Target Impian 2017, Semoga Dikabulkan Jadi Realiti

Pejam celik, pejam celik nampaknya kita sudah berada hampir di penghujung tahun 2016. Sudah banyak pahit manis yang dilalui sepanjang tahun 2016 ni kan.

Sudahkah anda bersedia memasuki tahun 2017? Pastinya kita semua mengharapkan yang lebik baik dan yang lebih indah pada tahun hadapan.

Pagi yang sejuk dan disertai dengan hujan ini, cik sue ambil peluang menulis target impian pada tahun 2017. Waktu hujan antara waktu yang mustajab doa.

Alhamdulillah pada 11/12/2017, cik sue telah mencapai semua perkara di bawah:


1) Dalam bisnes shaklee
- naik rank coordinator
- mendapat car bonus setiap bulan
- telah mendapat pertambahan anak bisnes seramai 20 orang
- grup mumtaz bertambah ahli sebanyak 100 orang dari yang sedia ada sekarang.
- semua leader mumtaz dapat award di National Conference tahun depan.

2) Dapat travel ke negara ASEAN
Tahun 2017 adalah tahun melawat negara ASIAN. Cik sue harap kami dapat travel di salah sebuah negeri ASEAN walaupun berdekatan je dengan Malaysia. Mungkin Brunei?

3) Dapat beli rumah atas tanah
Dipermudahkan segala urusan pencarian dan pembelian rumah atas tanah. Seronoknya dapat memiliki sebuah rumah atas tanah. Takde fikir lagi soal lif rosak, penat turun naik nak buang sampah, isu kebersihan lif dan lain-lain. 

4) Kesihatan sekeluarga lebih baik
Semoga kami sekeluarga dapat terus mengamalkan kehidupan yang sihat jasmani dan rohani dengan konsisten. Semoga dipermudahkan segala urusan anak cik sue nombor tiga dalam menjalani rawatan untuk tangan beliau dengan selamat tanpa sebarang mudharat.

Mohon kawan-kawan tolong aminkan target impian cik sue tahun 2017 ini tercapai dengan mudahnya. InshaaAllah. Amin.

Apa pun target impian kawan-kawan cik sue, semoga ianya dipermudahkan dan diperkenankan.

0 Pembaca Setia:

Catat Komen