Day 6: 10 Things That You Want To Buy

Assalamualaikum.

Benda yang ingin Sue beli terbahagi kepada dua bahagian iaitu dalam masa terdekat ini dan juga dalam tempoh jangka panjang. Apakah itu? Jom kita tengok.

1) Powerbank

Baru je pakai smart phone, masih belum berkesempatan nak beli powerbank. Comel kan powerbank minion tu.

2) Kasut scholl

Lepas bersalin bulan Mac haritu, belum berkesempatan nak beli kasut baru. Maklum la masa pregnant haritu selesa pakai selipar basahan je. Punyala takde mood nak melawa. Sememeh je mak buyong masa tu.

Kaki Sue kalau banyak berjalan mudah rasa sakit. That's why kene spend mahal sikit untuk kasut. Scholl memang pilihan terbaik! Bak kata pepatah alah membeli menang memakai. 

3) Food purifier

Ada hikmahnya Allah bagi anak Sue ekzema supaya Sue lebih teliti dan bersih dalam bab pengendalian makanan. Food purifier ini dapat membantu membuang sisa kotoran pada bahan makanan seperti ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Makanan mentah lebih tahan lama selepas dicuci bersih menggunakan food purifier ini.

4) Slow juicer

Amalan minum jus sangat baik untuk anak ekzema. Oleh kerana Sue masih menyusu badan anak, jadi Sue yang akan minum. Khasiatnya, InsyaAllah anak pun akan dapat. Bagi yang first time nak cuba minum jus, boleh cuba resepi di sini.

5) Public gold

Berdikit-dikit untuk mula mengumpul emas. Demi masa depan keluarga Sue juga. Buat masa sekarang Sue baru ada dinar emas. Lepas ni nak kumpul gold bar pula.

6) Air purifier humidifier

Ingat tak masa musim jerebu kan tak boleh buka tingkap, nanti berbau asap. Oh seksanyaaa... rasa terperangkap udara dalam rumah. Walaupun bukan dalam musim jerebu alat ini sangat membantu membersihkan udara dalam rumah. 

Lagi pun Sue masih ada anak kecil. Persekitaran yang bersih sangat penting buat mereka.

7) Vellfire

Sejak beranak tiga, kereta yang dipakai sekarang terasa sempit. Sempit sebab dua orang anak Sue masih memakai car seat. Kalau mak ayah atau adik beradik datang rumah, terpaksa la mereka berhimpit dalam kereta. Rupa dah macam sardin dah ni haa.

Kalau dapat vellfire, insyaAllah sedikit sebanyak memberi keselesaan kepada Sue sekeluarga, mak ayah dan juga adik beradik.

8) Periuk Vantage

Jatuh cinta dengan set periuk vantage selepas melihat iklan di rancangan Nona TV3. Lebih jimat masa di dapur dan makanan yang dimasak tidak pula melekat di periuk. Periuk ni pula senang nak dicuci dan yang paling penting ianya tahan lasak. 

9) Set barang kemas

Teringin nak ada set barang kemas pilihan sendiri. Yang ada sekarang ni pun hadiah pemberian dari mak mertua. Emas lebih bernilai dari matawang. Untuk jangka masa panjang simpanan emas adalah sangat berbaloi-baloi. Kita pun tak boleh jangka masa depan kita macam mana kan? Persediaan awal tu penting.

10) Bungalow

Alhamdulillah sekarang ni sue tinggal di sebuah apartment. Sue nak sangat rumah atas tanah. Kesian dekat anak-anak, nak main basikal pun dekat koridor rumah je. Kalau ada sebiji rumah atas tanah, anak-anak pun bebas bermain. 

Sue pula boleh la tanam sayur-sayuran sendiri. Tak payah la nak selalu membeli. Dah boleh berjimat sedikit wang di situ untuk tabung pelajaran anak-anak.

Kawan-kawan tolong doakan, semoga senarai di atas ini mampu Sue miliki sedikit masa lagi ye. Sue doakan kawan-kawan semua pun dimurahkan rezeki juga insyaAllah. :)

Jom lihat:

5 ulasan:

  1. powerbank merupakan salah satu keperluan sekarang ni kan..kalau ada smartphone kena la ada powerbank..hehe..emas tu bagus juga beli untuk simpanan, tinggi nilainya..fuh, bab keta vellfire tu wana doakan tercapai impian ya..senang bergerak pakai keta besar macam tu dengan family..wana pernah naik ja..memang best gila..kalau beli sendiri, kena usaha lebih ni cari duit..hihi

    BalasPadam
  2. Setuju dgn pendapat wana. Tq wana doakan sue :)

    BalasPadam
  3. moga impian akak tercapai. saya baru tahu anak kak sue ada yang ekzema.

    BalasPadam
  4. Semoga tercapai apa yang diidamkan. Apa yang sue idamkan sama macam saya jugak.

    BalasPadam
  5. hahahaha CT paling suka vellfire and banglo. pinar pinar mata bling bling tengok hahaha.. semoga apa yang dihajati tercapai ^^

    BalasPadam