10 Tips Mudah Menurunkan Berat Badan Selepas Bersalin Tanpa Perlu Pergi Gym Sehingga Kering Poket

Anda teruja menimang cahaya mata yang baru sahaja lahir membawa keceriaan dalam kehidupan anda. Kini tibalah masanya untuk menurunkan berat badan selepas bersalin bagi mengembalikan bentuk badan sebelum anda hamil.

tips kurus selepas bersalin

Jom saya kongsikan beberapa tips bagi membantu merealisasikan bentuk badan impian anda.

1) Gunakan kereta sorong bayi
Tiada masa untuk bersenam? Jangan risau. Anda boleh menggunakan masa bersama bayi anda dengan senaman ini. Dengan menolak kereta sorong bayi anda sambil membawanya bersiar-siar juga merupakan satu senaman kerana anda turut berjalan.

Mulakan dengan perlahan-lahan dengan menolaknya di kawasan rata dan kemudian di kawasan berbukit pula. Untuk bahagian bawah tubuh anda:

Berjalan dengan langkah yang panjang, kemudian rendahkan badan anda ke bawah sehingga bahagian lutut anda mencapai tanah . Himpitkan lutut anda secara perlahan-lahan dan kembali berdiri semula.


2) Menguatkan otot anda
Perut, bahagian belakang dan pinggul anda adalah bahagian yang paling terjejas oleh kehamilan dan kelahiran anak. Berikut adalah tiga langkah senaman bagi membantu memulihkan kawasan berkenaan:
  • Lakukan senaman tekan tubi
  • Gerakan terbang superman: berbaring meniarap pada perut anda dan mengangkat lengan kanan dan kaki kiri anda. Kemudian, turunkan mereka dan mengangkat tangan sebelah kiri dan kaki kanan pula.
  • Baring mengiring sambil mengangkat sebelah kaki: Berbaring mengiring pada satu sisi dan mengangkatkan kaki anda di sebelah atas ke atas dan kemudian kembali semula ke bawah. Untuk rintangan tambahan, gunakan tali senaman di sekitar buku lali anda apabila anda melakukan langkah ini.

3) Tidur apabila si manja tidur
Tidur yang tidak cukup melambatkan penurunan berat badan selepas kehamilan. Keletihan boleh menjadi punca anda makan makanan ringan seperti gula-gila dan kerepek dalam kuantiti yang banyak. 

Ini akan membuatkan anda berasa terlalu letih untuk bersenam.

4) Ketahui manfaat susu ibu
Penyusuan susu ibu boleh membakar 500 kalori setiap hari. Ia sangat bermanfaat untuk bayi anda, samada dari segi nutrisi atau mengeratkan hubungan antara ibu dan bayi. Penyusuan susu ibu merupakan cara mudah untuk turun berat badan dan kembali slim.


5) Sediakan  simpanan makanan ringan
Sediakan simpanan makanan ringan yang berkhasiat seperti snek keju, yogurt, tuna dan ikan salmon bagi penambahan ke dalam salad dan sayur-sayuran yang telah dibasuh.

Makanan ringan yang mengandungi protein mampu bertahan kenyang yang lebih lama.

6) Gunakan pinggan berwarna merah
Kenapa pinggan bewarna merah? Minda anda akan tertipu kerana ia akan membuatkan anda terfikir secara automatik untuk "Berhenti!" (ala-ala macam lampu isyarat pulak..)

Anda juga boleh menggunakan pinggan mangkuk yang bersaiz kecil di mana ia akan menyebabkan anda makan secara perlahan-lahan.


7) Makan bersama si manja anda
Para ibu sering menjadi terlalu fokus kepada pemakanan anak mereka sehingga mengabaikan pemakanan diri sendiri. Makanlah bersama anak anda kerana anda juga memerlukan tenaga yang lebih berbanding si manja anda.

8) Hidratkan diri anda dengan makanan
Pakar-pakar mengesyorkan untuk minum 8 gelas air setiap hari. Anda boleh menikmati minuman berkahasiat jus buah-buahan ( tembikai, beri, anggur dan pic) dan sayur-sayuran (tomato dan salad). 

Makanan ini akan membantu pemakanan anda terasa lebih lengkap walaupun dengan kalori yang sedikit.



Nota: Mengurangkan kalori secara mendadak akan serta merta menghilangkan segala tenaga yang anda perlukan seharian dan menjadikan badan anda terkejut lalu anda keletihan.

9) Nikmati kekacang pistachios
Pistachios mempunyai kalori yang lebih rendah berbanding kekacang yang lain (100 kalori setiap 30 kacang).


10) Lupakan niat anda untuk melakukan diet secara mendadak
Sememangnya ia bukanlah idea yang baik buat anda dan bayi anda. Sekiranya anda masih menyusu badan, mengurangkan terlalu banyak kalori dalam pemakanan anda pasti akan mengurangkan pengeluaran susu badan anda dan susu badan anda juga akan menjadi semakin kurang kualitinya berbanding biasa.

Oleh itu, ambillah sedikit masa untuk mengurangkan berat badan dan bukannya dengan secara mendadak. Makanlah sekurang-kurangnya 1800 kalori sehari untuk mengurangkan berat badan dengan selamat dan berkesan. Tambah lagi 500 kalori sekiranya anda masih menyusukan anak.

Jika berjaya menurunkan berat badan, tentulah anda rasa semakin yakin diri dan ceria untuk menjalani kehidupan seharian. Apa yang penting di sini, biarlah turun berat badan secara sihat, kalau anda sakit siapa pula yang akan menjaga kebajikan suami dan anak-anak pula kan?

Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat pada para ibu yang ingin menurunkan berat badan. Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan anda, mana tahu dapat membantu mereka juga :)

7 ulasan:

  1. trm ksh².. setakat ni yg buat adalah tdr dgn anak, mkn dgn anak, tolak stroller, bf n makanan ringan.. hehehe..

    BalasPadam
  2. trick guna pinggan merah tu macam
    nak try aje hehehe

    BalasPadam
  3. memang ni la masalah saya sekarang ni.
    naiknya banyak, turunnya sikit jer..

    BalasPadam
  4. merah tanda berhenti... ok. first time dengar tips no 6 ;) nice sharing

    BalasPadam
  5. Sangat² bergunaa. TQ sis..

    BalasPadam