lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya memburukkan lagi keadaan.

3) Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan walaupun ketika dalam pantang. Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar.

4) Makan makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain serat, makanan ini juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi dan bagi menyembuhkan luka episiotomy ataupun luka caesarean.

5) Pengambilan set berpantang Shaklee sangat membantu. Tonton video di atas sebagai bukti bahawa set berpantang Shaklee sangat terbaik untuk ibu-ibu berpantang.

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan klik butang Google+ atau Facebook kepada rakan-rakan anda. Siapa tahu, penulisan ini mampu membantu mereka yang memerlukan. Terima Kasih :)

9 ulasan:

  1. pasti tips ni sangat berguna buat yang mengalami masalah sembelit ni kan..

    BalasPadam
  2. Tq Sue..kak sofu memang mkn oren je utk elak sembelit :) minum sebab dipantau tapi kerap minum seteguk pun jadilah :)

    BalasPadam
  3. salam kenal
    #183
    http://www.coretanhatiibu.com/

    BalasPadam
  4. syukur dalam tempoh berpantang takde masalah sembelit..harap nye kalau berpantang lagi takde masalah sembelit...nangis kalau sembelit

    BalasPadam
  5. banyak betul cabaran orang mengandung bersalin.. yang baca tumpang seram..

    BalasPadam
  6. sama-lah dengan yg bercakap divideo tu. pengalaman berpantang anak 1st memang teruk, sembelit teruk. silap mungkin sbb makan jamu. walaupun amalkan minum air banyak, makan sayur2 dan buah2 yg banyak still sembelit. tapi anak ke-2 sampai ke-4 sikit pun ta makan jamu, ok je tak sembelit :)

    BalasPadam
  7. Tak dapat bayang macam mana saat bersalin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak payah bayang budak. Nanti sampai masanya akan tahu sendiri. Hehehe

      Padam
  8. Seksanya sembelit dalam pantang. Pengalaman pantang anak pertama. Nak meneran, seriau tempat jahit tu. Lepas tu minum air fresh oren tiap-tiap hari..senang hati dapat melabur...hehehe

    BalasPadam