ESP Shaklee Produk Paling Popular! Ketahui Kelebihan ESP dan Kenapa ianya Menjadi Hot Product!

Salam semua. Hari ni saya nak berkongsi mengenai HOT suplemen daripada Shaklee iaitu ESP. ESP memang terbaik! Jujur saya katakan saya sendiri masa first time ambik ESP setahun lepas terus jatuh cinta sebab efek dan kesan positif yang saya dapat daripada ESP ni. Masa tu, kesan pengambilan ESP yang saya nampak :
  • Susu badan pekat & nampak lemak berkrim
  • Amjad menyusu kejap je.. tapi tidur lena
Apa itu ESP?
ESP ialah protein. Kenapa protein penting bagi tubuh badan kita? Sebabnya, Protein adalah makanan terpenting tubuh kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang,kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma,entibodi, enzim, hormon,hemoglobin dan sel-sel.

Manakala sel-sel di dalam tubuh badan kita bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru, dan menggantikan tisu-tisu badan yang lama dan tua atau rosak dengan tisu-tisu yang baru.
Apa yang best tentang ESP Shaklee?
1) Sumber "protein lengkap"dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian.
2) Berasaskan tumbuhan (non GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol.
3) Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yang aktif.
4) Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim serta hormon yang sempurna.
5) Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah
6) Kandungan lemak dalam ESP sangat minimum iaitu 1gm dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.
7) Paling penting ia tidak mengandungi perasa, pewarna, pemanis dan pengawet tiruan.
8) Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.
9) Rasa 'plain' yg sangat istimewa.

Kelebihan ESP?
  • Menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri
  • Membantu menghilangkan parut jerawat di muka
  • Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih
  • Menganjalkan kulit  dan meganjalkan kembali payudara yang kendur
  • Memberi rasa kenyang yang lebih lama sekaligus membantu dalam pengurusan berat badan
  • Menyokong kesihatan imunisasi badan
  • Mengawal paras kolesterol
  • Menyokong kesihatan jantung dan prostat
  • Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik
Kesimpulannya:
ESP membantu membentuk sel-sel badan kita yang sihat. Sel yang sihat akan dapat menyerap nutrien dari vitamin lain yang kita makan dengan lebih baik. Sekiranya sel kita tidak sihat, vitamin akan mengambil masa lebih lama untuk diserap dengan efektif ke dalam badan. Jadi lambatlah sikit baru nampak kesannya.

Sebaiknya ambil ESP sebagai basic vitamin anda. Kenapa perlu pilih ESP Shaklee?
Sebab ESP dijamin bersih dan selamat kerana ia non-GMO, diproses dengan air (bukannya dengan alkohol) untuk mengekalkan kualitinya.

Bonusnya kulit gebu, cantik berseri dan lebih anjal daripada biasa!  

Testimoni ESP: (Klik imej untuk lebih jelas)

breast anjal

esp sedap

kulit cantik

Siapa yang belum cuba ESP, cuba-cubalah! Saya jamin anda pasti jatuh hati nanti!

Sila klik sini untuk order ESP.

Sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285 (sue). Setiap pembelian dari saya akan mendapat konsultasi percuma serta jadual pengambilan vitamin yang betul. 

Sertai ahli Shaklee sekarang dan nikmati 15%-20% potongan harga bagi setiap produk Shaklee.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan