Betul ke Shaklee Menyumbang Kepada Dana Israel?


Terbaru, sekali lagi Malaysia dikejutkan dengan serangan Israel ke atas bumi Palestin. Banyak harta benda musnah dan nyawa yang tidak bersalah turut terkorban. Ramai yang melahirkan rasa simpati pada saudara di Gaza dan turut berasa marah dengan kekejaman tentera zionis laknatullah ke atas mereka.

Satu isu hangat telah timbul di mana satu laman web Shaklee telah ditemui menyumbang dana kepada Israel. Laman web tersebut  adalah www.kenesethisrael.com. Lantaran itu, Shaklee telah dikecam kononnya menjadi dalang dalam menyalurkan dana kepada Israel.


Biar saya jelaskan isu ini supaya korang semua lebih faham dan tidak membuta tuli untuk memboikot produk Shaklee.

Untuk pengetahuan anda, laman web di atas adalah pemilik seorang Shaklee Independent Distributor. Apabila saya klik pada logo Shaklee di atas, ia akan membawa kepada page yang baru seperti gambarajah di bawah. 


Gambarajah di atas anda dapat lihat sendiri logo Shaklee Independent Distributor (SID). Ini membuktikan bahawasanya laman web di atas pemilik seorang Shaklee Independent Distributor (SID). 

Memang telah termaktub dalam P&R Shaklee untuk mempamerkan logo tersebut di mana2 media sosial jika mahu mempromosikan produk Shaklee.

Di bawah ini adalah gambarajah laman web Shaklee US iaitu www.shaklee.com. Inilah laman web Shaklee yang sebetulnya bukan seperti gambarajah yang di atas. 


Cuba anda lihat logo Shaklee yang tertera di laman web tersebut tertulis 'Creating Healthier Lives' dan bukannya 'Independent Distributor'.

Seorang SID berhak untuk menyalurkan duit bonus mereka ke mana2 badan yang mereka suka. 

Ibaratnya macam ni, hasil gaji kita, ikut suka hati kita untuk infaq atau sedekah ke mana2 badan yang kita suka sbg cth salurkan kepada badan anak yatim, sekolah tahfiz, pusat perlindungan hidupan liar dan lain2. Terpulang pada kita.

Macam si keneseth ini, beliau memilih untuk menyumbang dana kepada Israel adalah atas kehendak beliau. 

Sekali lagi saya tegaskan, bukan Shaklee yang menyumbang kepada Israel tetapi salah seorang SID (iaitu keneseth ni) yang telah menyumbang dana pada Israel.

Apa pula sumbangan kita pada saudara kita di Gaza?

Di bawah adalah senarai antara produk2 yang perlu kita sama2 boikot mengikut kemampuan kita:



Untuk status update terbaru senarai produk yang perlu diboikot boleh rujuk di sini.

Sebagai kesimpulannya, jgn boikot produk Shaklee. Anda boleh terus menggunakan produk Shaklee tanpa was2 kerana tiada bukti bahawasanya Shaklee menyumbang dana kepada Israel.

Sama2 lah kita terus mengirimkan doa buat saudara kita di Gaza. Untuk sumbangan wang ringgit, anda semua boleh melayari facebook Aman Palestin, Aqsa Syarif, Muslim Care Malaysia Society, Islamic Relief Malaysia (IRM) dll.

0 Pembaca Setia:

Catat Komen