Bila Anak Batuk Dan Selsema Garlic Balm Ikhtiarnya

Hampir 2 minggu anak-anak cik sue bergilir-gilir tidak sihat. Demam, batuk dan selsema. Hanya Allah je tahu penatnya menjaga anak-anak tak sihat ni.

Paling kesian dekat si kecik baby (10 bulan) tu la. Hidung tersumbat nak menyusu pun jadi susah. Selain ikhtiar dengan balm coughflu Tasneem Naturel, cik sue baru nak cuba Garlic Balm.

Baru je parcel sampai rumah hari Sabtu hari tu. Buka buka je botol garlic balm tu memang semerbak bau bawang putih.

selsema, batuk baby

Garlic balm ini sebagai ikhtiar untuk:
-batuk
-selsema
-kahak
-kembung perut
-gatal ringan
-hangatkan badan
-buang angin

Minyak bawang tradisional versi moden, supaya lebih praktikal, selamat, tahan lama dan jimatkan masa.

Cara penggunaan:
Sapu di bahagian tapak kaki, dada, belakang, tulang rusuk, bahagian sinus dan ubun-ubun.
Seelok-eloknya pakai stokin selepas sapu di tapak kaki.

Sebotol RM25 tidak termasuk postage.

Garlic balm ini memang 100% peratus dari bawang putih tidak ada campuran bahan kimia yang membahayakan. Bagi cik sue tiada salahnya kita ikhtiar dengan produk yang diyakini dan dijamin selamat.

Ibu ibu yang ada anak kecil tu, elok sangat beli garlic balm ini sebagai first aid kit di rumah anda.

Cik sue tak jual tau. Cuma berkongsi kebaikan produk je. Nak cuba produk Shaklee untuk kesihatan anak-anak sekeluarga boleh hubungi cik sue 011 1090 4139. ;)

0 Pembaca Setia:

Catat Komen