Tip Gigi Sihat Agar Gigi Putih Bersih dan Tidak Berlubang

Assalamualaikum.

tips gigi putih bersih

Gigi adalah gabungan struktur organik dan bukan organik yang kelihatan berwarna putih di dalam mulut manusia. Struktur gigi kanak-kanak dan dewasa tidak mempunyai perbezaan yang ketara kecuali dari segi saiz. Gigi digunakan untuk mengoyak, mengikis, memotong dan mengunyah makanan.

Di bawah adalah beberapa point  tip gigi sihat yang ingin Sue kongsikan dengan kawan-kawan.

1) Diet gigi putih
Elakkan dari mengambil minuman bewarna yang boleh membuatkan gigi anda kehilangan warna putih semulajadi seperti teh hitam, kopi, minuman bergas, merokok dan sebagainya.

2) Berus gigi dengan betul
Sebaiknya berus gigi dengan meletakkan pada sudut 45'  dari gusi dan berus gigi dengan gerakan secara memutar. Masa minimum untuk memberus gigi adalah dua minit.

3) Minum secawan teh
Kandungan flavonoid yang terdapat dalam teh dipercayai mampu mencegah penempelan bakteria pada gigi dan mencegah terbentuknya karies gigi. Minumlah teh pada setiap pagi dan petang.

4) Berkumur selepas makan
Usai makan, anda hendaklah berkumur atau mengunyah gula-gula getah untuk gigi. Ini untuk mengelakkan gigi berlubang atau gusi berdarah. Malah, ia boleh meningkatkan pengeluaran air liur yang berguna untuk mengelakkan bakteria jahat dalam mulut.

Selamat beramal :)

Sumber: Rapi Mac 2015

10 ulasan:

  1. nice sharing ... no.3 tu baru tahu. pasni nak minum teh selalu lah :)

    BalasPadam
  2. Baguslah tips ni. Lepas ni bolehlah amalkan :)

    BalasPadam
  3. Terimakasih infonya mba :)

    BalasPadam
  4. minum secawan teh? yang ni sis JM x boleh..bila minum je perut kembong!

    BalasPadam
  5. kalau makan kat rumah okay memang berkumur.. tapi kalau kat luar tak buat =P
    malu hahaha..

    BalasPadam
  6. oooo, baru tau teh boleh menghalang jadinya karies gigi
    nice info Sue

    BalasPadam